Salam semua,
Anda sebenarnya tidak perlu takut apabila terserempak dengan seseorang penjenayah walaupun anda tidak mempunyai pistol atau senjata – senjata berbahaya seperti pisau dan pedang. Ini kerana terdapat begitu banyak sekali benda yang ada pada diri dan di sekitar anda yang boleh dijadikan sebagai alat untuk mempertahankan diri. Antara benda dan alat yang boleh dijadikan senjata untuk anda adalah seperti berikut;
Kesemua produk ini mempunyai fungsi yang berbeza tetapi tujuannya adalah sama iaitu untuk membantu anda melemahkan atau mengejutkan penjenayah yang cuba menyerang anda. Sekiranya anda berminat menggunakan produk - produk ini, saya nasihatkan agar anda jangan mengharapkan kepadanya seratus peratus. Selain itu, pastikan yang anda benar – benar telah bersedia menggunakan produk ini pada bila – bila masa dan cekap menggunakannya. Jangan pula anda yang menjadi mangsa kepada produk anda sendiri!
Wallahua'lam

- Pen/Pensel
- Anak Kunci
- Beg Tangan
- Kain Tudung
- Payung
- Tongkat
- Tumit Kasut
- Gigi - utk menggigit
- Kuku
- Jari
- Belakang Kepala
- Tapak Tangan
- Siku
- Lutut
Kesemua teknik yang menggunakan senjata – senjata di atas adalah amat berkesan, tetapi anda mesti melakukan latihan secukupnya sehingga ianya menjadi suatu pergerakan yang lazim. Apabila ianya telah sebati dengan anda, selamanya ia akan bersama anda. Ke mana jua anda pergi dan di mana saja anda berada, ia akan tetap menjadi sahabat setia dan berfungsi sebagai senjata ampuh untuk diri anda. Percayalah.
- Pepper spray
- Streams
- Foams
- Dyes
- Penggera Peribadi
- Stun Guns
- Light Flashes
Kesemua produk ini mempunyai fungsi yang berbeza tetapi tujuannya adalah sama iaitu untuk membantu anda melemahkan atau mengejutkan penjenayah yang cuba menyerang anda. Sekiranya anda berminat menggunakan produk - produk ini, saya nasihatkan agar anda jangan mengharapkan kepadanya seratus peratus. Selain itu, pastikan yang anda benar – benar telah bersedia menggunakan produk ini pada bila – bila masa dan cekap menggunakannya. Jangan pula anda yang menjadi mangsa kepada produk anda sendiri!
Wallahua'lam
jika kite trbunuh org yg mnyerang kite adekah kite akan didakwa
ReplyDeletemungkin boleh rujuk akta bela diri(tahun lupe)
ReplyDeletedalam akta ni ada sebut jika kita terbubuh orang yang cuba mencederakan kita dala konsep jenayah atau jika terlihat satu perbuatan yang menyebabkan kita membantu dalam petempuran atau pergaduhan sehingga kehilangan nyawa.
dalam PSSCM dulu pernah ada ahli didakwa oleh musuh kerana mencedarakannya dengan teruk.bila disiasat,pendakwa raya memutuskan mangsa dipukul dengan senjata tajam hingga cedera.tetapi semasa pergaduhan ahli cekak tidak mengunakan senjata tetapi hanya"buah serang".sebab itu lah mangsa tu lunyai.dan dirujuk semuala ke akta bela diri tu semula.hanya kongsi pengalamn.salam