Pejuang Warisan Seni Beladiri Melayu

SELAMAT DATANG KE BLOG GELANGGANG PERSANTA NALA

Sunday, October 17, 2010

SENI BUNGA TANJUNG - Tersembunyinya Rahsia Konsep Tempur Gayong!

Salam semua,

Merupakan satu2 nya seni tari dalam Silat Seni Gayong selain Bunga Teratai yang lebih bercorakkan jurus. Seni ini sering kita lihat dalam setiap persembahan terutamanya ketika sambut para VIP sebagai pembuka seri majlis. Namun,dalam konteks pembelajaran tempur silat, Seni Bunga Tanjung ini seolah2 dipinggirkan. Hampir tiada tempat jika dibandingkan dengan pelajaran2 lain terutamanya yang popular seperti Buah Tapak Kunci Mati dan Buah Kombat. Ketika Ujian Kenaikan Bengkong pun, Seni ini langsung tidak diuji sedangkan Serangan Bebas (sparring) yang tidak mempunyai silibus tetap diuji dalam Ujian Kenaikan Bengkong.

Kenapa ianya berlaku sedemikian?Saya sebenarnya tidak berniat untuk mengupas panjang lebar apa Rahsia yang terkandung itu, cuma sekadar untuk membuka mata semua anak2 Gayong agar cuba sedaya upaya untuk menggali Rahsia di dalam Seni Bunga Tanjung ini kerana Khazanah Ilmu dan Rahsianya AMAT besar. Di sinilah tersoroknya Pembuka Ibu Gerak dan Rahsia Tempur Gayong yang menjadi KUNCI segala buah dan gerak Gayong sebagaimana yang terdapat dalam Silibus Silat Seni Gayong yang menjadi HAFALAN anak2 Gayong semua............


Wassalam

29 comments:

  1. Alhamdulillah...kami tak pernah pinggirkan...salam gayong dari tapakyoi, Kolej Matrikulasi Perak

    ReplyDelete
  2. Terdapat 7 seni yang tersembunyi dalam Seni Bunga Tanjung.....antaranya jurus pernafasan Gayong yg mampu membangkitkan Tenaga Dalam anak2 Gayong semua.........

    ReplyDelete
  3. Itulah rahsianya...dan mungkin banyak lagi, seperti yang diketahui, Pak Ngah Izhar antara yang bertanggungjawab mereka pergerakan Bunga Tanjung, dan bunga tanjung ada kisahnya untuk anak-anak gayong tahu...boleh merujuk kepada Cikgu NorAzman UPSI untuk keterangan lanjut

    ReplyDelete
  4. Dalam bunga tanjung..banyak pecahan kunci, pukulan, elak pukul dan jurus/pelebat untuk latihan anak-anak gayong.

    Insya Allah..bagi yang berguru akan dapat manfaatnya

    ReplyDelete
  5. Itu cerita versi Pak Ngah. Cuba sedara risik2 pula cite versi Pak Andak Majid.........

    ReplyDelete
  6. Assalammualaikum.
    Boleh cikgu ceritakan kedua2 versi tersebut? sekadar ingin tahu.

    ReplyDelete
  7. Seeloknya sedara Areleem berjumpa sendiri dgn kedua2 Guru tersebut.Dengar sendiri supaya kita dapat cerita sumber pertama. Ikhtiarlah sementara kedua2 mereka masih hidup.Saya agak keberatan utk menulis kat sini untuk mengelakkan sebarang spekulasi negatif...............

    ReplyDelete
  8. ada orang suka lihat permainan yang kasar dan pantas, ada orang suka lihat yang lembut dan halus. Dari bunga jadi putik, dari putik jadi buah, dalam buah ada isi, dalam isi ada biji, dari biji pohon bercambah, tumbuh akar mennyulam bumi, tumbuh pucuk menggapai langit. hu hu hu

    ReplyDelete
  9. 7 seni tersembunyi? Pohon pada cikgu untuk jelaskan lebih buat tatapan saya orang muda.. Bagaimana pula pernafasan digunakan dalam tari cikgu? terima kasih.

