Pejuang Warisan Seni Beladiri Melayu

SELAMAT DATANG KE BLOG GELANGGANG PERSANTA NALA

Monday, January 31, 2011

20 BUAH SILAT CEKAK

Salam semua,

Salah satu serpihan silat daripada Panglima Tok Rashid (Panglima Kanan Negeri Kedah)


Wallahua'lam

Sunday, January 30, 2011

SENI TARI SILAT MELAYU

Salam semua,
*ilustrasi dari Gerak Tari Bunga Sembah Seni Gayung Fatani

Huraian;
Bunga Sembah Peringkat Satu bunga Sembah peringkat ini terdiri daripada 16 bentuk gerak yang berbeza. Bentuk gerak tersebut dinamakan sebagai ‘Rumah’ atau Sikap Pasang yang akan digunakan ketika bersangga terhadap lawannya. Perkataan rumah digunakan secara khusus kepada bentuk gerakan yang terdapat dalam bunga sembah.

Dalam gerak bunga sembah terdapat ciri-ciri asas kaedah silat iaitu seperti ‘Langkah’, ‘Kekuda’, ‘Jalan’, ‘Gerak’, ‘Garik’, ‘Sikap’, dan ‘Arah’. Tujuh ciri-ciri asas tersebut merupakan rahsia yang terkandung dalam bunga sembah. Oleh itu, pesilat mestilah menguasai kemahiran bunga sembah, seseorang pesilat sudah dianggap bersedia untuk menerima menurunan pengamalan yang berikutnya.

Wallahua'lam

Saturday, January 29, 2011

SISTEM MAKLUMAT AHLI........

Salam semua,

Pada 2008,saya memulakan database project "SISTEM MAKLUMAT AHLI" dengan tujuan mengumpul dan menyimpan semua maklumat berkaitan ahli2 PSSGM secara tersusun dan sistematik di bawah seliaan saya di Kelantan dan Labuan. Projek ini menggunakan pengaturcaraan php dan boleh RUN secara online jika kita mempunyai server. Maknanya,setiap maklumat terkini ahli bolehlah disemak melalui online sahaja.

Sebenarnya niat saya ketika itu bukan hanya tertakluk untuk penggunaan secara "sendiri-sendiri" sahaja, tetapi lebih dari itu.Jika ianya berjaya,bolehlah saya pertengahan software ini (perlu sedikit modification) untuk penggunaan secara menyeluruh melibatkan PSSGM. Namun,peristiwa hitam 2009 "merencatkan" perancangan ini. Mood untuk bekerjasama dengan pihak pimpinan PSSGM dah merundum dan akhirnya terkubur begitu sahaja.
Sistem Maklumat Ahli secara online amatlah penting buat pihak pengurusan dan pentadbiran Negeri dan Daerah sekiranya mereka menerima ahli2 atau jurulatih baru dari gelanggang,daerah atau negeri yang lain. Segala kesahihan maklumat mereka mampu di akses(tahun jd ahli,tarikh ujian bengkong,siapa penguji,majlis adat yg telah diikuti dll). Sebagai contoh ketirisan dari aspek maklumat ahli sekarang, bagaimana kita nak membuktikan yang seseorang itu adalah murid gayong?Adakah dengan sekadar cakap "saya dah mandi"? Sejarah telah membuktikan,terlalu ramai yang telah mengambil kesempatan di atas LOMPONG KEKURANGAN ini. Ada yang upgrade sendiri bengkong,ada juga yang mengaku sudah ikut adat perlimau tapak/seni dan tidak terkecuali dengan yang mengaku telah dapat tauliah sebagai Dalang dan Wakil Perlimau........mungkin pengeluaran sijil yang mempunyai nombor bersiri boleh dijadikan "penyelamat" kepada masalah ini tetapi masih belum sempurna jika tiada Sistem Database yang menyimpan segala maklumat ahli dan dapat di akses hanya di hujung jari. Saya yakin ramai di antara ahli2 PSSGM mampu untuk membantu pihak pimpinan PSSGM untuk menyelesaikan masalah ini.........


Wallahua'lam

Friday, January 28, 2011

FIKIR SEJENAK.......???????

Salam......

Kenapa masih ramai lagi umat Islam yang menghabiskan duit beribu2 ringgit untuk membeli produk2 Barat & Jepun untuk menghasilkan air penawar yang dipercayai banyak khasiat sedangkan Air Zam Zam sudah terbukti yang ianya terbaik di dunia. Ianya murah dan kini mudah didapati di kedai2 di seluruh Malaysia.

