Pejuang Warisan Seni Beladiri Melayu

SELAMAT DATANG KE BLOG GELANGGANG PERSANTA NALA

Thursday, January 21, 2010

RAHSIA NAFAS #1

Salam semua,

Di dalam amalan para pendekar, kaedah dan susunan NAFAS amat dititikberatkan. Sekiranya diamalkan aturan nafas ini secara rutin, ianya mampu untuk mengekalkan kesihatan,awet muda, menambah kewibawaan, tingkatkan keyakinan dan membangkitkan tenaga dalam dalam tubuh. Selain itu, zikir diterapkan untuk mengingati Allah yang dipanggil ZIKIR NAFAS. Setiap kali menyedut nafas di zikirnya "ALLAH" dan saat mengeluarkan nafas di zikirnya "HU". Dalam ilmu bernafas ini, ada 4 peringkat iaitu;
  1. Nafas
  2. Anfas
  3. Tanaffas
  4. Nufus
Secara saintifiknya pula, bila kita bernafas secara betul dam beritma, sel darah merah kita mampu untuk menerima isipadu oksigen yang lebih tinggi. Maka, isipadu oksigen ini mampu untuk diagihkan dengan secukupnya ke seluruh sel-sel badan terutamanya di bahagian sel otak.

*bersambung

Tuesday, January 5, 2010

TUMBUK PINTAL TALI

Assalamualaikum,

Pelajaran Asas dalam ilmu serangan tangan adalah menumbuk lurus atau secara khususnya disebut Tumbuk Pintal Tali. Kenapa ianya dipanggil sedemikian rupa? Kenapa ianya perlu bermula dirusuk (Kelek Anak) diikuti berputar ( Berkisar Tali ) sebelum genggaman tangan sampai ( Emas Sepukal). Setiap gerak geri pendekar ada maksudnya yang tersendiri. Ianya penuh dengan rahsia yang tersembunyi. Di gelanggang2 awam, kurang dibicarakan akan hal ini kerana ia lebih menitikberatkan betul perbuatannya. Tetapi bila kurang kefahaman,maka kurang jugalah penghayatan serta maksud sebenar akan perbuatan2 tersebut.

Secara saintifiknya, pergerakan kisaran ketika menumbuk yang bermula di sisi rusuk dapat menghasilkan suatu impak yang teramat besar kerana daya pecutan bertambah dibantu lagi dengan momentum hasil bebanan badan ke hadapan. Selain itu, pecutan tumbukan ditambah lagi dengan genggaman tangan diketatkan ketika penumbuk hampir sampai ke sasaran.

Dan yang terpentingnya, susun atur nafas perlulah betul dan dialirkan tepat pada masanya. Ditambah lagi dengan amalan2 zikir tertentu yang mampu menggerakan zarah2 menjadi semakin pantas dan menghasilkan tenaga yang tinggi.

Hasil dari latihan yang tepat dan teratur, maka serangan tangan yang asas ini akan menjadi suatu senjata ampuh yang mampu memusnahkan lawan. Moralnya di sini, jangan terlalu gopoh dalam belajar, latihan yang kerap dan sentiasa berdamping dengan guru amat penting dalam mendapatkan ilmu2 yang sulit seperti ini.

Di bawah ini ada dikepilkan video pemecahan dengan menggunakan seni Tumbuk Pintal Tali. Video A memaparkan pesilat banyak bergantung kepada bebanan tubuh kerana melompat sebelum menumbuk dan tumbukannya tidak cukup sifat menyebabkan atap genting tidak pecah semuanya walaupun mempunyai susuk badan yang sasa dan Video B pula memaparkan pesilat mempraktikkan tumbuk pintal tali dengan tepat.


Video A Video B

* video-video yang dipaparkan hanyalah sebagai paparan untuk topik perbincangan. Tiada niat untuk menjatuhkan maruah individu2 tertentu...


