Pejuang Warisan Seni Beladiri Melayu

SELAMAT DATANG KE BLOG GELANGGANG PERSANTA NALA
Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

Sunday, March 28, 2010

TIPS TEMPUR JALANAN

Salam semua,

Dalam menghadapi musuh yang ramai, pesilat dilatih agar bersedia dalam keadaan tidak membelakangi pihak musuh (maknanya musuh dibelakang kita). Namun,sekiranya tidak terdaya untuk melaksanakannya. pesilat perlulah peka dengan sumber cahaya seperti lampu jalan atau sinaran matahari. Dengan berkeadaan bersedia membelakangi sumber cahaya tersebut, pesilat akan mendapat 2 faedah iaitu;
  1. Menyilaukan pandangan pihak musuh
  2. Dapat melihat pergerakan pihak musuh di belakang melalui bayang yg terhasil.
Wallahua'lam

Thursday, September 10, 2009

TIPS #2 SAAT MUSUH MENYERANG

السلام عليكم

Bila berhadapan dengan musuh, ada petanda-petanda penting yang perlu kita awasi ketika saat musuh benar - benar ingin melepaskan serangan terhadap kita. Antara tanda-tandanya;
  1. Tarikan Nafas - nafas akan ditarik panjang
  2. Mata - mula banyak berkelip
  3. Gerakan kepala ke belakang - akan ada hayunan untuk lepaskan serangan tangan atau kaki
  4. Penumbuk dikepal erat
  5. Anak mata - melirik ke bahagian2 tubuh yang tertentu untuk mencari sasaran
  6. Suara - nada suara semakin tinggi
  7. Tubuh bergerak-gerak - terutamanya kaki belakang
والله أعلم

Thursday, September 3, 2009

ALAT PERTAHANKAN DIRI - Senjata apakah yang perlu dibawa bersama?


Salam semua,

Anda sebenarnya tidak perlu takut apabila terserempak dengan seseorang penjenayah walaupun anda tidak mempunyai pistol atau senjata – senjata berbahaya seperti pisau dan pedang. Ini kerana terdapat begitu banyak sekali benda yang ada pada diri dan di sekitar anda yang boleh dijadikan sebagai alat untuk mempertahankan diri. Antara benda dan alat yang boleh dijadikan senjata untuk anda adalah seperti berikut;
  1. Pen/Pensel
  2. Anak Kunci
  3. Beg Tangan
  4. Kain Tudung
  5. Payung
  6. Tongkat
  7. Tumit Kasut
  8. Gigi - utk menggigit
  9. Kuku
  10. Jari
  11. Belakang Kepala
  12. Tapak Tangan
  13. Siku
  14. Lutut


Kesemua teknik yang menggunakan senjata – senjata di atas adalah amat berkesan, tetapi anda mesti melakukan latihan secukupnya sehingga ianya menjadi suatu pergerakan yang lazim. Apabila ianya telah sebati dengan anda, selamanya ia akan bersama anda. Ke mana jua anda pergi dan di mana saja anda berada, ia akan tetap menjadi sahabat setia dan berfungsi sebagai senjata ampuh untuk diri anda. Percayalah.


Di pasaran pula, terdapat produk - produk pertahankan diri yang dijual khas untuk kaum wanita seperti;
  1. Pepper spray
  2. Streams
  3. Foams
  4. Dyes
  5. Penggera Peribadi
  6. Stun Guns
  7. Light Flashes

K
esemua produk ini mempunyai fungsi yang berbeza tetapi tujuannya adalah sama iaitu untuk membantu anda melemahkan atau mengejutkan penjenayah yang cuba menyerang anda. Sekiranya anda berminat menggunakan produk - produk ini, saya nasihatkan agar anda jangan mengharapkan kepadanya seratus peratus. Selain itu, pastikan yang anda benar – benar telah bersedia menggunakan produk ini pada bila – bila masa dan cekap menggunakannya. Jangan pula anda yang menjadi mangsa kepada produk anda sendiri!

Wallahua'lam

SENI BELADIRI MANA YANG HENDAK DIPILIH? Buat lah pemilihan yang tepat.

Salam semua,


Setelah ada kesedaran betapa pentingnya ilmu beladiri untuk dipelajari, maka timbul pula beberapa persoalan berkenaan disiplin beladiri yang mana satu untuk dipilih. Ya, hal ini memang menarik untuk dibincangkan.