Wallahua'lam

Thursday, January 27, 2011

BEKAM - 10 TITIK BEKAM SUNNAH

Salam semua,


Sambung artikel yg lepas,kali ini saya tunjukkan
10 kawasan (titik bekam) yang utama.
Tambahan;


*semoga kita sama-sama berikhtiar mengikut kaedah sunnah Nabi SAW


Wallahua'lam

Sunday, January 23, 2011

HIKMAH BEKAM

Salam semua

Di sini saya ingin berkongsi tentang hikmah berbekam yang dipetik dari blog Ustaz Wan Asrul (TIAF). Semoga bermanfaat buat semua.

Hikmah Bekam

Hadith yang diriwayatkan Abu Hurairah :
“Barangsiapa yang berbekam pada hari ke tujuh belas dan kesembilanbelas serta keduapuluh satu maka dia akan mendapat kesembuhan dari segala macam penyakit.”

Segala puji hanya milik Allah, Tuhan yg mentadbir sekalian alam.
Kali ini saya sertakan 30 buah hadith Nabawi yang sahih mengenai hijamah (bekam). Majoritinya diambil dari kitab “Tartib ahadithsi shohihil jami’is shoghir” karya syeikh Al-Albani, tanpa rawi dan takhrij agar lebih ringkas. Saya memohon agar ALLAH memberi manfaatnya kepada semua pembaca. InsyaALLAH.

PERTAMA: KEUTAMAAN DAN PENTINGNYA HIJAMAH
Nabi SAW bersabda: “Jibril telah memberitahu aku bahawa hijamah adalah ubat yang paling bermanfaat bagi manusia.”
Nabi SAW bersabda: “Ubat yang termujarab untuk pengubatan kamu semua adalah hijamah dan qusthul bahri (kayu hindi, sejenis kayu yang selalunya digunakan untuk ubat dan pewangi).”
Nabi SAW bersabda: “Jika ada kebaikan dalam ubat yang kamu gunakan, maka hal itu adalah hijamah.”
Nabi SAW bersabda: “Dalam hijamah mengandungi ubat penyembuh.”
Nabi SAW bersabda: “Sungguh hal terbaik yang kamu semua pergunakan untuk pengubatan adalah hijamah dan qusthul bahri. Maka janganlah menyeksa anak-anak kamu dengan ghumz (menekan anak tekak yang sakit pada kerongkong anak dengan telunjuk).
Nabi SAW bersabda: “Kesembuhan ada pada tiga hal; membelah kulit demi hijamah, meminum madu dan membakar dengan api hanya saja aku larang pada umatku dari membakar dengan api.”
Nabi SAW bersabda: “Hijamah ialah ubat terbaik untuk digunakan terapi oleh manusia.”
Nabi SAW bersabda: “Sungguh dalam hijamah terdapat kesembuhan.”
Nabi SAW bersabda: “Barangsiapa yang mengalirkan sebahagian darah ini (hijamah) maka tidak membahayakannya selama tidak mengubati sesuatu dengan sesuatu.”
Nabi SAW bersabda: “Hijamah mengandung ubat dan kebarkahan serta menambah kuat hafalan dan pemahaman.”
Nabi SAW bersabda: “Pada malam aku diisra’kan, aku tidak melewati sekelompok malaikat kecuali meraka mengatakan: Hai Muhammad, gunakanlah hijamah.”
Nabi SAW bersabda: “Sebaik-baik ubat yang dapat kamu semua gunakan penyembuhan adalah hijamah.”
Nabi SAW bersabda: “Jika saja ada sesuatu yang mengandungi penyembuhan, maka dalam sedutan hijamah dan madu.”
Nabi SAW bersabda: “Jika darah salah seorang kamu bergejolak maka lakukanlah hijamah. Kerana darah dapat membunuh seseorang jika bergolak dalam dirinya.”

KEDUA: HARI TERBAIK UNTUK MELAKUKAN HIJAMAH
Nabi SAW bersabda: “Lakukanlah hijamah atas barakah dari Allah pada hari Khamis. Hindarilah hari Jum’at dan Sabtu serta Ahad untuk hijamah. Tapi lakukanlah pada hari Isnin dan Selasa, kerana hari itulah Allah menyembuhkan Ayub dari penyakitnya. Jauhilah hari Rabu karena pada hari ini Ayub ditimpa penyakit. Juga tidak muncul penyakit kusta kecuali pada hari Rabu atau malam Rabu.”

