Pejuang Warisan Seni Beladiri Melayu

SELAMAT DATANG KE BLOG GELANGGANG PERSANTA NALA
Showing posts with label amalan gayong. Show all posts
Showing posts with label amalan gayong. Show all posts

Friday, December 27, 2013

ISIM BUDDUH

Salamun Alaik;
Wafak Isim Budduh

Isim Budduh terkenal sebagai amalan TERAHSIA dalam Ilmu Kebatinan Silat Seni Gayong. Ia merupakan "pakaian diri" bagi seorang Guru yang memiliki bengkong hitam Harimau Pelangi Chula Sakti dan telah KHATAM beberapa amalan dan wirid tertentu. Isim Budduh ini antara "isi" dalam Ilmu Kipas Nandung dan ianya juga turut dibaca sebagai DOA dalam beberapa Majlis Adat antaranya ketika limau yang dipotong masuk ke dalam lilitan akar sintuk untuk diangkat sebagai "anak angkat".

Sebenarnya terlalu banyak ILMU HIKMAH terkandung di dalam amalan Isim Budduh ini dan semestinya ia menjadi RAHSIA buat si pengamalnya. Namun begitu, ramai juga yang meragui makna atau maksud Budduh itu sendiri. Pelbagai andaian yang dilontarkan berdasarkan "agak-agak" dan "rasa-rasa" mengikut kedangkalan ilmu mereka sendiri. Hal ini juga turut berlaku kepada amalan Ayat 9 dalam bab tawassul. 

"Sesungguhnya manusia itu sentiasa menjadi musuh kepada hal yang mereka tidak ketahui." dan "Manusia itu sering menentang sesuatu yang mereka rasakan tiada memberi manfaat atau membawa ancaman kepada mereka".

Makna Budduh

Bagi mengelakkan kekeliruan dan kurangnya kefahaman akan makna sebenar Budduh ini sehinggakan ada segolongan yang menafikan amalan ini dengan mengatakan ianya menyeru jin dan sebagainya, maka disini penulis ingin berkongsi maksud sebenar akan istilah Budduh ini. 

Dalam bahasa Arab "pasar", Budduh ini membawa maksud "Yang Menyegerakan Permintaan". Semestinya, ianya merujuk kepada ALLAH SWT. Dan kalimah Budduh ini memang sebenarnya merujuk kepada ALLAH SWT dalam bahasa Sanskrit! Ini menunjukkan Ilmu Gayong ini merupakan "Ilmu Tua Bangsa Melayu" yang diwarisi sejak dahulu kala dan ianya berlandaskan kepada Akidah yang suci.


isim-budduh-dan-kipas-nandung
soal-jawab-isu-menyeru-malaikat-dalam

Wallahua'lam.


Thursday, December 26, 2013

KELEBIHAN BERSELAWAT

Salamun Alaik;
 
Adat Buka @ Tutup Gelanggang Silat Seni Gayong

Dalam Keilmuan Silat Seni Gayong, Amalan Berselawat ke atas Baginda RASULULLAH SAW termasuk dalam amalan kerohanian yang disarankan bagi setiap GURU dan MURID GAYONG. Umumnya kita dapat melihat amalan BERSELAWAT ini diamalkan ketika AMALAN BUKA DAN TUTUP GELANGGANG dan ketika AKAD bagi ADAT tertentu. Amat bertuahlah bagi seorang GURU dan IMAM GELANGGANG yang sering menjalankan ADAT BUKA GELANGGANG kerana mempunyai ruang dan masa untuk sentiasa meminta anak-anak Gayong yang di bawah jagaannya untuk sama-sama BERSELAWAT.


Di kesempatan ini, penulis ingin kongsikan 30 kelebihan dan keajaiban SELAWAT ke atas NABI MUHAMMAD SAW;

1) Sabda Rasullah SAW : Barangsiapa yang berselawat keatasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat keatasnya 10 kali ganda - (HR Muslim.)

2) Allah akan hapuskan dosa2 kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardu. 

3) Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali sehari, insya Allah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki @ wanita. 

4) Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air dan minum. Insya Allah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh. 

5) Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah. 

6) Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insya Allah akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu. 

7) Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari, dengan izin Allah dirinya akan lebih dihormati dan dihargai oleh orang lain. 

8) Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yang berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh para nabi. 

9) Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, Insya Allah akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, dan sebagainya dalm dirinya. 

10) Sesiapa yang amalkan berselawat 1000 kali pada malam Jumaat, Insya Allah akan beroleh kebahagiaan samada di dunia mahupun di akhirat. 

11) Amalkan selawat 11 kali tiap kali selesai solat fardu kerana Allah akan mengindahkan akhlaknya menjadi lebih disenangi di kalangan orang lain. 

12) Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran. 

13) Sesiapa yang berselawat tak kiralah banyak mana hitungannya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya. 

14) Amalan berselawat sebanyak yang mungkin setiap hari menjamin keselamatan hidup dan pertolongan Allah, lebih-lebih lagi pada saat kita menghadapi kesukaran hidup. 

15) Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat 3 kali setiap selesai solat Subuh, Maghrib & Isyak, Allah akan menghindarkannya daripada sebarang bencana. 

16) Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali setiap hari, Allah akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah. 

17) Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan Allah akan segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNya. 

18) Menurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipu daya syaitan yang melalaikan. 

19) Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan Allah.

20) Sesiapa yang membaca selawat sebanyak 7 kali selama 7 Jumaat berturut2, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW. 

21) Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari. 

22) Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat Asar pada hari Jumaat, InsyaAllah akan dihapuskan dosa2 kecil seseorang. 

23) Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, Allah akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya. 

24) Jiwa yang resah gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana Allah itu Maha Luas rahmatnya. 

25) Ulamak berpendapat, sesiapa yang mengamalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, insya Allah dihindarkan daripada taun dan wabak penyakit berbahaya yang lain. 

26) Membaca selawat 1000 kali selepas solat hajat 2 rakaat mampu menghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan Allah akan hajatnya. 

27) Menurut para ulama, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib. 

28) Para Ulamak berpendapat, Allah akan sempurnakan hajat yang baik dengan sentiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, diikuti dengan usaha yang berterusan. 

29) Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari Jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya - HR Abu Naim. 

30) Sabda Nabii SAW: Barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syaafaatku pada hari kiamat - HR Thabrani

[dipetik dari www.facebook.com/DrAsmadi]

Wassalam.

Sunday, July 29, 2012

MENTERA IBU GAYONG

Salamun Alaik;

Basmalah

KUN kata Allah
FAYAKUN kata Muhammad
YA RABBIKUM kata Jibrail
KUN YA HU kata Aku.

Adam kata tidak mengapa
Muhammad kata tidak binasa
Allah kata tidak mati

Wakanallah HU
Ah! kata Allah
Hu kata Muhammad
tidak mati kata Allah
kini kata Muhammad

Suku yang bersifat yang bernyawa
menyembah akan maujudku
tunduk, lemah melihat kebesaran Allah pada diriku.

Aku duduk dalam kalimah LAILAHAILLALLAH
Aku hilang dalam Rahsia Allah.

Berkat Guru
Berkat Rasulullah
Berkat Kalimah LAILAHAILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH

ALLAHU AKBAR 3X - Tarik Nafas dan Pasang Niat

Wallahua'lam.

Monday, February 6, 2012

PAGE DALAM FACEBOOK - AMALAN KEBATINAN SILAT SENI GAYONG

Salamun Alaik;
Pastinya bukan mengijazahkan atau menulisnya secara penuh. Ada bahagian-bahagian tertentu dikosongkan demi menjaga ADAB BERGURU. Bertujuan untuk berkongsi secara umum terutamanya dengan seluruh sedara seGayong agar ianya boleh dijadikan bahan dokumentasi/rujukan dan menyemai perasaan ingin menuntut akan kerahsiaan keilmuan gayong buat yang belum memilikinya. Inilah SENJATA GHAIB (ayat-ayat Al-Quran, mentera2 yg mengenalkan akan asal usul manusia dan ayat2 yg membangkitkan semangat diri) bagi sekelian Mukmin yang tiada pada golongan KUFFAR.Selain itu, ianya mampu menjadi alat untuk menangkis segelintir masyarakat yang mengatakan amalan-amalan kebatinan Gayong ini bathil lagi menyesatkan.

