Pejuang Warisan Seni Beladiri Melayu

SELAMAT DATANG KE BLOG GELANGGANG PERSANTA NALA

Monday, March 7, 2011

HITAM TANDA BAYANG?????

Salamun Alaik......

Warna memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian kita. Setiap manusia pastinya ada pilihan warna2 tertentu sebagai warna kegemarannya. Tak terkecuali juga,warna digunakan dalam menentukan konsep, meluahkan sifat, penampilan diri, mengindahkan sesuatu, dan juga sebagai panduan. Di dalam Al-Quran juga, ada warna-warna tertentu dinyatakan (7 warna semuanya kalau xsilap). Ini menunjukkan yang warna begitu sinonim dengan kehidupan. Jika merujuk kepada Sirah Baginda, Nabi Muhammad SAW begitu berhati hati dalam memilih warna pakaian. Sebagai contoh, Baginda SAW memakai serban berwarna hitam sewaktu pembukaan Kota Mekah,namun warna putih dan hijau tetap menjadi warna kesukaan Baginda SAW. Dan yang pastinya,"Tidak AKU jadikan sesuatu itu sia - sia".....


Tidak terkecuali dalam Silat Seni Gayong, warna dijadikan panduan kepada tahap bengkong seseorang pesilat berdasarkan peringkat pelajarannya. Sebanyak 5 warna dipilih dengan isyaratnya seperti;

1. Putih - Ibarat kain putih yg belum dicorak. Bersedia menerima ilmu-ilmu dari Gurulatih.
2. Hijau - Ilmu telah dipelajari namun belum matang ibarat pucuk dedaun yang menghijau.
3. Merah - Ilmu yang telah matang ibarat buah yang telah masak ranum.pesilat pd peringkat ini juga digambarkan mempunyai semangat yang merah membara.
4. Kuning - Ilmu yang matang disulami dengan adat - adat Melayu yang penuh berseni. Lebih bersifat tenang dan memimpin.
5. Hitam - Rahsia/ Bayang. Kenapa Rahsia dan kenapa Bayang? Sesungguhnya perumpamaan Bayang itu sendiri adalah Rahsia Ibu Gayong yang sebenar. Maka di sini lah bermulanya ilmu Gerak Bayang yang menjadi ILMU TERAHSIA dalam segala ilmu SILAT SENI GAYONG.........Bagaimana bentuk ILMU ini? Ayuhlah kita mulakan PENCARIAN. Semoga anda semua akan berjumpa HAKIKAT ILMU melalui wadah SILAT SENI GAYONG ini.........


Wallahua'lam

9 comments:

  1. ..bayang menandakan KEHADIRAN/KEWUJUDAN tuan yang empunya bayang..

    p/s: ..tetapi bayang bukan DIRI yang EMPUNYA BAYANG..

    ReplyDelete
  2. putera laut sumatera timurMarch 9, 2011 at 1:17 PM

    Dgn segala kerendahan hati numpang bertanya sedikit kpd saudaraku pak Azizan :
    1.Apakah dalam Silat Gayong Malaysia, ada
    istilah mengambil "Keputusan Silat" ?
    istilah ini biasa disebut2 orang tua2 lama di
    Batu Bara.
    2.Apakah ilmu gerak bayang ini ada kaitannya
    dengan ilmu kaji diri ?
    dari : Putera Laut Sumatera Timur.

    ReplyDelete
  3. Wslm.....

    Ilmu Gerak Bayang itulah yang katakan sebagai "Keputusan Silat" sebab ianya bukan lagi dari gerak pesilat........

    ReplyDelete
  4. penamat bersilat tak payah bersilat..
    penamat mengelak tak payah mengelak..
    penamat hidup?

    p/s: he he he he he.. sori bang.. eheh..

    ReplyDelete
  5. PUTRA LAUT SUMATERA TIMURMarch 10, 2011 at 11:02 AM

    Assalamualaikum WW...
    Kpd Cikgu Azizan :
    Pemahaman saya Sbg org awam atas penjelasan cikgu,artinya : geraknya sudah otomatis,diluar kendali diri pesilat ybs..." menerima gerak yg digerakkan" ??

    Kpd Pak Oghang Ba Ado :
    "Penamat hidup " ?, kemano pulak arah pembahasannyo ini ? nampaknyo ceritonyo ini sangat secreet yo ? bukalah sedikit minimal pangkal2nyo, hhhhh.

    ReplyDelete
  6. Penamat Hidup.....Bila mampu mati sebelum mati......huhuhuhuhu.....tiadalah akan adanya penamat sbb AKU akan hidup KEKAL ABADI......

    ReplyDelete
  7. Putera Laut Sumatera Timur (Indra Jaya)March 11, 2011 at 9:52 AM

    Bayang2 selalu muncul diantara Cahaya dan kegelapan ?

    ReplyDelete
  8. ganah jugak abe jan kita ni..nak minta nutut eh.

    ReplyDelete
  9. Azizan Ibrahim said...

    Penamat Hidup.....Bila mampu mati sebelum mati......huhuhuhuhu.....tiadalah akan adanya penamat sbb AKU akan hidup KEKAL ABADI......

    ..terima kasih bang.. mintak halal ilmunya.. alhamdulillah..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...