KETIGA: WAKTU HIJAMAH
Nabi SAW bersabda: “Hijamah sebelum makan dan minum adalah yang terbaik.”
Nabi SAW pernah melakukan hijamah sedangkan baginda dalam berpuasa.
KEEMPAT: WAKTU HIJAMAH
Nabi SAW bersabda: “Sungguh tanggal yang terbaik untuk melakukan hijamah adalah tanggal 17, 19 dan 21.”
Rasulullah SAW melakukan hijamah pada tanggal 17, 19 dan atau tanggal 21.”
Nabi SAW bersabda: “Barangsiapa yang melakukan hijamah dari suatu bulan tepat tanggal 17, 19 atau 21 maka baginya ubat dari segala penyakit.”
Nabi SAW bersabda: “Barangsiapa yang ingin melakukan hijamah maka hendaknya ia memilih tanggal 17, 19 dan atau 21.”

KELIMA: TEMPAT-TEMPAT HIJAMAH
Dulu, jika ada yang mengadukan sakit kepala kepada Rasulullah S.A.W, maka baginda bersabda: “Pergi dan lakukanlah hijamah.” Dan jika mengadukan sakit pada kakinya, maka baginda menyuruhnya: “Pergi dan warnailah (lulurkanlah) dengan daun inai.”
Rasulullah SAW pernah melakukan hijamah dalam ihram di bahagian atas tapak kakinya yang sakit.
Rasulullah SAW pernah melakukan hijamah saat berihram dari penyakit kepalanya. Dalam riwayat yang lain dituturkan: sebab pening yang menimpa baginda.
Dulu Rasulullah SAW melakukan hijamah di kepalanya dan menamainya dengan ummu mughits (sebab faedahnya yang menakjubkan).
Rasulullah SAW pernah melakukan hijamah pada dua urat lehernya dan pada urat belakang yang terletak antara dua bahunya.
Rasulullah SAW pernah melakukan hijamah 3X pada dua urat lehernya dan pada urat belakang yang terletak antara dua bahunya.
Rasulullah SAW juga pernah melakukan hijamah pada bahagian atas kepalanya dan pada urat yang terletak antara dua bahu belakang.
Rasulullah SAW pernah pula melakukan hijamah ala Mekkah iaitu dalam ihram dan dilakukan pada bahagian tengah kepala.
Baginda juga pernah melakukan hijamah di bahagian pangkal pahanya sebab penyakit bertapak disitu.

KEENAM: RINGKASAN

1.Rasulullah SAW telah menerangkan bahawa hijamah adalah:
2.Ubat yang paling bermanfaat
3.Ubat yang mujarab
4.Ubat yang paling baik
5.Ubat yang paling afdhal
6.Penyembuh (Membantu Kesembuhan)

2.Rasulullah SAW telah menerangkan beberapa manfaat hijamah iaitu:
1.Ubat penawar
2.Ubat penyembuh
3.Pengendali darah agar tidak bergolak
4.Mengandung keberkahan
5.Manambah daya hafal
6.Menambah kecerdasan otak.

3.Urutan tanggal dan waktu hijamah seperti yang dinasihatkan Rasulullah SAW :

1.Hari Khamis yang bertepatan dengan tanggal 17, 19 atau 21
2.Hari Isnin atau Selasa yang bertepatan dengan tiga tanggal tersebut
3.Hari Khamis bila-bila masa saja yang tidak bertepatan dengan tiga tanggal di atas
4.Hari Isnin dan Selasa bila-bila saja yang tidak bertepatan dengan tiga tanggal di atas

4.Hari-hari yang dilarang Rasulullah SAW untuk melakukan hijamah adalah:
1.Hari Jum’at, Sabtu dan Ahad
2.Hari Rabu, paling keras larangannya

5.Waktu-waktu untuk melakukan hijamah adalah:
1.Pada saat sebelum makan dan minum adalah yang terbaik
2.Boleh pada setiap waktu
3.Ditengah melakukan puasa
4.Pada saat melakukan ihram.

