Pejuang Warisan Seni Beladiri Melayu

SELAMAT DATANG KE BLOG GELANGGANG PERSANTA NALA
Showing posts with label pedang. Show all posts
Showing posts with label pedang. Show all posts

Sunday, December 23, 2012

SUNDANG LIPAS

Salamun Alaik;

Gambar Ihsan dari saudara Amir Fadhli Razali

Sundang Lipas merupakan senjata Melayu dari Kepulauan Sulawesi. Ianya merupakan senjata utama bagi pelaut-pelaut Bugis yang sememangnya terkenal dengan kepahlawanan dan kemahiran selok belok pelayaran di laut. Ketika belayar di laut, sundang lipas disimpan di belakang badan sementara bila turun didarat, disisipnya disamping tubuh. Permainan Sundang Lipas lebih kepada MELIBAS, MENEBAS, MENETAK dan MENGHIRIS. Mata Sundang Lipas tidaklah tajam sebagaimana pedang-pedang yang lain dan ianya berbentuk punggung Lipas( bentuk inilah menjadikan gelaran senjata ini sundang lipas, dan bukanlah sundang LIPAN seperti dakwaan sesetengah individu). Keadaan inilah juga yang membezakan sundang lipas dengan permainan pedang jenawi dan pedang2 lain yang ada teknik MENIKAM selain gerak bunuhnya tiada menyangga senjata lawan terlebih dahulu. Makan nya adalah bersifat segerak.

Kaedah Sisip Sundang: Dibelakang dan disamping.

Bagi pengamal silat yang inginkan sundang yang sesuai dengan mereka, maka pembuataan sundang akan mengikut ukuran dan sukatan pemakainya seperti;
1. Panjang Bilah sama dengan panjang lilitan kepala yang melalui alis kening.
2. Lebar Bilah sama dengan lebar susunan 3 jari pemakai (telunjuk, tengah dan manis).
3. Kedudukan Penyangga sama dengan lebar susunan 5 jari (setelapak tangan).
4. Berat Bilah sama dengan Berat Hulu. Maka logam pemberat berfungsi sebagai pengimbang berat di bahagian hulu sundang.

Gaya permainan sundang lipas menitikberatkan;
1. Kaedah Pegang
2. Sudut Libasan
3. Teknik Hayunan
4. Gaya Menanti dan Tapak Kekuda
5. Gerak Limbai / Kawalan Sundang
6. Fokus
7. Aturan Nafas.

Dengan menggunakan Gaya Permainan yang betul mengikut 7 kaedah di atas, kehebatan pemusnah sundang amatlah terserlah selain daripada jenis besi dan pembuatannya yang hebat. Sundang mampu memutuskan  kepala musuh (kafir harbi) hanya dengan sekali libasan (boleh menggunakan batang pisang, kelapa, batang langsat dll sebagai latihan awal).

Makan Segerak


Dalam Keilmuan Gayong, Seni Sundang Lipas merupakan di antara Seni Senjata tertinggi dalam silibus pelajarannya. Maka, penurunan Ilmu Seni Sundang ini perlulah mengikut ADAT dan ADAB nya. Perlu ikut AMANAT MAHAGURU yang mana tiada ia diperturunkan hanya kepada yang telah cukup syarat dan beramanah. Setelah "Khatam" Seni Sundang ini , mereka akan dibekalkan dengan Amalan Ayat Sundang bagi melengkapkan pengisian Zahir dan Batin si Pengamalnya.


Wallahu'alam.



Wednesday, September 7, 2011

PEDANG SALAHUDDIN AL-AYYUBI - Pedang Paling Tajam Di Dunia.

Salamun Alaik,
Salahuddin Al-Ayyubi
Pedang yang diakui paling tajam di dunia oleh pakar metalurgi. Ketajamannya mampu menembus baju zirah crusader, memotong dua pedang lawan, membelah perisai dan batu tanpa mengalami kerosakan pada matanya.  Kehebatan pedang buatan Damsyik dan terkenal dengan panggilan Pedang Persia ini  telah mengatasi kehebatan pedang Katana dari Jepun dan pedang Excalibur milik Raja Arthur.Pedang ini diperbuat besi baja "damarcus" dengan teknik rahsia yang disaluti CNT (Carbon Nano Tubes) yang menjadikan ianya AMAT TAJAM dan LENTUR. Seni pembuatan pedang yang terahsia ini amat dikagumi oleh puak Barat dan kajian metalurgi moden setakat hari ini juga, masih tidak berkeupayaan untuk menghasilkan pedang berteknologi tinggi (teknologi NANO) dari peradaban Islam pada kurun ke-12 ini.