Klik di sini https://www.facebook.com/pages/Amalan-Kebatinan-Silat-Seni-Gayong/173373619438717

Wallahua'lam

Wednesday, January 18, 2012

ISIM BUDDUH DAN KIPAS NANDUNG

Salamun Alaik,


 Bruce Lee pernah terkena ajian Kipas Nandung oleh Mahaguru Gayong

Kipas Nandung, terkandung ia di dalam Keilmuan Silat Seni Gayong. Ketinggian ilmu dan kehebatannya sering diceritakan oleh Guru-Guru Tua yang mendapat "AMANAH" dari Allahyarham Mahaguru dan tidak terkecuali ada di antara Guru-Guru Tua yang bercerita berdasarkan pengalaman menyaksikan sendiri bagaimana Allahyarham Mahaguru mempraktikkan ilmu tersohor ini. Memang amat menggerunkan! Ajiannya mampu mencederakan musuh walau hanya direnjis lembut dan ianya juga mampu dilaksanakan tanpa sempadan jarak dan dimensi!

Adab belajar ilmu Kipas Nandung amat berbeza dengan Ilmu Kebatinan Gayong yang lain. Ianya tidak sesekali akan diajar kepada umum atau gurulatih yang telah mencapai tahap tertentu dalam peringkat pelajaran. Ianya juga bukan boleh diperturunkan secara "Izin Amal" atau "Tauliah Umum". Apatah lagi secara berkursus dan dibuka pula kepada peserta yang berminat. Seorang Guru yang menjadi Pewaris Amanah Ilmu ini tidak akan sesekali bercakap sewenangnya-wenang akan perihal Kipas Nandung ini kerana menjaga "SUMPAH" ketika menerima pengijazahan dari Allahyarham Mahaguru. Setiap yang menerima amanah hanya boleh "menurunkan" hanya kepada 7 murid yang benar-benar terpilih dan dipercayai. Itu pun sekadar pakaian untuk diri sendiri. Cuma seorang diantara 7 yang terpilih ini yang akan diangkat pula sebagai "PEWARIS ILMU" yang boleh mengijazahkan pula kepada 7 orang yang benar-benar layak dan berhak. Berkata Guru pada ku; " Perturunkanlah ILMU ini setelah kamu menjunjung uban dan lantiklah pengganti mu daripada murid yang kamu paling percaya"........... Berwaspadalah kerana Ilmu ini bukan ilmu sebarangan, silap langkah buruk padahnya.

Isim Budduh pengisian bagi Kipas Nandung

Ibu Amalan bagi Ilmu Kipas Nandung seperti yang diceritakan oleh salah seorang "PEWARIS" ilmu ini adalah Isim Budduh. Isim yang dianggap Isim Tertinggi dan Terahsia di antara Himpunan Amalan-amalan Kebatinan Gayong yang lain. Seruan dan wasilahnya adalah terdiri daripada Bala Tentera Allah yang terdiri daripada Malaikat-malaikat khusus yang menjaga setiap penjuru alam di peringkat sederhana dan tinggi.
Antaranya;
1. Sayyid Thoiykail
2. Lakahkail
3. Mayail
4. Nannayail
5. dan ramai lagi (dirahsiakan atas menjaga Adab Ilmu)


Tiada Madah, Pantun, Mentera atau latihan fizikal dalam Amalan Kipas Nandung

"Itu semuanya KARUT!!! Dalam Kipas Nandung, TIADA semua ini.", jawab Guru bila ditanyakan soal Kipas Nandung yang sejak kebelakangan ini sudah ada beberapa guru Gayong yang mendakwa ada mempelajari ilmu Kipas Nandung ini dari Arwah Mahaguru. Ada yang bermadah..... ada yang berpantun..... ada yang melompat sambil merenjis-renjis jari dan pelbagai lagi ragam yang boleh dianggap "nak tunjuk serba tahu". Jika benar-benar mereka ada, mereka tak akan kata mereka "ADA" dan sewenangnya menurunkan ILMU ini secara terbuka......sbb itu salah satu SUMPAHnya. Semoga perkongsian ini mampu menjawab soalan2 sahabat yang bertanyakan tentang Ilmu Kipas Nandung ini.