6.Tempat-tempat yang diriwayatkan Rasulullah SAW melakukan hijamah padanya:
1.Kepala (ummul mughits)
2.Leher
3.Tempat di atas pelampung antara dua bahu
4.Tapak kaki bahagian atas
5.Pangkal paha

7.Aneka manfaat dan faedah hijamah:
1.Hadith-hadith Rasulullah SAW di atas menerangkan keutamaan agung dan kadar pentingnya hijamah serta mu’jizat nabawi.
2.Hendaknya seorang muslim ketika melakukan hijamah, berniat melaksanakan ibadah kepada Allah dengan mengikuti sunnah Rasulullah SAW dan kemudian demi tujuan kesembuhan.
3.Memohon pertolongan kepada Allah untuk ketenangan urat saraf dan badan menjadi tenang.
4.Hendaknya menyibukkan diri dengan berzikir kepada Allah saat melakukan hijamah
5.Tak ada riwayat sahih dari Rasulullah SAW mengenai pembatasan waktu untuk mengulang hijamah. Demikian pula mengenai tempat yang diperbolehkan hijamah selain 5 tempat di atas. Hal ini sebaiknya dirujuk semula kepada pakarnya.
6.Perintah melakukan hijamah adalah umum untuk lelaki dan wanita juga anak-anak.

Berikhtiar untuk sembuh dari sakit juga adalah salah satu jalan ibadah. Namun, kesembuhan yang MUTLAK hanyalah datang dari ALLAH S.W.T semata-mata.

Lahaula wala Quwata Illa bILLAHil aliyil Azim.

WALLAHUALAM.

Saturday, January 22, 2011

KOMEN DI YOUTUBE



Salam semua,

Sekadar paparan buat kita semua;


komen dari wanlipan87;

jawapan dari saya;


Bersama-sama lah kita ambil pengajaran dari kes seperti ini........


Wassalam

Thursday, January 20, 2011

AMANAT YANG BELUM SELESAI.............



Salam semua,

Pada hujung 90-an ,Arwah cg Kalsom telah bersetuju untuk menyelaraskan pelajaran2 Gayong untuk dijadikan Silibus Kebangsaan.Suatu silibus yang lengkap dan menyeluruh dan akan menjadi simbol kepada perpaduan ahli2 Silat Seni Gayong. Amanah ini telah diberikan kepada Datuk Wan Ahmad Fauzi dan draf awal telah pun dibuat selepas melantik ahli2 panel daripada Guru2 Kanan Silat Seni Gayong yang diiktiraf oleh arwah Mahaguru. Draf ini hanya menunggu "green light" sahaja dari pimpinan tertinggi PSSGM. Namun usaha murni ini telah mendapat bantahan dan tentangan sengit oleh segelintir pimpinan PSSGM atas sebab2 yang langsung tidak munasabah. Sehingga kini, Silat Seni Gayong masih belum mempunyai suatu silibus kebangsaan yang lengkap selepas gagalnya usaha Datuk Wan Ahmad Fauzi.

Nampaknya,amanah Arwah cg Kalsom semakin kabur bilamana ramai dari ahli2 PSSGM( termasuk Gurulatih2 Kanan dan Tertinggi) telahmengambil keputusan untuk tidak aktif dalam PSSGM dan memilih untuk aktif dalam Pertubuhan Seni Gayong Serantau Malaysia yang telah didaftarkan pada 2001 (dengan izin Arwah cg Kalsom dan arwah cg Ahmad Lazim). Pertubuhan Seni Gayong Serantau Malaysia ditubuhkan atas tujuan untuk menggabungkan kesemua pertubuhan2 Silat Seni Gayong di bawah payung PERSEKUTUAN GAYONG.

Selagi ada manusia yang Ego dan utamakan kepentingan diri,selagi itu lah Amanat ini tidak akan terlaksana...........


Wallahua'lam

Wednesday, January 19, 2011

MENTERA JABAT DIRI


Salam,

Dalam keilmuan Silat Seni Gayong, penggunaan Mentera2 juga diajar oleh arwah Mahaguru buat anak2 Gayong. Isyarat pembacaan mentera menunjukkan yang bangsa Melayu amat hebat dalam hal dan ilmu tentang KETUHANAN, KENAL ASAL USUL, HAKIKAT DIRI dan berkaitan dengan ilmu KUASA MINDA ( ucapan yg diulang2 akan memberi kesan pada MINDA dan seterusnya akan mengarahkan diri ke arah tujuan ucapan. Samalah dengan saranan DOA yang memang di ajar dalam ISLAM ).