(dipetik dari Buku Panduan Jurulatih Gayong Serantau Kelantan)

1. Tumbuk Pintal Tali merupakan Asas Gerakan Serangan yang Pertama yang terdiri daripada rangkuman 3 perbuatan spt;
    a. Kelek Anak
    b. Kisar Tali
    c. Emas Sepukal

2. Kenapa ianya yang pertama? sbb dalam Tumbuk Pintal Tali sudah terkandung 7 serangan2 Tangan yang lain seperti;
    a. Tikam

    b. Tusuk Rajawali
    c. Telapak Harimau
    d. Seligi
    e. Sauk/Kun (kedudukan Kelek Anak)
    f. Paras (Kedudukan Kisar Tali)
    g. Sepukal (Kedudukan Emas Sepukal)

3. Jarak dan Kegunaanya;
    a. Jarak yg sgt hampir - guna serangan Sauk
    b. Jarak sederhana sehingga selengan - guna serangan PARAS
    c. Jarak lebih selengan - guna serangan Sepukal(Tumbuk Pintal Tali sepenuhnya)

4. Kenapa perlu berkisar? Bagi menambahkan kelajuan serta momentum badan.

5. PETUA#1 bagi menambahkan kelajuan bagi meningkatkan Momentum adalah dengan merenggangkan sedikit kepalan tangan pada awalannya dan mengenggam sekuat2nya kepalan tangan saat hampir menghentam sasaran.

6. PETUA#2 bagi menambahkan kekuatan tumbukan adalah dengan melepaskan nafas saat tumbukan sampai ke sasaran.

7. PENGISIAN KEBATINAN sewaktu menumbuk; Bacalah...........


Wallahua'lam.

Monday, January 4, 2010

SENI PADA NAMA

Assalamualaikum,

Tak kenal maka tak cinta. Itulah perumpamaan yang boleh kita umpamakan buat buah-buah dan seni-seni dalam ilmu silat kita. Generasi baru kini kurang berminat untuk mengenal nama yang menunjukkan identiti buah2 silat tetapi lebih senang menggunakan istilah2 Inggeris yang kebanyakkan diambil dari Taekwondo. Sebagai contoh; front kick, sidekick, straight punch, block dsb. Sedangkan dalam silat kaya dengan istilah-istilahnya yang tersendiri. Mengambil Silat Seni Gayong sebagai contohnya, terdapat ratusan istilah beladiri seperti;
1. Tumbuk Pintal Tali
2. Sauk Emas Sepukal
3. Hentak Emas Sepukal
4. Pancung Dayung
5. Selayang Pancung
6. Seligi
7. Tembi Sula
8. Lambung Kemudi
9. Tendang Sula
10. Tendang Rajang
11. Sepak Rajang
12. Sangga Langit
13. Patah Alu
14. Alu Patah
15. Hentak Adam
16. Rembat Relang
17. Rembat Kuda Gila
18. Timang Puteri
19. Carik Papan
20.Padam Lampu
21. Sambar Jerung dll

Jika dilihat berdasarkan nama2 diatas, jelas yang seni beladiri Melayu begitu kaya dengan seni2 nya dan setiap gerak itu mempunyai nama2 yang tertentu. Diambil contoh Tumbuk Pintal Tali, masih ada lagi seni2 dengan nama2 yang khusus seperti Kelek Anak, Berkisar Tali dan Emas Sepukal. Kenapa dipanggil Kelek Anak? Berkisar Tali? dan Emas Sepukal? Sebenarnya ada rahsia disebalik nama2 ini.

Kepada Guru2 Silat dan jurulatih2, ajarilah anak2 murid generasi baru kini ilmu beladiri dengan kaedah dan namanya yang benar2 beridentitikan silat bangsa Melayu. Jangan biarkan ianya pudar ditelan zaman.


Wassalam

TAHAP PEMBELAJARAN

Assalamualaikum,

Dalam proses pembelajaran silat, terdapat beberapa peringkat pembelajaran berdasarkan tahap penguasaan pesilat dalam mengenal APA ITU SILAT.....

Tahap 1 : Tahu - sekadar tahu dan sukar untuk melakukan
Tahap 2 : Faham - tahu dan boleh tunjuk
Tahap 3 : Kuasai - boleh mengajar
Tahap 4 : Mahir - dapat mengaplikasikan
Tahap 5 : Sintesis - boleh mengolah dan mencipta sesuatu yang baru

Wassalam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...