Wallahua'lam.

Sunday, June 19, 2011

AYAT SUNDANG

Salamun Alaik;


Sundang tergolong dalam kumpulan senjata pedang. Ianya berasal dari Bugis. Ada yang Jantan dan ada yang Betinanya. Jantan lebih berat dan panjang berbanding yang Betina. Ada kaedah bermainnya secara memegang 2 tangan dan ada yang hanya bermain sebelah tangan di samping perisai. Letaknya di belakang bahu bila berdayung dan di sisi pinggang bila berjalan di darat. Terdapat juga yg berbentuk keris. Fungsi nya adalah untuk MELIBAS dan MENETAK, bukannya untuk MENIKAM. Di dalam Silat Seni Gayong, senjata Sundang diajar kepada guru2 Gayong yg berbengkong Pelangi Kuning Tinggi dan ke atas. Di sini, saya berkongsikan AYAT SUNDANG tetapi dalam bentuk terjemahannya. Untuk dapatkan AMALAN yg sebenar, perlulah mendapatkan IJAZAH dari Guru2 Gayong yg bertauliah.

" Basmalah
1. Kami dengan ALLAH, Kemuliaan kami,
2. bukan dgn gah dan pangkat,
3. PEDANG kami di dalam kata-kata kami,
4. Cukuplah bg kami ALLAH dan NABI."


Wallahua'lam

Tuesday, April 12, 2011

AMALAN QULHU

Salamun Alaik,



Amalan Qulhu 70 ribu (Al -Ikhlas) merupakan antara pengisian utama bagi amalan kerohanian Silat Seni Gayong. Bilangan 70 ribu ini mengisyaratkan kepada 70 ribu liang roma pada tubuh seseorang manusia dan 70 000 HIJAB pada diri Insan. Selepas murid gayong berjaya menghabiskan pembacaan ini (minima 14x sehari semalam tanpa putus hingga capai 70 ribu) mereka akan menjalani suatu majlis adat yg dipanggil KHATAM QULHU. Kemudian, Guru akan mengijazahkan pula amalan2 wirid/zikir/doa tertentu sebagai pakaian diri buat anak2 Gayong seperti;

1. Ayat 4 (Ayat Perang)
2. Ayat Hulubalang
3. Ayat 9
4. Isim Budduh ( Seni Kipas Nandung )
5. Pedang QAF
6. Doa Kalimah 19
7. Doa Nurrunniyah ( Ayat2 Mutaqaat )

Kebanyakan Guru Gayong telah menetapkan seseorang murid perlu mengkhatamkan terlebih dahulu amalan Qulhu ini sebelum mereka diiktirafkan untuk kenaikan bengkong Pelangi Hitam.


Wallahua'lam.

Sunday, March 27, 2011

AYAT 9 - Terjemahannya

Salamun Alaik,

Di sini saya kongsikan terjemahan AYAT 9 yg merupakan amalan bagi pengamal2 Silat Seni Gayong yang telah Khatam Qulhu sebanyak 70 ribu;

1. Aku berlindung dengan nama Allah dari syaitan yang direjam
2. Dengan nama Allah Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyanyang.
3. Dan (Ingatlah) Allah amatlah besar kekuatan-NYA dan amatlah berat azab seksaan-NYA.
4. Salam ke atas Nabi Ayub AS.
5. Ya Allah, Tuhan Yang Bersifat Maha Melindungi
6. Sesungguhnya, Allah amat keras siksaan-NYA.
7. Wahai Tuhan Yang Menerima segala Permohonan
8. Dengan Rahmat Engkau Yang Maha Pengasih.
9. Salam (Tawassul)

* - Ayat ke-3 adalah sebahagian dari Surah An-Nisa'Ayat 84.
   - Dibaca 9x atau 17x
   - Ayat yg bersifat Pelindung/Pemecahan/Penawar
   - Untuk Penawar baca 49x
   - dan banyak lagi......perlu belajar secara bermusyafahah dengan Guru.