Antara contohnya adalah MENTERA JABAT DIRI

.........................dan seterusnya


Wallahua'lam

PEMBERITAHUAN


Salam semua,
Segala amalan2 yang terkandung di dalam blog ini bukannya untuk diijazahkan tetapi sekadar perkongsian ilmu di antara anak2 Gayong secara khususnya dan buat peminat2 ilmu2 kebatinan Melayu secara umumnya. Bila disebut ungkapan "sekadar berkongsi" maka ianya bukan berniat untuk menghuraikan secara detail atau sepenuhnya.Biarlah masyarakat menyedari yang mana Ilmu Silat Seni Gayong bukan sekadar hebat dalam persembahan2 berbentuk fizikal ataupun pembacaan mentera2 Melayu sahaja,tetapi ianya lebih dari itu.......banyak amalan kebatinannya menggunakan Ayat,Doa,Isim,Wirid,Hizib yang bersumberkan Al-Quran dan Doa Muktabar.

Kebanyakan amalan2 yang dikongsikan di sini tidak dihuraikan secara detail kaedahnya yang sebenar. Ini mengelakkan daripada anak2 Gayong mengamalkan tanpa pengijazahan dari Guru yang berkelayakan. Pengetahuan yang anak2 Gayong perolehi dari hasil perkongsian ini, boleh dijadikan sandaran untuk anak2 Gayong semua mencari @ mengadap Guru untuk menerimanya secara kaedah berguru yg sebenar (bukan hanya cedok dari internet dan beramal dengannya). Jika mengadap Guru,maka setiap rahsia amalan itu akan dibongkar sehalus2nya. Sebagai contoh,Ayat 4. Setiap ayat dari Ayat 4 itu ada kegunaannya yg tersendiri sekiranya anda tahu kaifiat2 amalannya. Contoh kedua, ayat pertama dalam ayat hulubalang (La Tudrikul.......khobir),boleh digunakan untuk teknik pengembaraan minda (terawangan) atau melihat sesuatu melalui JIDAT kita(ada dalam pelangkah hulubalang-Tunggul Rasulullah).

Sebenarnya,banyak lagi KERAHSIAAN ILMU2 KEBATINAN GAYONG ini belum TERBONGKAR. Ianya ada dalam simpanan GURU-GURU yang telah mendapat kepercayaan arwah MAHAGURU. Carilah mereka dan jangan sekali2 sisihkan mereka. Jika mereka2 ini dipinggirkan,maka semakin jauhlah ilmu2 Kerahsiaan ini dengan anak2 Gayong semua. Perkara menarik tentang Guru2 ini,jika anda secara langsung meminta ILMU2 KERAHSIAAN ini,mereka akan berkata yg mereka tidak belajar dan tak tahu apa2.......berbeza dengan guru yang belajar separuh jalan.

Alhamdulillah,syukur kepada Ilahi kerana memberi kemudahan buat saya dalam usaha mengumpul dan mendokumentasikan amalan2 kebatinan daripada Ayahanda Amin Hamzah. Ditambah lagi,hasil perkongsian ilmu dengan saudara Nik Iznan yang mana beliau juga salah seorang yang dipertanggungjawabkan untuk mengumpul dan mendokumentasikan amalan2 Kebatinan daripada Pak Andak Majid. Apabila ILMU kedua-dua TOKOH GAYONG ini digabungjalinkan, semakin gah lah ilmu peninggalan arwah Mahaguru untuk disusun agar dapat dijadikan bekalan buat anak2 Gayong generasi seterusnya.


Wallahua'lam

Tuesday, January 18, 2011

ISIM PENYEJUK API

Salam,

Bagi ikhtiar untuk menyejukkan api terutamanya dalam Majlis Mandi Minyak ketika berjalan atas bara api,Dalang akan membaca Isim ini pada segenggam pasir (7 kali senafas) dan melemparkan pasir tersebut ke atas bara api dengan isyarat "menjadi sejuk dengan IZIN ALLAH sebagaimana ALLAH menyejukkan api buat Nabi Ibrahim AS"

Surah Al-Anbiya' (69)
Bagi JAZAM amalan ini haruslah berpuasa (memutih) pada hari kelahiran kita pada permulaan amalan dengan membaca Isim tersebut sebanyak 1000 kali sehari selama ????? hari. Jika berjaya, InsyaAllah,amalan Isim ini akan sebati dengan diri dan boleh digunakan pada bila2 masa (biiznillah)............

