Pejuang Warisan Seni Beladiri Melayu

SELAMAT DATANG KE BLOG GELANGGANG PERSANTA NALA

Sunday, January 9, 2011

ILMU WAFAK dalam Silat Seni Gayong

Salam,

Ilmu Wafak merupakan suatu cabang ilmu yang berkaitan Huruf-huruf Hijaiyyah yang sebanyak 30 huruf. Banyak rahsia yang terkandung di dalamnya sebagaimana pendita2 dan pendekar2 silam menggunakan ilmu ini sebagai senjata ampuh untuk menentang musuh2 yang menggunakan teknologi moden. Tidak terkecuali juga, dalam ilmu Silat Seni Gayong, ADMAR ada menunjukkan kaedah menulis Wafak kepada ayahanda Amin Hamzah ketika hayatnya. Antaranya seperti tulisan wafak di bawah yang merupakan Wafak yg diberikan oleh ADMAR kepada Ayahanda Amin Hamzah dan kini ada dalam simpanan saya sebagai koleksi khazanah ilmu Silat Seni Gayong.

Wallahua'lam

8 comments:

  1. tumpang bertanya.tu tulisan admar ke cikgu?

    ReplyDelete
  2. Pada mulanya saya agak ragu2 dengan penggunaan wafak.tetapi setelah mengikuti serba sedikit penerangan & penggunaan oleh ust Wan Asrul,maka rupanya ia sebahagian drpd ilmu lama..
    Cumanya,adakah ada kelayakan khusus sebagai penulis wafaq? atau golongan awam boleh tulis?
    bagaimana utk menangkis kebergantungan terhadap wafaq,yg saya lihat boleh terjatuh kpd keyakinan terhadap tangkal?
    mohon sahabat2 berkongsi...

    Amir

    ReplyDelete
  3. Salam semua,

    Wafak suatu cabang ilmu hikmah.

    Dalam ilmu Hikmah pengamalan ayat Al-Qur'an dan Asma Alloh ada dua macam :
    1. Pertama : Maqru' yaitu mengamalkan ayat Alquran atau Asma Alloh dengan cara dibaca sebagai zikir atau wirid.
    2. Kedua : Mahmul yaitu mengamalkan ayat Alquran atau Asma Alloh dengan cara ditulis sebagai wafaq atau Rajah untuk diletakkan di suatu tempat atau dibawa.

    Sabda Nabi : "Bila seorang hamba menulis Basmalah pada batu atau kertas, maka bahwasanya para Malaikat menuliskan untuknya pahala dan memohonkan baginya ampunan (perlindungan) selama tulisan Basmalah itu masih ada pada batu atau kertas itu". ( HR.Thabrani ).

    Istilah Rajah berasal dari kata Rojaha - Yarjahu - Rujhaanan artinya sangat kuat atau lebih berat. Sedang arti Rajah menurut istilah yaitu Wafaq berupa ayat Alquran atau Asma Alloh yang ditulis pada benda seperti batu, kertas, logam atau lainnya. Rajah biasanya ditulis pada organ tubuh manusia selain auratnya secara Abstrak untuk mendapat kekuatan, keselamatan dan perlindungan dari gangguan syetan, jin dan manusia yang zalim.

    Apa itu wafaq?
    Wafaq ialah tulisan yang menggunakan huruf abjad,sama ada hufur abjad itu ditukar dengan huruf tanggah yang berasal dari huruf suryani dan ibrani atau angka yang bersama dengan nilai huruf itu atau dengan menggunakan rajah-rajah.
    Menggunakan wafaq didalam ikhtiar menguatkan jiwa,amat bergantung kepada keyakinan seseorang,dan ia merupkan syarat yang utama di dalam keberhasilan.Walaubagaimana pun kita tidak boleh menaruh kepercayaan kepada kuasa wafaq,selain kembali serta meyakini bahawa keberhasilan penggunaan wafaq itu,adalah kerana keizinan Allah jua.Secara umumnya sesiapa sahaja boleh menulis wafaq,jika mereka mengetahui syarat,peraturan serta penguncinya.

