Pejuang Warisan Seni Beladiri Melayu

SELAMAT DATANG KE BLOG GELANGGANG PERSANTA NALA

Monday, September 7, 2009

BERSILAT DENGAN PEDANG BHGN 2


Salam semua,

Peperangan Badar merupakan peperangan yang pertama yang dipimpin oleh Nabi Muhammad SAW menentang puak2 kafir demi menegakkan kebenaran Islam. Ketika itu umur Baginda 54 tahun. Kemudian diikuti dengan perang Uhud sehinggalah peperangan terakhir yang dipimpin Baginda iaitu peperangan Tabuk pada usia 60 tahun. Sepanjang peperangan itu berlangsung, pedang merupakan senjata utama selain alat memanah, perisai dan tombak.

Tidak dinafikan pasukan tentera Rasulullah ada menggunakan semua senjata termoden ketika itu termasuklah alat memanah, tetapi Nabi SAW sendiri tetap menggunakan pedang dan berada di saf hadapan.Kenapa pedang menjadi pilihan Rasulullah SAW sedangkan teknologi yang termoden pada ketika itu adalah alatan pemanah?Sama-samalah kita renungkan..........

Al-Battar
Merupakan pedang tertua milik Rasulullah SAW. Pedang ini mula dimiliki sebagai harta rampasan perang dari puak Yahudi bani Qainuqa'. Pedang ini juga pernah dimiliki oleh Nabi Daud as setelah berjaya menundukkan Jalut,seorang Raja Palestin ketika itu. Pedang sepanjang 101cm terukir gambar Nabi Daud sedang memancung kepala Jalut.

Al-Hatfu
Pedang saiyidina Ali bin Abi Talib ra yang mirip kepada pedang Al-Battar milik Nabi Daud as. Merupakan pedang yang terberat yang hanya mampu digunakan oleh orang-orang tertentu sahaja termasuklah Saiyidina Ali ra sendiri. Pedang ini mampu membunuh dengan hanya sekali tikaman sahaja.

Ar-Rusub
Merupakan pedang Nabi Muhammad SAW sepanjang 140cm dan telah dinisbahkan kepada Saidina Jaafar As-Sodiq ra. Terukir lambang burung hereng dan seekor NAGA pada pedang tersebut. Kenapa Naga yang dipilih?

Ini adalah antara koleksi pedang2 Nabi SAW dan para sahabat. Dipercayai Nabi SAW mempunyai 9 bilih pedang selain tombak, busur panah, perisai, khemah dan alat -alat perang yang lain.

Bagaimana gaya dan seni permainan pedang zaman Nabi SAW dan para sahabat? Mungkin ada yang mewarisinya. Itu adalah luar dari pengetahuan saya.

Di sini saya lampirkan gaya bermain pedang oleh seorang guru tua Gayong, Ayahanda Amin Hamzah ketika kursus Kejurulatihan di ipoh pada tahun lepas. Pedang ini dipanggil Sundang dan biasanya ia dimain dengan memegang 2 belah tangan kerana beratnya. Tetapi, sekiranya kita mampu, maka ianya boleh dimainkan hanya dengan sebelah tangan dan sebelah lagi bolehlah kita memegang perisai.


1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...