Wallahua'lam

Monday, January 17, 2011

ISIM PELEMBUT BESI

Salam semua,

Ini isim yang digunakan oleh pendekar2 Gayong dalam ikhtiar mereka "menguasai" besi. Menguasai besi di sini bermaksud boleh membengkok,melembutkan atau menahan diri dari tembus jika ditikam oleh sebarang objek/senjata daripada logam.

Namun,kaifiat amalan perlu adanya JAZAM terlebih dahulu seperti berpuasa dan mewiridkannya dalam jumlah yang tertentu. Ijazah amalan amatlah penting supaya kita mampu membaca dan menggunakan dengan kaedah yg betul dan sempurna........


*demo bengkok besi sekarang dah xguna amalan ni,hanya menggunakan kudrat pesilat dan helah semata.........


Wallahua'lam

Saturday, January 15, 2011

PELANGKAH HULUBALANG & ISYARAT TUBUH

Salam semua,

Pelangkah Hulubalang & Isyarat Tubuh merupakan PETUA para pendekar silam untuk mendapatkan sesuatu ISYARAT melalui tubuh badan sendiri atau dipanggil FIRASAT. Sebelum mengamalkan ilmu Pelangkah Hulubalang,para pendekar akan membiasakan diri dengan amalan ZIKIR NAFAS dan MEDITASI (TAFAKUR) dalam kehidupan sehariannya.

Zikir Nafas - Berzikir setiap kali keluar dan masuk Nafas dengan zikir2 tertentu
Meditasi - Satukan diri dengan zikir yg mana lisan bertutur,minda menghayati dan hati meresap dengan serentak. Konsepnya sentiasa berada dalam kandungan Lam Alif (Lam Jalalah).

Dua amalan ini merupakan IBU KUNCI kepada ilmu Pelangkah Hulubalang & Isyarat Tubuh.

Antara Pelangkah Hulubalang yang sinonim dengan Ilmu Silat Seni Gayong seperti;
1. Gerisik di Pantai (Isyarat lengan @ telinga)
2. Pagar Raqib (Isyarat Kening @ Pintu Jamal)
3. Tunggul Rasulullah (Isyarat hidung)
4. Tongkat Langit (Isyarat Lidah)
5. Sauh Tunggal (Isyarat Jari)
6. Telur Dihujung Tanduk (Isyarat Jari - Ibu Jari & Telunjuk)
7. Balang Didalam Balang (Isyarat Bayangan)

InsyaAllah,dengan beramal dengan Petua Pelangkah ini, para pendekar mampu untuk mengetahui kitaran tubuh (kuat @ lemah), kedudukan atau kekuatan musuh, musibah yang akan berlaku di hadapan (melalui ilham dan tanda2) dan banyak lagi........

Wallahua'lam

Thursday, January 13, 2011

AMALAN GAYONG

Salam semua,

Kali ini saya berminat untuk berkongsi ilmu dengan tuan2/puan2 sekalian berkenaan Amalan2 Gayong terutamanya yang berkaitan dengan amalan2 wirid@ayat sebagai ikhtiar dalam usaha mengisi diri@rohani kita.

Antara amalan2 yang tersohor dan rata2 anak2 Gayong semua ketahui adalah;

1. Ayat 4 (Ayat Perang @ Selendang Perang )
2. Ayat Hulubalang
3. Ayat 9
4. Isim Budduh
5. Pedang QAF

Namun,sebelum anak2 Gayong diijazahkan amalan2 ini,terlebih dahulu perlu mengkhatamkan 70 ribu Qulhu (Surah Al-Ikhlas) tanpa putus. Selepas menjalani KHATAM Qulhu, anak2 Gayong bolehlah mengamalkan Ayat2 di atas dengan syarat2 tertentu sebagai JAZAMnya agar mengetahui adakah Ayat2 di atas serasi dengan diri pemakai. JAZAM di sini bermaksud,anak2 Gayong perlulah melakukan wirid2 ayat di atas dengan bilangannya yang tertentu dalam sehari selama tempoh yang telah ditetapkan sebagai syarat. Jika tertinggal satu hari maka diulang2 sehingga berjaya mengJAZAMkan setiap ayat di atas.Selepas itu,barulah amalan itu benar2 boleh dijadikan pakaian diri.