    Waktu yang sesuai menulis Wafaq.
    HARI WAKTU
    Ahad 11.00-12.00 tengah ari.
    Isnin Malam hari selepas magrib hingga pukul 3 pagi.
    Selasa Antara jam 11.00 hingga 3.00 petang
    Rabu Pagi subuh,pukul 5.00 hingga 8.00 pagi
    Khamis Tengahmalam pukul 2 hingga 3 malam.
    Jumaat Lepas waktu zuhur jam 2 petang
    Sabtu Pagi atau petang,pukul 5.00 hingga 6.00

    Syarat menulis Wafaq.
    1) Beruduk.
    2) Menghadap qiblat.
    3) Bersih suci,tempat pakaian dan alat tulis.
    4) Tekun dan berhati-hati tidak sambil leka dan tidak boleh bercakap.
    5) Ditulis dengan dakwat arab,lebih afdhal dengan air mawar,bleh juga dengan pena biasa atau bol pin hitam yang yakin sucinya.
    6) Menulis sekali jalan
    7) Setiap titik huruf mestilah jelas

    Wallahua'lam

    ReplyDelete
  4. Rawatan secara Islam semakin mendapat tempat di kalangan orang Islam dan dianggap kaedah alternatif kepada perubatan moden. Tetapi, adakah 'kaedah rawatan Islam' itu menepati rawatan Rasulullah yang dikenali al-Tibb al-Nabawi?

    Pensyarah Fakulti Usuludin Universiti Malaya, Dr Mohd Muhiden Abd Rahman, berkata konsep penyakit datang daripada Allah dan Allah juga yang mampu menyembuh perlu ditanam dalam hati nurani umat Islam sebaik saja mereka ditimpa penyakit.

    Beliau yang melakukan kajian mengenai hukum al-Nusyrah mengikut perspektif al-Sunnah menyatakan Ibn Qayyim membahagikan al-Nusyrah kepada dua, iaitu:

    Pertama, al-Nusyrah atau rawatan ke atas orang yang terkena sihir dengan menggunakan sihir juga. Inilah sebenarnya bentuk al-Nusyrah yang dikatakan daripada amalan syaitan seperti pendapat al-Hasan al-Basri.

    Kedua, al-Nusyrah atau rawatan dengan menggunakan jampi pelindung, ubat-ubatan dan doa harus. Inilah bentuk al-Nusyrah yang diharuskan oleh sebahagian ulama.

    Dr Mohd Muhiden berkata, al-Bayhaqi menyatakan hukum al-Nusyrah sama seperti hukum jampi, iaitu harus diamalkan sekiranya menggunakan ayat al-Quran, nama Allah, sifat-Nya serta doa dan sabit dengan Rasulullah SAW.

    Selain itu, pengamalnya tidak boleh beriktiqad bahawa al-Nusyrah boleh memberi manfaat sendiri tanpa keizinan Allah SWT.

    Beliau berkata, al-Nusyrah secara amnya berbeza dengan tangkal dan azimat. Namun, Al-Nusyrah, tangkal dan azimat termasuk dalam kategori rawatan yang berunsurkan metafizik dan berasaskan jampi. Ulama memberi takrif yang berbeza-beza mengenai al-Nusyrah.

    ReplyDelete
  5. Menurut al-Qurtubi, “kalimah al-Nusyrah ibarat satu benda yang ditulis padanya nama-nama Allah atau ayat al-Quran, kemudian dibasuh dengan air dan disapu atau diberi minum kepada pesakit.

    Dr Mohd Muhiden berkata, Ibn al-Athir berpendapat al-Nusyrah adalah sebahagian daripada kaedah jampi dan rawatan bagi merawat orang yang terkena sentuhan jin.

    Katanya, Ibnu Ruslan pula berpendapat al-Nusyrah ialah sejenis jampi dan rawatan dengan memandikan (pesakit) dalam bentuk atau keadaan tertentu yang tidak mungkin diterima oleh kaedah perubatan biasa melalui hukum qiyas melainkan dengan percubaan.

    Kaedah itu dilakukan bagi merawat orang yang terkena sentuhan syaitan atau jin. Bentuk rawatan ini dinamakan al-Nusyrah kerana pesakit sendiri cuba menyebar atau menghapuskan penyakit berkenaan.

    Katanya, al-Dhahabi menyatakan bahawa al-Nusyrah ialah air yang dijampi dan dibiarkan seketika di tengah udara, kemudian dimandikan pesakit dengannya.

    Beliau berkata, walaupun ada perbezaan pendapat mengenai al-Nusyrah, perbezaan itu hanya dari sudut teknikal dan kaedah.