Wallahua'lam

Wednesday, January 19, 2011

MENTERA JABAT DIRI


Salam,

Dalam keilmuan Silat Seni Gayong, penggunaan Mentera2 juga diajar oleh arwah Mahaguru buat anak2 Gayong. Isyarat pembacaan mentera menunjukkan yang bangsa Melayu amat hebat dalam hal dan ilmu tentang KETUHANAN, KENAL ASAL USUL, HAKIKAT DIRI dan berkaitan dengan ilmu KUASA MINDA ( ucapan yg diulang2 akan memberi kesan pada MINDA dan seterusnya akan mengarahkan diri ke arah tujuan ucapan. Samalah dengan saranan DOA yang memang di ajar dalam ISLAM ).

Antara contohnya adalah MENTERA JABAT DIRI

.........................dan seterusnya


Wallahua'lam

Tuesday, January 18, 2011

ISIM PENYEJUK API

Salam,

Bagi ikhtiar untuk menyejukkan api terutamanya dalam Majlis Mandi Minyak ketika berjalan atas bara api,Dalang akan membaca Isim ini pada segenggam pasir (7 kali senafas) dan melemparkan pasir tersebut ke atas bara api dengan isyarat "menjadi sejuk dengan IZIN ALLAH sebagaimana ALLAH menyejukkan api buat Nabi Ibrahim AS"

Surah Al-Anbiya' (69)
Bagi JAZAM amalan ini haruslah berpuasa (memutih) pada hari kelahiran kita pada permulaan amalan dengan membaca Isim tersebut sebanyak 1000 kali sehari selama ????? hari. Jika berjaya, InsyaAllah,amalan Isim ini akan sebati dengan diri dan boleh digunakan pada bila2 masa (biiznillah)............

Wallahua'lam

Monday, January 17, 2011

ISIM PELEMBUT BESI

Salam semua,

Ini isim yang digunakan oleh pendekar2 Gayong dalam ikhtiar mereka "menguasai" besi. Menguasai besi di sini bermaksud boleh membengkok,melembutkan atau menahan diri dari tembus jika ditikam oleh sebarang objek/senjata daripada logam.

Namun,kaifiat amalan perlu adanya JAZAM terlebih dahulu seperti berpuasa dan mewiridkannya dalam jumlah yang tertentu. Ijazah amalan amatlah penting supaya kita mampu membaca dan menggunakan dengan kaedah yg betul dan sempurna........


*demo bengkok besi sekarang dah xguna amalan ni,hanya menggunakan kudrat pesilat dan helah semata.........


Wallahua'lam

Saturday, January 15, 2011

PELANGKAH HULUBALANG & ISYARAT TUBUH

Salam semua,

Pelangkah Hulubalang & Isyarat Tubuh merupakan PETUA para pendekar silam untuk mendapatkan sesuatu ISYARAT melalui tubuh badan sendiri atau dipanggil FIRASAT. Sebelum mengamalkan ilmu Pelangkah Hulubalang,para pendekar akan membiasakan diri dengan amalan ZIKIR NAFAS dan MEDITASI (TAFAKUR) dalam kehidupan sehariannya.

Zikir Nafas - Berzikir setiap kali keluar dan masuk Nafas dengan zikir2 tertentu
Meditasi - Satukan diri dengan zikir yg mana lisan bertutur,minda menghayati dan hati meresap dengan serentak. Konsepnya sentiasa berada dalam kandungan Lam Alif (Lam Jalalah).

Dua amalan ini merupakan IBU KUNCI kepada ilmu Pelangkah Hulubalang & Isyarat Tubuh.

Antara Pelangkah Hulubalang yang sinonim dengan Ilmu Silat Seni Gayong seperti;
1. Gerisik di Pantai (Isyarat lengan @ telinga)
2. Pagar Raqib (Isyarat Kening @ Pintu Jamal)
3. Tunggul Rasulullah (Isyarat hidung)
4. Tongkat Langit (Isyarat Lidah)
5. Sauh Tunggal (Isyarat Jari)
6. Telur Dihujung Tanduk (Isyarat Jari - Ibu Jari & Telunjuk)
7. Balang Didalam Balang (Isyarat Bayangan)

InsyaAllah,dengan beramal dengan Petua Pelangkah ini, para pendekar mampu untuk mengetahui kitaran tubuh (kuat @ lemah), kedudukan atau kekuatan musuh, musibah yang akan berlaku di hadapan (melalui ilham dan tanda2) dan banyak lagi........

