Pejuang Warisan Seni Beladiri Melayu

SELAMAT DATANG KE BLOG GELANGGANG PERSANTA NALA

Thursday, February 3, 2011

KHATAM & DOA SULAIMAN

Salam semua,

Di sini saya ingin berkongsi ilmu2/amalan2 ulama dan pendekar terdahulu. Semoga keilmuan ini tidak lenyap di telan zaman. Antaranya adalah Khatam Sulaiman dan Doa Sulaiman. Kita semua maklum yang Nabi Sulaiman a.s memperoleh kelebihan yang dikurniakan oleh Allah dalam berkuasa mentadbir para jin dan juga segala haiwan. Itu antara doa yang Nabi Sulaiman a.s yang dimakbulkan oleh Allah SWT. Nabi Muhammad SAW sendiri menghormati kelebihan Nabi Sulaiman dalam hal ini. Pernah Nabi SAW diganggu oleh jin dan Baginda hampir sahaja untuk mengikat jin tersebut di tiang agar dapat dimainkan oleh kanak2,namun teringatkan akan doa Nabi Sulaiman yang memohon agar Allah SWT memberikan kelebihan tersebut hanya pada beliau sahaja,Nabi SAW kemudiannya membatalkan hasrat tersebut.

Doa ini biasanya digunakan sebagai pendinding dan dalam hal2 menentang ancaman jin dan sihir.

KHATAM TU BILLAH HILL ALI YIL AZIM,
WABIHAQQI SULAIMAN IBNI DAUD ALAIHISSALAM,
YA HATAM MA MALAKAT
ALLAH HUMMASOLIALA MUHAMMAD, WAALA AALIHI MUHAMMAD.......
(ada isyarat masukkan Cincin ke jari sebelum berdoa-kena tanya guru)

* Doa ini telah diijazahkan kepada saya oleh seorang sahabat pada 1995 di Kuantan,Pahang.


Wallahua'lam

7 comments:

  1. Salam,

    Keratan Doa Sulaiman yang dilampirkan diambil dari laman web Darul Syifa'......kredit kepada mereka.....

    ReplyDelete
  2. Salam

    Doa Sulaiman ini juga baik untuk perubatan...

    ReplyDelete
  3. salam.. paparan mengenai perjalanan Ayahanda di dalam Gayong sangat menarik dan tidak mungkin dapat di kecapi oleh anak-anak Gayong masa kini. Terima kasih Cikgu Azizan kerana telah menyiarkan gambar yang menarik. Semoga berkongsi paparan gambar yang lebih menarik pada masa hadapan. Jika boleh siarkan bagaimana pengalaman Cikgu mendapat bengkung pelangi hitam dan bagaimana pengalaman menjalani ujian-ujian sebelum layak memakainya.

    ReplyDelete
  4. Salam, cikgu azizan bloh ke ijazahkan kpd saya doa nabi sulaiman tu? terima kasih

    ReplyDelete
  5. salam...blh sy nk mohon ijazah khatam dan doa sulaiman ni?jika blh sy mohon ijazahnya

    ReplyDelete
  6. adakah kaitan dengan allahyarham radin ismail dari sarang buaya batu pahat johor..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...