AYAT 4 ( AYAT PERANG)

1. La ilaha illa anta Subhanaka inni kuntum minazzholimin (Tasbih Nabi Yunus) - 10x
2. Wallahu gholibun 'ala amrih (Zikir Saidina Ali ) - 33x 
3. Ya Hayyu Ya Qayyum  
Ya ilahana wa ilaha Kulla syain ilahan wahida 
La ilaha illa anta (Doa Asif Barqiya)

4. Ya Zaljalali wal ikram (Zikir Imam Ghazali) - 7x


AYAT HULUBALANG

1. La Tudrikul Absoru Wahuwa Yudrikul Absora Wahuwallatiful Khobir - 21x
2. Kammin fi atin Qolilatin gholabat fi atan Kasirotan Biiznillah - 3x
3. Wa Bi Haqqi; La Hau La Wala Quwwata Illa Billahil 'aliyyil 'azhim
Wa Bi haqqi; Kaf Ha Ya Ain Sod , Ha Mim Ain Sin Kof
4. Yu Hibbu Nahum KahubbILLAH wallazina aamanuu Asyaddu hubbalILLAH - 21x


Cukup setakat ini dahulu perkongsian kita,InsyaAllah akan disambung di lain waktu jika di IZIN kan.

*PERINGATAN:jangan cuba mengamalkan tanpa mendapat IJAZAH GURU.Setiap Ayat/Wirid ini ada syarat JAZAMnya sebelum dibolehkan beramal......yg paling penting SYARAT UTAMA adalah KHATAM QULHU terlebih dahulu.....

Wallahua'lam

Monday, January 10, 2011

Huruf Hijaiyyah Pada Tubuh

Salam semua,

Merujuk kepada ilmu pendekar silam,terdapat suatu ilmu yang berkaitan huruf2 Hijaiyyah sebanyak 30 huruf yang mana 2 hurufnya bersifat bukan nyata. Setiap huruf mempunyai rahsia2 nya yang tersendiri dan mempunyai penjaga yang dinamakan Khadam Huruf.

Di dalam tubuh manusia juga,ada diisyaratkan akan huruf2 Hijaiyyah ini mengikut kefahaman dan ilmu guru2 terdahulu. Banyak kelebihan sekiranya kita tahu rahsia dan kaedah menggunakannya. Antara Ayat Pembuka/Pengaktif Huruf2 Hijaiyyah dalam tubuh kita adalah dengan membaca Surah Al-Fath ayat 29. Ini kerana ayat ini mengandungi kesemua Huruf2 Hijaiyyah di dalam ayatnya.

Dalam pengajian Hisab dan Falak pula, setiap huruf mempunyai sifir2 nya yang tertentu. Nilaian nya adalah seperti berikut;

ﺍ:1; ﺏ:2 ;ﺕ:400 ; ﺙ:500; ﺝ:3; ﺡ:8; ﺥ:600; ﺩ:4; ﺫ:700; ﺭ:200; ﺯ:7 ;ﺱ:60;ﺵ:300; ﺹ:90; ﺾ:800; ﻁ:9; ﻅ:900; ﻉ:70; ﻍ:1000; ﻑ:80; ﻕ:100; ﻙ:20; ﻝ:30; ﻡ:40; ﻥ:50; ﻫ:5; ﻮ:6; ﻱ:10;

Sifir2 ini wujud sebelum wujudnya nombor2 dalam tulisan Arab.


Wallahua'lam


Sunday, January 9, 2011

ILMU WAFAK dalam Silat Seni Gayong

Salam,

Ilmu Wafak merupakan suatu cabang ilmu yang berkaitan Huruf-huruf Hijaiyyah yang sebanyak 30 huruf. Banyak rahsia yang terkandung di dalamnya sebagaimana pendita2 dan pendekar2 silam menggunakan ilmu ini sebagai senjata ampuh untuk menentang musuh2 yang menggunakan teknologi moden. Tidak terkecuali juga, dalam ilmu Silat Seni Gayong, ADMAR ada menunjukkan kaedah menulis Wafak kepada ayahanda Amin Hamzah ketika hayatnya. Antaranya seperti tulisan wafak di bawah yang merupakan Wafak yg diberikan oleh ADMAR kepada Ayahanda Amin Hamzah dan kini ada dalam simpanan saya sebagai koleksi khazanah ilmu Silat Seni Gayong.

Wallahua'lam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...