PENDAHULUAN
Tendangan yang dilakukan dengan kuat, pantas dan tepat dengan imbangan tubuh yang sempurna menjadikan ianya suatu senjata yang amat berbahaya. Kaki mempunyai kelebihan berbanding tangan dari segi panjang dan kekuatan. Namun begitu, ianya juga mempunyai kelemahan iaitu dari segi mempunyai jisim yang besar dan kurang kestabilan.
Penggunaan kaki sebagai alat untuk membeladiri sama pentingnya dengan penggunaan tangan dan senjata. Kebanyakan seni silat biasaannya melakukan serangan kaki sebagai serangan susulan selepas melakukan serangan tangan. Tetapi, ada sebilangan kecil seni silat yang menolak penggunaannya atas sebab – sebab tertentu seperti ianya mempunyai banyak kelemahan dan tidak beradab. Sebilangan yang lain pula hanya memasukkan teknik – teknik permainan kaki secara sampingan sahaja.
Bagi saya, tidak salah kiranya kita terapkan seni kaki secara total di dalam kurikulum sesebuah seni silat kerana ada masa dan ketikanya kita sangat memerlukan teknik ini. Sebagai contoh, jika tangan kita terikat atau digari, kita memang memerlukan kaki untuk bertindak. Situasi yang lain, katakan ketika sedang bertarung, tangan kita mengalami kecederaan atau patah, kita tiada pilihan lain selain menggunakan kaki sebagai alat untuk membeladiri.
Memang menjadi persoalan dan perbualan pengamal aliran silat sejak zaman - berzaman terutamanya dari sudut kepentingan ilmu seni kaki ini, keberkesanannya dalam pertempuran dan ketulenannya iaitu tidak dicampur aduk dengan ilmu beladiri asing. Bagi pandapat saya, setiap sesuatu ada pro dan kontranya. Justeru itu, gunakanlah kebijaksanaan anda untuk menjawab persoalan ini.
Wallahua'lam
No comments:
Post a Comment