    ReplyDelete
  10. Salah satu seninya adalah dipanggil SENI 3 DAUN....suatu seni atau kaedah dalam menghadapi serangan bertubi2 atau kaedah memotong serangan balas dari pihak musuh.......Tari bunga Tanjung masih ada pecahannya..... dan untuk mempelajari Seni Pernafasannya perlulah mencari Guru2 Tua yang rapat dengan ADMAR pada era penghujung 80-an. Sebabnya pada ketika itulah baru diperturunkan ilmu tersebut.

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah....sudah dapat...namun dari aliran pukulan...apepun berguru penting...

    ReplyDelete
  12. Tentang permainan seni tari bunga tanjung...pernah melihat Cikgu Sazali mentarikannya..saya rasa Cikgu Sazali ada rahsianya...

    ReplyDelete
  13. 3 daun? pertama kali dengar... siapa agaknya guru2 penghujung 80 an tu ye?

    ReplyDelete
  14. Ini pun satu lagi......kelentong tak habis2...... aku ada belajar main daun.....mau blajar ka?

    ReplyDelete
  15. Salam panji Alam...hormat sikit...jangan celupar kat blog orang...ajak berjumpa tak mau...bercakap bagaikan hebat... tolong hormat sikit...jangan jadi juara keyboard...bercakap guna akal

    ReplyDelete
  16. cikgu azizan kelentong? Maafla,saya rela belajar dengan orang kelentong (bkn cikgu azizan) dari saya belajar dengan orang yang tiada adab dan susila macam saudara. Kerana saya pasti jika saya berguru dengan saudara pasti saya menjadi tidak beradab seperti saudara.

    Krn bg saya cikgu azizan sedang mengajar sesuatu ilmu biarpun bukan (jika benar) daripada mahaguru asalkan ianya ilmu yang baik dan ikhlas.

    Boleh cikgu azizan terangkan konsep 3 daun tersebut?

    ReplyDelete
  17. Salam semua,

    Dalam kehidupan ni semestinya ada ranjau duri utk diuji keimanan dan kesabaran diri......

    Istilah 3 daun tu ada dalam Gayong punya terminologi........ permainan 1 daun maksudnya gerak serang kita secara tunggal.Makan gerak dalam gerak.Nampak shj sifat gerak musuh,kita dah masuk dan serang tepat pada sasaran. Penanda gerak itu sebagai pakaian...kalau biasanya org melihat guidenya di bahagian pusat atau bahu,tapi gayong di........... 2 Daun maksudnya seni permainan satu-dua, sifat serangan dah hampir jadi perbuatan serangan,jadi kita elak dan serang serentak.... Penanda geraknya ada pada jari kita....... dan 3 Daun bermakna seni permainan Lapis......sentuh,tangkis serang.....kalau dihalang akan jadi potong,buang dan serang...... perhatikan gerak cikgu majid ketika buat gaya tari pecahan bunga tanjung......tari sikalong?saya pun xpasti nama sebenarnya.....sesetengah tu panggil tari belali gajah.....apapun ianya ada dalam seni Gayong dan gerak tempurnya amat penting utk street fighting.....buah kombat dan kunci akan menjadi susulan gerak selepas seni gerak tersebut. Mana mungkin serangan yang sudah matang sifat dan geraknya mampu utk dihalang secara mudah dan ingin buat serangan susulan seperti buah kunci.......

    ReplyDelete
  18. Dalam gayong ni kita belajar kaedah songsang.....diajarnya dulu buah2 susulan dan akhirnya diajar petua dan buah awalan....... maka pada sesiapa yang belajar separuh jalan maka dengan itu walaupun punyai beratus2 buah pun akan jadi hampir sia2 sbb gerak awalannya mereka tidak dapat. Ibarat ada banyak kereta mewah dan hebat,tapi kuncinya tiada

    ReplyDelete
  19. Kalau dalam matematik,kita banyak belajar melalui contoh2 penyelesaian untuk faham bagaimana nak membentuk formula........ oleh itu,buat semua anak2 gayong,kita jgn terlalu leka dengan hanya banyak bergantung kepada hafalan buah2 gayong sahaja,perlu cari bagaimana nak gunakan buah2 hafalan kita tersebut secara realistik dan efektif.........

