Pejuang Warisan Seni Beladiri Melayu

SELAMAT DATANG KE BLOG GELANGGANG PERSANTA NALA

Monday, September 7, 2009

SENI KAKI#2


KAKI DARI SUDUT BIO – MEKANIK


Kaki kita bertindak sebagai sistem tuas yang mana otot – otot peha seperti Kuadrisep, Hamstring, Sartorius, Gracilis, Adductor Longus, Rectus Femoris, Vastus Lateralis dan Biceps Femoris bertindak sebagai komponen daya, lutut bertindak sebagai fulkrum dan bahagian bawah kaki bertindak sebagai beban.



Bagi melaksanakan suatu tendangan yang bertenaga tinggi atau suatu kerja yang besar, kita memerlukan nilai daya yang tinggi. Oleh itu, otot – otot peha perlulah benar – benar kenyal dan kuat. Untuk menghasilkan sekumpulan otot yang kuat, anda perlulah melakukan aktiviti – aktiviti yang memberikan latihan bebanan kepada kumpulan otot ini. Antara latihan yang disyorkan ialah berjogging sekurang – kurangnya 30 minit tanpa henti 3 kali seminggu, senaman half squat dan latihan menendang 100 kali setiap petang selepas membuat aktiviti pemanasan badan.


Wallahua'lam

SENI KAKI#1

PENDAHULUAN


Tendangan yang dilakukan dengan kuat, pantas dan tepat dengan imbangan tubuh yang sempurna menjadikan ianya suatu senjata yang amat berbahaya. Kaki mempunyai kelebihan berbanding tangan dari segi panjang dan kekuatan. Namun begitu, ianya juga mempunyai kelemahan iaitu dari segi mempunyai jisim yang besar dan kurang kestabilan.


Penggunaan kaki sebagai alat untuk membeladiri sama pentingnya dengan penggunaan tangan dan senjata. Kebanyakan seni silat biasaannya melakukan serangan kaki sebagai serangan susulan selepas melakukan serangan tangan. Tetapi, ada sebilangan kecil seni silat yang menolak penggunaannya atas sebab – sebab tertentu seperti ianya mempunyai banyak kelemahan dan tidak beradab. Sebilangan yang lain pula hanya memasukkan teknik – teknik permainan kaki secara sampingan sahaja.


Bagi saya, tidak salah kiranya kita terapkan seni kaki secara total di dalam kurikulum sesebuah seni silat kerana ada masa dan ketikanya kita sangat memerlukan teknik ini. Sebagai contoh, jika tangan kita terikat atau digari, kita memang memerlukan kaki untuk bertindak. Situasi yang lain, katakan ketika sedang bertarung, tangan kita mengalami kecederaan atau patah, kita tiada pilihan lain selain menggunakan kaki sebagai alat untuk membeladiri.


Memang menjadi persoalan dan perbualan pengamal aliran silat sejak zaman - berzaman terutamanya dari sudut kepentingan ilmu seni kaki ini, keberkesanannya dalam pertempuran dan ketulenannya iaitu tidak dicampur aduk dengan ilmu beladiri asing. Bagi pandapat saya, setiap sesuatu ada pro dan kontranya. Justeru itu, gunakanlah kebijaksanaan anda untuk menjawab persoalan ini.


Wallahua'lam

BERSILAT DENGAN PEDANG BHGN 2


Salam semua,

Peperangan Badar merupakan peperangan yang pertama yang dipimpin oleh Nabi Muhammad SAW menentang puak2 kafir demi menegakkan kebenaran Islam. Ketika itu umur Baginda 54 tahun. Kemudian diikuti dengan perang Uhud sehinggalah peperangan terakhir yang dipimpin Baginda iaitu peperangan Tabuk pada usia 60 tahun. Sepanjang peperangan itu berlangsung, pedang merupakan senjata utama selain alat memanah, perisai dan tombak.

Tidak dinafikan pasukan tentera Rasulullah ada menggunakan semua senjata termoden ketika itu termasuklah alat memanah, tetapi Nabi SAW sendiri tetap menggunakan pedang dan berada di saf hadapan.Kenapa pedang menjadi pilihan Rasulullah SAW sedangkan teknologi yang termoden pada ketika itu adalah alatan pemanah?Sama-samalah kita renungkan..........

Al-Battar
Merupakan pedang tertua milik Rasulullah SAW. Pedang ini mula dimiliki sebagai harta rampasan perang dari puak Yahudi bani Qainuqa'. Pedang ini juga pernah dimiliki oleh Nabi Daud as setelah berjaya menundukkan Jalut,seorang Raja Palestin ketika itu. Pedang sepanjang 101cm terukir gambar Nabi Daud sedang memancung kepala Jalut.

Al-Hatfu
Pedang saiyidina Ali bin Abi Talib ra yang mirip kepada pedang Al-Battar milik Nabi Daud as. Merupakan pedang yang terberat yang hanya mampu digunakan oleh orang-orang tertentu sahaja termasuklah Saiyidina Ali ra sendiri. Pedang ini mampu membunuh dengan hanya sekali tikaman sahaja.

Ar-Rusub
Merupakan pedang Nabi Muhammad SAW sepanjang 140cm dan telah dinisbahkan kepada Saidina Jaafar As-Sodiq ra. Terukir lambang burung hereng dan seekor NAGA pada pedang tersebut. Kenapa Naga yang dipilih?

Ini adalah antara koleksi pedang2 Nabi SAW dan para sahabat. Dipercayai Nabi SAW mempunyai 9 bilih pedang selain tombak, busur panah, perisai, khemah dan alat -alat perang yang lain.

Bagaimana gaya dan seni permainan pedang zaman Nabi SAW dan para sahabat? Mungkin ada yang mewarisinya. Itu adalah luar dari pengetahuan saya.

Di sini saya lampirkan gaya bermain pedang oleh seorang guru tua Gayong, Ayahanda Amin Hamzah ketika kursus Kejurulatihan di ipoh pada tahun lepas. Pedang ini dipanggil Sundang dan biasanya ia dimain dengan memegang 2 belah tangan kerana beratnya. Tetapi, sekiranya kita mampu, maka ianya boleh dimainkan hanya dengan sebelah tangan dan sebelah lagi bolehlah kita memegang perisai.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...