Salam semua,
Saya tertarik dengan isu penggunaan PEDANG dalam beladiri kerana dalam sejarah Nabi Muhammad S.A.W, tercatat peperangan pada ketika itu banyak menggunakan pedang-pedang dan alat pemanah. Kalau Nabi kita dan sahabat-sahabat Baginda sangat arif dalam penggunaan senjata seperti pedang ini, maka kita sebagai umatnya,lebih-lebih lagi sebagai ahli beladiri yang beragama Islam,seharusnya belajar dan tahu serba sedikit bagaimana untuk bertempur menggunakan pedang!
Di kesempatan ini, ingin saya berkongsi dengan sedara2 sekalian berkenaan pedang-pedang Nabi SAW dan para sahabat Baginda.

PEDANG AL-MA'THUR
Merupakan pedang Nabi SAW yang UTAMA sejak Baginda di usia muda sehingga lah baginda diangkat menjadi Rasul. Pedang ini bersaiz 99cm panjang dan terukir simbol 2 kepala ular di bahagian hulunya. Pedang ini merupakan pedang yang Nabi SAW gunakan untuk berperang dan disimpan selama hayat Baginda. Selepas kewafatan Nabi SAW, barulah pedang ini diserah kepada Saidina Ali bin Ali Talib r.a
PEDANG ZULFAQARMerupakan pedang Nabi SAW yang UTAMA sejak Baginda di usia muda sehingga lah baginda diangkat menjadi Rasul. Pedang ini bersaiz 99cm panjang dan terukir simbol 2 kepala ular di bahagian hulunya. Pedang ini merupakan pedang yang Nabi SAW gunakan untuk berperang dan disimpan selama hayat Baginda. Selepas kewafatan Nabi SAW, barulah pedang ini diserah kepada Saidina Ali bin Ali Talib r.a
Asalnya milik Al-'Ashi ibn Munabbih al Sahmi seorang kafir yang terbunuh dalam perang Badar. Nabi SAW mengambilnya sebagai harta rampasan perang. Merupakan pedang Nabi SAW yang masyhur kerana sentiasa ianya dibawa berperang. Pedang ini bersaiz 3 jengkal panjang dan 3 jari lebar. Semasa perang Uhud, Nabi SAW menyerahkan pedang Zulfaqar ini kepada Saiyidina Ali bin Ali Talib r.a bersama dengan serban yang bernama Al-Sahab.
Dua koleksi pedang Nabi SAW ini antara beberapa bilah pedang milik Baginda. Lihatlah betapa tegap dan berat pedang-pedang ini. Secara logiknya, pemiliknya mesti mempunyai kekuatan fizikal yang tinggi untuk menggunakan pedang-pedang ini dalam pertempuran!
Sebagai renungan buat kita semua,
- Di dalam ilmu silat,kita ada belajar pisau, tongkat, parang, keris, lembing, kapak, tekpi, kerambit dan sebagainya. Persoalannya, bagaimana dengan ilmu bermain PEDANG, adakah ianya juga diajar?
- Nabi SAW sejak muda sehinggalah Baginda wafat, Pedang menjadi simbol kepada perjuangan, keberanian, sumber ilmu dan kuasa. Persoalannya, kita mungkin telah menyimpan pelbagai koleksi senjata seperti keris, kerambit, tekpi , lembing dsb, bagaimana dengan Pedang?
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteMcm mn nk masuk kelas belajar pedang ni?
ReplyDelete