Pejuang Warisan Seni Beladiri Melayu

SELAMAT DATANG KE BLOG GELANGGANG PERSANTA NALA

Tuesday, January 5, 2010

TUMBUK PINTAL TALI

Assalamualaikum,

Pelajaran Asas dalam ilmu serangan tangan adalah menumbuk lurus atau secara khususnya disebut Tumbuk Pintal Tali. Kenapa ianya dipanggil sedemikian rupa? Kenapa ianya perlu bermula dirusuk (Kelek Anak) diikuti berputar ( Berkisar Tali ) sebelum genggaman tangan sampai ( Emas Sepukal). Setiap gerak geri pendekar ada maksudnya yang tersendiri. Ianya penuh dengan rahsia yang tersembunyi. Di gelanggang2 awam, kurang dibicarakan akan hal ini kerana ia lebih menitikberatkan betul perbuatannya. Tetapi bila kurang kefahaman,maka kurang jugalah penghayatan serta maksud sebenar akan perbuatan2 tersebut.

Secara saintifiknya, pergerakan kisaran ketika menumbuk yang bermula di sisi rusuk dapat menghasilkan suatu impak yang teramat besar kerana daya pecutan bertambah dibantu lagi dengan momentum hasil bebanan badan ke hadapan. Selain itu, pecutan tumbukan ditambah lagi dengan genggaman tangan diketatkan ketika penumbuk hampir sampai ke sasaran.

Dan yang terpentingnya, susun atur nafas perlulah betul dan dialirkan tepat pada masanya. Ditambah lagi dengan amalan2 zikir tertentu yang mampu menggerakan zarah2 menjadi semakin pantas dan menghasilkan tenaga yang tinggi.

Hasil dari latihan yang tepat dan teratur, maka serangan tangan yang asas ini akan menjadi suatu senjata ampuh yang mampu memusnahkan lawan. Moralnya di sini, jangan terlalu gopoh dalam belajar, latihan yang kerap dan sentiasa berdamping dengan guru amat penting dalam mendapatkan ilmu2 yang sulit seperti ini.

Di bawah ini ada dikepilkan video pemecahan dengan menggunakan seni Tumbuk Pintal Tali. Video A memaparkan pesilat banyak bergantung kepada bebanan tubuh kerana melompat sebelum menumbuk dan tumbukannya tidak cukup sifat menyebabkan atap genting tidak pecah semuanya walaupun mempunyai susuk badan yang sasa dan Video B pula memaparkan pesilat mempraktikkan tumbuk pintal tali dengan tepat.

video video
Video A Video B

* video-video yang dipaparkan hanyalah sebagai paparan untuk topik perbincangan. Tiada niat untuk menjatuhkan maruah individu2 tertentu...


(dipetik dari Buku Panduan Jurulatih Gayong Serantau Kelantan)

1. Tumbuk Pintal Tali merupakan Asas Gerakan Serangan yang Pertama yang terdiri daripada rangkuman 3 perbuatan spt;
    a. Kelek Anak
    b. Kisar Tali
    c. Emas Sepukal

2. Kenapa ianya yang pertama? sbb dalam Tumbuk Pintal Tali sudah terkandung 7 serangan2 Tangan yang lain seperti;
    a. Tikam

    b. Tusuk Rajawali
    c. Telapak Harimau
    d. Seligi
    e. Sauk/Kun (kedudukan Kelek Anak)
    f. Paras (Kedudukan Kisar Tali)
    g. Sepukal (Kedudukan Emas Sepukal)

3. Jarak dan Kegunaanya;
    a. Jarak yg sgt hampir - guna serangan Sauk
    b. Jarak sederhana sehingga selengan - guna serangan PARAS
    c. Jarak lebih selengan - guna serangan Sepukal(Tumbuk Pintal Tali sepenuhnya)

4. Kenapa perlu berkisar? Bagi menambahkan kelajuan serta momentum badan.

5. PETUA#1 bagi menambahkan kelajuan bagi meningkatkan Momentum adalah dengan merenggangkan sedikit kepalan tangan pada awalannya dan mengenggam sekuat2nya kepalan tangan saat hampir menghentam sasaran.

6. PETUA#2 bagi menambahkan kekuatan tumbukan adalah dengan melepaskan nafas saat tumbukan sampai ke sasaran.

7. PENGISIAN KEBATINAN sewaktu menumbuk; Bacalah...........


Wallahua'lam.

3 comments:

  1. Kalau xsilap yang video A tu cikgu sazali anak angkat ADMAR....tahun bila demo ni? Suka melihat Cikgu Amin, Cikgu Mat Yazi dan Cikgu Sazali bersama2 bergandingan menjayakan demo tersebut. Bila agaknya kita dapat melihat situasi seperti ini berulang kembali?

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum c.azizan, nama sy ahmad,
    sy tertarik dgn kata2 cikgu "Dan yang terpentingnya, susun atur nafas perlulah betul dan dialirkan tepat pada masanya. Ditambah lagi dengan amalan2 zikir tertentu yang mampu menggerakan zarah2 menjadi semakin pantas dan menghasilkan tenaga yang tinggi" boleh cikgu azizan jelaskan serba sedikit ttg nafas dan zikir tersebut.. sy ingin belajar..

    ReplyDelete
  3. Nafas adalah termasuk salah satu dari RAHSIA INSAN.......

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...