Apa itu CNT?

CNT merupakan suatu rantaian atom karbon yang terikat di antara satu sama lain secara heksagonal berbentuk silinder yang mempunyai diameter sekecil 1-2 nanometer. Silinder CNT ini boleh mencapai panjang sehingga berpuluh-puluh mikron dan tertutup di bahagian hujung seolah-olah sebatang paip yang ditutup dikedua-dua hujungnya.
Pencirian yang dilakukan terhadap bahan ini juga menjelaskan bahawa CNT mempunyai kekuatan paling tinggi berbanding bahan lain. Ia juga mempunyai sifat kekonduksian elektrik melebihi kuprum dan logam. Keunikan tiub karbon nano yang lain ialah mempunyai ketahanan terhadap suhu tinggi serta mempunyai jisim yang lebih ringan dari aluminium.

Teknologi NANO.
Kehebatan Pedang Salahuddin Al-Ayyubi telah dibongkar oleh Prof Dr. Peter Paufler dari Jerman. Prof tersebut menjumpai CNT di dalam pedang tersebut bersama senjata2 yang digunakan oleh tentera-tentera Islam pada ketika itu sewaktu perang Salib. CNT ini yang menjadikan pedang tentera Islam ini sangat tajam tetapi mudah lentur. Teknologi NANO ini menggunakan besi baja "damarcus" yang juga dipanggil wootz. Bijih besi ini mengandungi sejumlah peratusan unsur Karbon. Selain besi dan karbon, unsur-unsur seperti Kromium, Mangan, Kobalt juga ditambah bagi menambahkan lagi kekuatan, ketajaman dan kelenturannya.
Salahuddin Al-Ayyubi memimpin Tentera Islam dalam perang salib kurun ke-12
Teknik pembuatan pedang ini begitu rahsia sehinggakan hanya beberapa keluarga tukang besi di Damsyik saja yang menguasainya. Akhirnya pada kurun ke-18, teknologi pembuatan pedang ini telah pupus. Apa yang tinggal hanyalah pedang-pedang, tombak dan Pisau yang kini tersebar di pelbagai Museum di seluruh dunia. Sekadar mengingatkan kita bahawa Teknologi Hebat Peradaban Islam ini telah hilang di telan zaman.

* bagaimana pula dengan PEDANG DZULFAQAR?

Wallahua'lam.

Monday, September 7, 2009

BERSILAT DENGAN PEDANG BHGN 2


Salam semua,

Peperangan Badar merupakan peperangan yang pertama yang dipimpin oleh Nabi Muhammad SAW menentang puak2 kafir demi menegakkan kebenaran Islam. Ketika itu umur Baginda 54 tahun. Kemudian diikuti dengan perang Uhud sehinggalah peperangan terakhir yang dipimpin Baginda iaitu peperangan Tabuk pada usia 60 tahun. Sepanjang peperangan itu berlangsung, pedang merupakan senjata utama selain alat memanah, perisai dan tombak.

Tidak dinafikan pasukan tentera Rasulullah ada menggunakan semua senjata termoden ketika itu termasuklah alat memanah, tetapi Nabi SAW sendiri tetap menggunakan pedang dan berada di saf hadapan.Kenapa pedang menjadi pilihan Rasulullah SAW sedangkan teknologi yang termoden pada ketika itu adalah alatan pemanah?Sama-samalah kita renungkan..........

Al-Battar
Merupakan pedang tertua milik Rasulullah SAW. Pedang ini mula dimiliki sebagai harta rampasan perang dari puak Yahudi bani Qainuqa'. Pedang ini juga pernah dimiliki oleh Nabi Daud as setelah berjaya menundukkan Jalut,seorang Raja Palestin ketika itu. Pedang sepanjang 101cm terukir gambar Nabi Daud sedang memancung kepala Jalut.

Al-Hatfu
Pedang saiyidina Ali bin Abi Talib ra yang mirip kepada pedang Al-Battar milik Nabi Daud as. Merupakan pedang yang terberat yang hanya mampu digunakan oleh orang-orang tertentu sahaja termasuklah Saiyidina Ali ra sendiri. Pedang ini mampu membunuh dengan hanya sekali tikaman sahaja.

