Pejuang Warisan Seni Beladiri Melayu

SELAMAT DATANG KE BLOG GELANGGANG PERSANTA NALA

Saturday, January 29, 2011

SISTEM MAKLUMAT AHLI........

Salam semua,

Pada 2008,saya memulakan database project "SISTEM MAKLUMAT AHLI" dengan tujuan mengumpul dan menyimpan semua maklumat berkaitan ahli2 PSSGM secara tersusun dan sistematik di bawah seliaan saya di Kelantan dan Labuan. Projek ini menggunakan pengaturcaraan php dan boleh RUN secara online jika kita mempunyai server. Maknanya,setiap maklumat terkini ahli bolehlah disemak melalui online sahaja.

Sebenarnya niat saya ketika itu bukan hanya tertakluk untuk penggunaan secara "sendiri-sendiri" sahaja, tetapi lebih dari itu.Jika ianya berjaya,bolehlah saya pertengahan software ini (perlu sedikit modification) untuk penggunaan secara menyeluruh melibatkan PSSGM. Namun,peristiwa hitam 2009 "merencatkan" perancangan ini. Mood untuk bekerjasama dengan pihak pimpinan PSSGM dah merundum dan akhirnya terkubur begitu sahaja.
Sistem Maklumat Ahli secara online amatlah penting buat pihak pengurusan dan pentadbiran Negeri dan Daerah sekiranya mereka menerima ahli2 atau jurulatih baru dari gelanggang,daerah atau negeri yang lain. Segala kesahihan maklumat mereka mampu di akses(tahun jd ahli,tarikh ujian bengkong,siapa penguji,majlis adat yg telah diikuti dll). Sebagai contoh ketirisan dari aspek maklumat ahli sekarang, bagaimana kita nak membuktikan yang seseorang itu adalah murid gayong?Adakah dengan sekadar cakap "saya dah mandi"? Sejarah telah membuktikan,terlalu ramai yang telah mengambil kesempatan di atas LOMPONG KEKURANGAN ini. Ada yang upgrade sendiri bengkong,ada juga yang mengaku sudah ikut adat perlimau tapak/seni dan tidak terkecuali dengan yang mengaku telah dapat tauliah sebagai Dalang dan Wakil Perlimau........mungkin pengeluaran sijil yang mempunyai nombor bersiri boleh dijadikan "penyelamat" kepada masalah ini tetapi masih belum sempurna jika tiada Sistem Database yang menyimpan segala maklumat ahli dan dapat di akses hanya di hujung jari. Saya yakin ramai di antara ahli2 PSSGM mampu untuk membantu pihak pimpinan PSSGM untuk menyelesaikan masalah ini.........


Wallahua'lam

2 comments:

  1. Salam...bagus usaha ini...namun dalam membangunkan sesuatu sistem keperluan analisis diperlukan bagi memastikan kelancarannya...ia perlu dilaksanakan secara top-down management...dimana pihak klien harus meneliti dan melihat keberkesanannya dahulu...Cadangan saya..cikgu azizan laksanakan dahulu diperingkat labuan dan kelantan seterusnya jika ingin dikembangkan diperingkat PSSGM Pusat berhubung terus dengan Setiausaha Agung PSSGM, Cikgu Suleh..buat proposal dan lakukan perjumpaan...kisah yang lepas lupakan dan lihat ke hadapan...

    ReplyDelete
  2. Salam,

    InsyaAllah,sedara juga boleh membantu dalam isu ini.....try di Perak dulu.......

    Bila ada banyak softwares bolehlah di buat pilihan mana satu yang paling sesuai.....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...