Pejuang Warisan Seni Beladiri Melayu

SELAMAT DATANG KE BLOG GELANGGANG PERSANTA NALA

Wednesday, February 9, 2011

PETIKAN KITAB MUJARROBAT (IBNU ARABI) - KHASIAT HURUF ALIF


Salam semua,

Sebagai perkongsian ilmu,saya memetik isi dalam Kitab Mujarrobat karangan Ibnu Arabi berkenaan khasiat huruf "ALIF".

"Antaranya untuk kefahaman dan mempermudahkan semua urusan, sesiapa yang menulis huruf Alif seribu kali di atas sesuatu yang lembut dan suci pada jam pertama hari Ahad kemudian digantung di hatinya(dada),dia akan dapat perkara tersebut, tetapi perkara ini tidak akan tercapai kecuali orang yang membuang sifat-sifat tercela pada dirinya"

"Huruf ini mempunyai bentuk hebat. Sesiapa yang meletakkannya di badan halus(ruh) pada masa pertama hari Jumaat tatkala bulan mengambang dengan penuh perhatian dan dia lihat setiap harisekali sambil membaca Fasayakfikahumullah,wahuwas sami'ul 'alim, Allah akan melindungi dia dari orang yang sangat zalim,syaitan yang liat serta dilindungi dari perkara-perkara yang ditakuti dan diberi rezeki dengan tidak disangka-sangka. Amalan ini sesuai untuk raja-raja,pemerintah-pemerintah,orang kaya dan miskin. Pemakai amalan ini juga akan disukai orang ramai. Amalan ini mempunyai rahsia-rahsia yang tidak dapat diselongkar kecuali Ahlullah yang benar2 mantap."

"Pemakainya terselamat dari kecurian,tenggelam dan kebakaran. Apabila dia turun ke medan perang dia tidak akan kalah atau ditikam atau seumpamanya,musuh-musuhnya akan kalah ditangannya dengan izin Allah. Ditulis sekelilingnya 66 nama Tuhan(Allah) dan ia dalam bulatan dan beginilah gambarajahnya;"

Wallaua'lam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...