Pejuang Warisan Seni Beladiri Melayu

SELAMAT DATANG KE BLOG GELANGGANG PERSANTA NALA

Thursday, September 3, 2009

PENJENAYAH - Siapakah mereka dan adakah anda mengenalinya?

Salam semua,

Siapakah golongan yang dikatakan sebagai seorang penjenayah? Di manakah mereka berada? Kenapa mereka melakukan aktiviti jenayah ini? Siapakah mangsa mereka? Apakah kriteria seseorang yang mendorong penjenayah memilihnya sebagai mangsa? Bilakah waktu mereka melakukannya? Bagaimana untuk mengenalinya? Dan yang terpenting ialah bagaimana cara untuk mengelak atau mengatasi mereka?


Tiada seorang pun yang mampu memberi gambaran yang jelas siapakah mereka ini sebenarnya dan di manakah mereka berada. Oleh itu, anda seharusnya sentiasa berwaspada kerana mereka ini mungkin rakan sekerja, jiran tetangga, rakan – rakan, kenalan, teman lelaki, boss, masyarakat sekitar, orang yang tidak dikenali atau ahli keluarga anda sendiri! Mereka boleh wujud di mana – mana sahaja.

Penjenayah ini juga biasanya akan memilih mangsa yang lemah, mudah mengikut kemahuan mereka, mudah dipengaruhi dan seterusnya dapat menguasai sepenuhnya diri mangsa tersebut. Empat golongan yang dikenalpasti menjadi sasaran utama penjenayah adalah;
  1. Wanita
  2. Kanal-Kanak
  3. Orang Tua
  4. Orang Kurang Upaya

Wallahua'lam



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...