Terlebih dahulu kita perlu maklum yang kini wujudnya berpuluh-puluh disiplin beladiri dengan beratus gelanggang dan pusat latihan. Di Malaysia, silat sendiri mempunyai hampir 500 perguruan yang berdaftar dengan PESAKA. Itu belum lagi dikira seni beladiri dari luar seperti Taekwon-do, Karate-do, Silambam, Kalari Payat, Muay Thai, Wushu, Taichi, Ninja, Kungfu, Tang Sang Do dll. Setiap disiplin beladiri ini tentulah berbeza sistem pelajaran dan pendekatannya. Maka, kita perlu memilih dan membuat penilaian yang tepat berdasarkan beberapa tips seperti berikut;
  1. Apa tujuan utama anda untuk mempelajari seni beladiri ?
  2. Bagaimana dengan Jadual Harian anda?
  3. Adakah anda mampu dari segi Kewangan untuk Yuran yang ditawarkan?
  4. Apakah bentuk Sistem Pelajaran yang diterapkan dan adakah sesuai dengan anda?
  5. Siapa yang melatih anda?
  6. Bagaimana pula dengan Tempoh Pengajaran atau Modul yang ditawarkan?
  7. Adakah kelas beladiri tersebut mempunyai pelbagai peringkat umur daripada kanak-kanak sehingga dewasa dan bercampur-campur ketika proses pembelajaran?
Kesimpulannya, pilihlah yang sesuai dengan keinginan dan kemampuan anda!

Wallahua'lam


Wednesday, September 2, 2009

TIPS#1 PERSEDIAAN DIRI. Tujuh perkara yang anda perlukan.


Salam semua,


1. Pengetahuan Tentang Strategi Dan Teknik Pertahankan Diri

Hadirlah ke mana – mana kursus beladiri atau berdaftarlah sebagai ahli seni beladiri. Belajarlah sebanyak mungkin yang anda mampu terutamanya kaedah melepaskan diri dari pegangan atau pelukan, bagaimana untuk gunakan teknik memanipulasikan sendi ( kuncian ) dan bagaimana untuk berlawan dalam keadaan berdiri, duduk atau berbaring di lantai.


2. Kekuatan Fizikal

Kuatkanlah fizikal anda. Lakukanlah aktiviti senaman secara rutin yang dapat membantu menguatkan tubuh anda. Sebagai contohnya, aktiviti bangkit tubi dan tekan tubi dapat membina kekuatan pada tubuh bahagian atas anda. Tanpa kekuatan, tumbukan atau tendangan anda tidak mungkin mampu menewaskan penjenayah.


3. Daya Tahan Kardiovaskular Yang Tinggi

Ingat akan prinsip pertahankan diri iaitu lari lebih baik daripada dipukul. Sentiasa bersedia untuk lari kerana itulah pilihan utama anda. Larilah sekuat hati anda sambil menjerit meminta tolong. Namun, anda memerlukan daya tahan kardiovaskular yang tinggi bagi mengelakkan anda keletihan ketika sedang berlari.


4. Konsentrasi, Komunikasi Dan Psikologi Yang Mantap

Cuba kekalkan konsentrasi anda dan berwaspadalah dengan persekitaran. Jangan biarkan pergerakan pantas dan senyap penjenayah memerangkap anda. Jangan sesekali anda cepat mengelabah. Tarik nafas panjang dan tenangkan diri semampu yang boleh. Jangan tunjukkan diri anda panik. Percayalah dengan kemampuan anda dalam mempertahankan diri dan usaha untuk meneruskan hidup anda. Berkomunikasilah dengan tegas untuk menunjukkan keberanian dan tekad anda. Lengahkan mereka dan segera mencari kelemahan yang ada pada penjenayah. Gunakan apa saja taktik dalam usaha mengatasi situasi genting ini.


5. Kepantasan, Kuasa dan Masa Tindakbalas

Berlatih dengan pasangan anda ( jika ada ) dengan menggunakan alat – alat yang membantu meningkatkan kepantasan, kekuatan dan kuasa teknik serangan anda. Berlatihlah juga berkenaan ‘reaction timing’ yang mana memberikan anda kefahaman bila anda perlu melepaskan serangan terhadap penjenayah. Kelebihan ini dapat membantu anda mencederakan penjenayah dan seterusnya melarikan diri dalam usaha menyelamatkan diri.


6. Gunakan Suara Secara Optimum

Jangan sesekali takut atau malu untuk menjerit sekuat hati dan nyaring dalam tempoh yang lama. Keadaan ini boleh memberi isyarat kepada masyarakat sekeliling yang menunjukkan anda dalam situasi mencemaskan.


7. Jarak Anda.

Apabila anda sedang berhadapan dengan penjenayah dan sedang berkomunikasi dengannya,pastikan anda tidak berdiri terlalu dekat dengan mereka. Wujudkan sempadan dengan mengawal jarak anda sekurang-kurangnya 2 meter. Bercakap dengan nada suara yang tegas dan pandanglah dengan tepat pada matanya. Jangan sesekali terleka dengan terlepas pandang pada penjenayahwalaupun sedetik. Ini akan membuka ruang untuk mereka mengambil kesempatan.



Wallahua'lam


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...