    ReplyDelete
  20. Benar apa yang diperkatakan....permainan buah gayong perlu lebih realistik dan kelebihan gayong adalah permainanannya boleh diubah untuk sasaran serangan sebenar...

    Hafalan penting untuk mencapai tahap pertama taksonomi sesuatu pelajaran namun kefahaman, penilaian dan sistesis memainkan peranan yang lebih penting dalam mengadaptasikan ilmu tersebut..

    Terima Kasih kepada Cikgu Azizan yang sudi berkongsi pelajaran dan pengalaman..

    ReplyDelete
  21. nama permainan yang pak ndak majid buat itu namanya tapak sikulang..jarang-jarang orang nak sebut nama ni. nanti saya cuba tanya kawan yg rapat ngan pak ndak majid mengenai bunga tanjong. sebab seingat saya gayong pusaka tak menekankan sangat permainan ini. malah pada 3 tahun lepas waktu grading di gelanggang pusat gurun kedah, saya tak nampak langsung permainan ini dimainkan. cuma saya ada juga dengar bahawa permainan ini di reka oleh anak murid dato.tak tahu sejauh mana kebenarannya. saya pernah juga tanya guru-guru bengkong hitam. siapa yang pernah tengok dato tunjuk "beginilah bunga tanjong" mereka tak jawab. semoga cikgu azizan bolehlah memberi lebih banyak penerangan pada kami org2 muda ni...pada panji alam adus! kasar betul bahasa tuan janganlah begitu ya kita sekadar berkongsi cerita, pengalaman, ilmu sejarah kalau silap tolong betulkan kalau betul kita iyakan..

    ReplyDelete
  22. terima kasih cikgu azizan... satu maklumat dan ilmu yang sangat baik.. falsafah yang boleh digunakan dan diajar pada anak-anak murid untuk memudahkan pemahaman.. saya pernah mendengar sahabat saya menggelar istilah peluru petunang, makan gerak, permainan lapis, dalam persilatannya dan penerangannya hampir sama dengan istilah 3 daun tersebut. terima kasih sekali lagi. seronok dapat belajar...

    ReplyDelete
  23. assaamalaikum... izinkan sy menanyakan sesuatu.. mengapakah sesetengan tempat berlainan bunga tanjong? sbb ade setengah tempat bunga tanjungnya panjang dan ada setengah tempat ada yang pendek.. dan adakah bunga teratai sama dengan bunga tanjong?

    ReplyDelete
  24. Variasi pelajaran Gayong bukan setakat bunga tanjung,tetapi hampir semua pelajaran seperti gerakan,elakan,kunci mati,pukulan dsb......

    Yang penting sedara mengerti setiap yang tersirat dalam pergerakan bunga tanjung tersebut.

    Bunga Teratai lebih kepada jurus pergerakan....hanya di awalan pergerakannya shj yg menonjolkan gerak tari..........

    ReplyDelete
  25. maaf tapak yoi..setahu saya bunga teratai tidak di reka oleh pak ngah..tetapi diambil oleh Dato' dari Pak Lang Jonid..juara tari negeri perak..kalo x silap dato' n pak lang jonid ada bau2 bacang...nak tahu cerita ni boleh jumpa pak junus anak pak lang jonid di taiping..anak gayong juga..pak ngah dan ustaz kholid pernah bawa saya dan kawan2 jumpa pak yunus...pak yunus dah sangat uzur dah x boleh bangun..bunga tanjung dimulai dengan bungat teratai..maaf sekadar berkongsi itu yang saya dengar dr pak ngah dan pak yunus...

    ReplyDelete
  26. Tidak semestinya yang pandai itu sentiasa benar......

    ReplyDelete
  27. asal permainan ini ialah silat sembah sultan oleh pak lang junid..tidak ada istilah teratai dan tanjung..istilah ini wujud apabila di potong permainanya..di bawah di namakan teratai di atas di namakan tanjung...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...