Pejuang Warisan Seni Beladiri Melayu

SELAMAT DATANG KE BLOG GELANGGANG PERSANTA NALA

Tuesday, September 1, 2009

Apa itu SILAT?

Salam semua,

Saya memilih tajuk ini sebagai isu pertama utk dibincangkan kerana bagi saya ianya penting bagi kita membezakan antara SILAT dengan seni beladiri lain spt Taekwondo, Karate, Silambam, Kendo, Aikido, Wushu, Kungfu, Taichi, Muay Thai, Tinju dan lain-lainnya.

Apa definasi SILAT? Kenapa ianya dipanggil SILAT? Bagaimana sejarah kewujudannya? Soalan-soalan sebegini merupakan asas kepada pengetahuan kita terhadap silat dan jawapannya juga ada pelbagai versi mengikut kepada kefahaman perguruan masing2.Ada yang mengaitkan dengan ELAT, SILAP atau SILAU........ada juga mengistilahkan dengan SOLAT.............dan tidak kurang juga yg mentafsirkan asal maksud Silat ini dengan SILATURRAHIM. Apa yg penting, maksudnya adalah yg membawa kepada kebaikan walaupun tujuan asal kewujudan silat itu sendiri adalah merupakan ILMU BELADIRI NUSANTARA (Kepulauan Melayu) yg digunakan utk berperang dan mempertahankan diri. Tidak dinafikan, sebelum kedatangan ISLAM ke Kepulauan Melayu, Silat banyak dipengaruhi oleh pengaruh agama Buddha pada zaman kerajaan Srivijaya(kurun ke -7 hingga 13M) dan agama Hindu di zaman Kerajaan Majapahit (kurun 13-16M). Antara pengaruh yang terbesar yg dapat dilihat adalah kaedah meditasi/pertapaan dan bacaan-bacaan mentera dalam bahasa Sanskrit yg jelas maksudnya yg menyeru Dewa-dewa serta berdampingan dengan jin-jin kufur.

Namun, Silat telah mengalami evolusi perubahannya sejak Islam mula bertapak di Kepulauan Melayu. Penyebaran Agama Islam dan kemunculannya dapat dibuktikan dengan penemuan Batu Nisan di Tanjung Inggeris,Kedah (abad ke-9 ) dan penemuan Batu Bersurat di Kuala Berang,Terengganu ( abad ke-15 ).Keadaan ini dikuatkan lagi dengan pemelukan Islam oleh Sultan Melaka sendiri iaitu Megat Iskandar Shah dan impaknya benar2 telah mengubah gaya hidup dan amalan orang2 Melayu termasuklah amalan-amalan dalam persilatan.

Walaubagaimanapun,amalan2 khurafat di dalam silat bukan mudah utk dilenyapkan seratus peratus. Ianya telah mengambil masa yg amat panjang dan sehingga kini sebenarnya masih banyak lagi amalan2 khurafat dan sesat pada sebilangan kecil perguruan-perguruan silat di Nusantara ini. Namun proses pembersihan silat amat giat dijalankan oleh Badan-badan tertentu terutamanya JAKIM yg telah mengeluarkan garis panduan dalam menjalankan dan mengamalkan adat2 dan ilmu silat dalam sesebuah perguruan silat. Di samping itu, peranan pendakwah2 Islam yg turun padang dalam mengembangkan silat di Nusantara ini sedikit sebanyak telah menyerapkan amalan2 kependekaran Silat Melayu ini dengan Doa-doa, wirid-wirid,zikir-zikir dan Ayat-ayat dari Al-Quran bagi menggantikan mantera-mantera yang tidak diketahui akan kebenarannya.

Oleh yang demikian, boleh lah saya simpulkan SILAT berbeza dengan seni beladiri yg lain kerana Silat merupakan ilmu kependekaran(beladiri) hak milik orang-orang Melayu yang bukan hanya terkandung ilmu beladiri semata-mata tetapi dalam ruang lingkup yg lebih luas iaitu merangkumi ADAT dan ADAB bangsa Melayu dan nilai-nilai ISLAM yang tersemai di dalamnya.

Segala yg diutarakan ini adalah pandangan dari diri saya sendiri berdasarkan pengalaman dan hasil bacaan buku-buku berkaitan silat dan sejarah Melayu..................Wallahua'lam





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...