    Sudut prinsipnya sama saja kerana ulama sependapat al-Nusyrah adalah sebahagian daripada jampi, sama ada ditulis di atas sesuatu benda, kemudian direndam atau dijampi terus ke dalam air dan diberi minum atau disapu ke atas pesakit atau dimandi.

    “Al-Nawawi pernah memetik pendapat al-Qadi 'Iyad yang menyatakan ada hadis mengatakan Rasulullah SAW ditanya mengenai al-Nusyrah. Lalu baginda menjawab, “Al-Nusyrah adalah daripada amalan syaitan”.

    Seterusnya, al-Qadi 'Iyad menyatakan “Bahawa al-Nusyrah adalah amalan yang diketahui umum dan masyhur di sisi pengamal azimat dan dinamakan demikian kerana ia disebar oleh pengamalnya.

    “Hadis itu diriwayatkan oleh Jabir ibn 'Abdilah,” katanya.

    Dr Mohd Muhiden berkata, Abu al-Tayyib Syams al-Haq 'Abadi menyatakan “apa yang dimaksudkan sebagai amalan syaitan ialah al-Nusyrah yang diamalkan oleh masyarakat jahiliah dan dipercayai mempunyai kuasanya sendiri.

    “Al-Nusyrah yang mengandungi ayat al-Quran, nama Allah dan sifatnya atau doa yang sabit daripada Rasulullah SAW, hukumnya harus.”

    Mufti Perak Datuk Seri Harussani Zakaria berkata, tidak salah bagi umat Islam mengamalkan konsep perubatan al-Nusyrah, asalnya kaedah itu menggunakan ayat al-Quran.

    Katanya, tiada fatwa pada peringkat kebangsaan atau mana-mana negeri yang membenarkan al-Nusyrah secara ayat al-Quran tetapi hal itu sudah dibincang dalam kitab lama.

    Beliau berkata, pada zaman nabi sudah ada jampi menggunakan ayat al-Quran, iaitu ketika seorang sahabat digigit kala jengking ketika berkhemah di padang pasir.

    Katanya, seorang sahabat lain menjampi pesakit dengan al-Fatihah dan pesakit itu terselamat daripada maut (akibat gigitan kala jengking), lalu dihadiah seekor kambing.

    “Nabi mengatakan boleh makan kambing itu. Tiada masalah," katanya.

    Pengarah Urusan Annusyrah Marketing Sdn Bhd (Annusyrah Marketing), Abdullah Mohd Yusoff, berkata al-Quran adalah penyembuh kerana di dalamnya terdapat enam ayat penyembuh atau ayat syifa.

    Ayat berkenaan ialah Surah At-Taubah: Ayat 14, Surah Yunus: Ayat 57, Surah An-Nahl: Ayat 69, Surah Al-Israa': Ayat 82, Surah Asy-Syu'araa': Ayat 80 dan Surah Fussilat: Ayat 44.

    Katanya, Annusyrah Marketing menggunakan keenam-enam ayat syifa dalam perubatan al-Nusyrah bagi mengeluarkan produk syarikat itu dengan ditilawah (dibaca pada air) dan ditulis pada pinggan putih.

    Tulisan pada pinggan menggunakan dakwat khas diperoleh daripada pokok kuma-kuma atau dalam bahasa Inggeris dinamakan Saffron.

    “Kaedah al-Nusyrah yang digunakan ini bukan seperti pawang yang menghembus ayat tertentu pada air atau meludah dalam air. Kita juga tidak mengamalkan al-Nusyrah seperti zaman jahiliah, iaitu sihir orang Arab dengan membaca ayat tertentu yang tidak difahami.

    ReplyDelete
  6. Wafak, ilmu Melayu Islam yang menjadi isi kebanyakan pengamal silat dahulu kala.

    Hanya Allah yang mampu memberi bekas, bukan makhluk.

    Orang yang yakin wafak memberi bekas maka rosaklah imannya, sebagaimana orang yang yakin ubat yang dimakan yang memberi sembuh, atau yakin makanan yang dimakan itulah yang memberi kenyang, rosak imannya.

    wallahu alam

    ReplyDelete
  7. Ilmu Wafaq memerlukan ketauhidan tinggi dalam diri.....Yakinlah bahawa segala perbuatan kita hanya sekadar ikhtiar semata. Segalanya adalah tertakluk pd Izin-Nya.

    ReplyDelete
  8. moh le kite cari jln kembali...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...