Ar-Rusub
Merupakan pedang Nabi Muhammad SAW sepanjang 140cm dan telah dinisbahkan kepada Saidina Jaafar As-Sodiq ra. Terukir lambang burung hereng dan seekor NAGA pada pedang tersebut. Kenapa Naga yang dipilih?

Ini adalah antara koleksi pedang2 Nabi SAW dan para sahabat. Dipercayai Nabi SAW mempunyai 9 bilih pedang selain tombak, busur panah, perisai, khemah dan alat -alat perang yang lain.

Bagaimana gaya dan seni permainan pedang zaman Nabi SAW dan para sahabat? Mungkin ada yang mewarisinya. Itu adalah luar dari pengetahuan saya.

Di sini saya lampirkan gaya bermain pedang oleh seorang guru tua Gayong, Ayahanda Amin Hamzah ketika kursus Kejurulatihan di ipoh pada tahun lepas. Pedang ini dipanggil Sundang dan biasanya ia dimain dengan memegang 2 belah tangan kerana beratnya. Tetapi, sekiranya kita mampu, maka ianya boleh dimainkan hanya dengan sebelah tangan dan sebelah lagi bolehlah kita memegang perisai.


Sunday, September 6, 2009

BERSILAT DENGAN PEDANG

Salam semua,

Saya tertarik dengan isu
penggunaan PEDANG dalam beladiri kerana dalam sejarah Nabi Muhammad S.A.W, tercatat peperangan pada ketika itu banyak menggunakan pedang-pedang dan alat pemanah. Kalau Nabi kita dan sahabat-sahabat Baginda sangat arif dalam penggunaan senjata seperti pedang ini, maka kita sebagai umatnya,lebih-lebih lagi sebagai ahli beladiri yang beragama Islam,seharusnya belajar dan tahu serba sedikit bagaimana untuk bertempur menggunakan pedang!

Di kesempatan ini, ingin saya berkong
si dengan sedara2 sekalian berkenaan pedang-pedang Nabi SAW dan para sahabat Baginda.


PEDANG AL-MA'THUR
Merupakan pedang Nabi SAW yang UTAMA sejak Baginda di usia muda sehingga lah ba
ginda diangkat menjadi Rasul. Pedang ini bersaiz 99cm panjang dan terukir simbol 2 kepala ular di bahagian hulunya. Pedang ini merupakan pedang yang Nabi SAW gunakan untuk berperang dan disimpan selama hayat Baginda. Selepas kewafatan Nabi SAW, barulah pedang ini diserah kepada Saidina Ali bin Ali Talib r.a







PEDANG ZULFAQAR
Asalnya milik Al-'Ashi ibn Munabbih al Sahmi seorang kafir yang terbunuh dalam perang Badar. Nabi SAW mengambilnya sebagai harta rampasan perang. Merupakan pedang Nabi SAW yang masyhur kerana sentiasa ianya dibawa berperang. Pedang ini bersaiz 3 jengkal panjang dan 3 jari lebar. Semasa perang Uhud, Nabi SAW menyerahkan pedang Zulfaqar ini kepada Saiyidina Ali bin Ali Talib r.a bersama dengan serban yang bernama Al-Sahab.

Dua koleksi pedang Nabi SAW ini antara beberapa bilah pedang milik Baginda. Lihatlah betapa tegap dan berat pedang-pedang ini. Secara logiknya, pemiliknya mesti mempunyai kekuatan fizikal yang tinggi untuk menggunakan pedang-pedang ini dalam pertempuran!

Sebagai renungan buat kita semua,
  1. Di dalam ilmu silat,kita ada belajar pisau, tongkat, parang, keris, lembing, kapak, tekpi, kerambit dan sebagainya. Persoalannya, bagaimana dengan ilmu bermain PEDANG, adakah ianya juga diajar?
  2. Nabi SAW sejak muda sehinggalah Baginda wafat, Pedang menjadi simbol kepada perjuangan, keberanian, sumber ilmu dan kuasa. Persoalannya, kita mungkin telah menyimpan pelbagai koleksi senjata seperti keris, kerambit, tekpi , lembing dsb, bagaimana dengan Pedang?
Kesimpulannya, bagi pendapat saya, seseorang ahli beladiri terutamanya yang beragama Islam adalah tidak lengkap sekiranya mereka tidak mempelajari ilmu tempur pedang.

Penulis beraksi dengan Pedang

Wallahua'lam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...