Wallahua'lam

Thursday, January 13, 2011

AMALAN GAYONG

Salam semua,

Kali ini saya berminat untuk berkongsi ilmu dengan tuan2/puan2 sekalian berkenaan Amalan2 Gayong terutamanya yang berkaitan dengan amalan2 wirid@ayat sebagai ikhtiar dalam usaha mengisi diri@rohani kita.

Antara amalan2 yang tersohor dan rata2 anak2 Gayong semua ketahui adalah;

1. Ayat 4 (Ayat Perang @ Selendang Perang )
2. Ayat Hulubalang
3. Ayat 9
4. Isim Budduh
5. Pedang QAF

Namun,sebelum anak2 Gayong diijazahkan amalan2 ini,terlebih dahulu perlu mengkhatamkan 70 ribu Qulhu (Surah Al-Ikhlas) tanpa putus. Selepas menjalani KHATAM Qulhu, anak2 Gayong bolehlah mengamalkan Ayat2 di atas dengan syarat2 tertentu sebagai JAZAMnya agar mengetahui adakah Ayat2 di atas serasi dengan diri pemakai. JAZAM di sini bermaksud,anak2 Gayong perlulah melakukan wirid2 ayat di atas dengan bilangannya yang tertentu dalam sehari selama tempoh yang telah ditetapkan sebagai syarat. Jika tertinggal satu hari maka diulang2 sehingga berjaya mengJAZAMkan setiap ayat di atas.Selepas itu,barulah amalan itu benar2 boleh dijadikan pakaian diri.

AYAT 4 ( AYAT PERANG)

1. La ilaha illa anta Subhanaka inni kuntum minazzholimin (Tasbih Nabi Yunus) - 10x
2. Wallahu gholibun 'ala amrih (Zikir Saidina Ali ) - 33x 
3. Ya Hayyu Ya Qayyum  
Ya ilahana wa ilaha Kulla syain ilahan wahida 
La ilaha illa anta (Doa Asif Barqiya)

4. Ya Zaljalali wal ikram (Zikir Imam Ghazali) - 7x


AYAT HULUBALANG

1. La Tudrikul Absoru Wahuwa Yudrikul Absora Wahuwallatiful Khobir - 21x
2. Kammin fi atin Qolilatin gholabat fi atan Kasirotan Biiznillah - 3x
3. Wa Bi Haqqi; La Hau La Wala Quwwata Illa Billahil 'aliyyil 'azhim
Wa Bi haqqi; Kaf Ha Ya Ain Sod , Ha Mim Ain Sin Kof
4. Yu Hibbu Nahum KahubbILLAH wallazina aamanuu Asyaddu hubbalILLAH - 21x


Cukup setakat ini dahulu perkongsian kita,InsyaAllah akan disambung di lain waktu jika di IZIN kan.

*PERINGATAN:jangan cuba mengamalkan tanpa mendapat IJAZAH GURU.Setiap Ayat/Wirid ini ada syarat JAZAMnya sebelum dibolehkan beramal......yg paling penting SYARAT UTAMA adalah KHATAM QULHU terlebih dahulu.....

Wallahua'lam

Sunday, January 9, 2011

ILMU WAFAK dalam Silat Seni Gayong

Salam,

Ilmu Wafak merupakan suatu cabang ilmu yang berkaitan Huruf-huruf Hijaiyyah yang sebanyak 30 huruf. Banyak rahsia yang terkandung di dalamnya sebagaimana pendita2 dan pendekar2 silam menggunakan ilmu ini sebagai senjata ampuh untuk menentang musuh2 yang menggunakan teknologi moden. Tidak terkecuali juga, dalam ilmu Silat Seni Gayong, ADMAR ada menunjukkan kaedah menulis Wafak kepada ayahanda Amin Hamzah ketika hayatnya. Antaranya seperti tulisan wafak di bawah yang merupakan Wafak yg diberikan oleh ADMAR kepada Ayahanda Amin Hamzah dan kini ada dalam simpanan saya sebagai koleksi khazanah ilmu Silat Seni Gayong.

Wallahua'lam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...