Pejuang Warisan Seni Beladiri Melayu

SELAMAT DATANG KE BLOG GELANGGANG PERSANTA NALA

Friday, April 16, 2010

DALAM KENANGAN - VIDEO DEMO SILAT

Salam semua,

Kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan video persembahan silat seni gayong yang dipimpin oleh Ayahanda Amin Hamzah (Panglima Singa Malaya -1983) dihadapan Allahyarham Dato' Meor di Taiping sekitar awal 80-an bolehlah hubungi saya di talian 0128686595. Kualiti video agak kurang memuaskan (convert dari VHS ke CD),tetapi apa yang penting pelajaran/silibus yang dipertontonkan adalah yang diakui sendiri oleh ADMAR (asli dan tidak ada tokok tambah/rekaan). Sesuai dijadikan sebagai rujukan untuk generasi muda.

*harga RM25.00 (termasuk harga pos)

41 comments:

  1. tak minat hahahaha

    ReplyDelete
  2. Tak minat terpulanglah.....rasanya xperlu post comment kat sini. Bagi saya,pelajaran Gayong la ni dah banyak tokok tambahnya.Masing2 cuba utk meletakkan dirinya yang hebat dan banyak pelajaran walaupun hakikatnya xpernah ambil pelajaran tersebut.

    ReplyDelete
  3. sejujurnya saya tak kisah asli atau ada tokok tambah, seab semua dari ALLAH

    yang penting praktikal dan sesuai dengan kemampuan diri pemakai

    ubahsuai itu inovasi, tapi tak bemaksud yang asal ada kekurangan. tapi kekurangan adalah sifat makhluk

    tujuan itu urusan hati, biarlah yang behak yang menentukan

    kadangkala saya tertanya, ADMAR mengajar dengan sedikit kelainan di tempat yang berlainan, kadangkala.

    apa sebabnya?
    mana satu yang asli?

    ReplyDelete
  4. Emm...siapa dikalangan kita yang berhak mengatakan pelajaran gayong yang asli? salahkah pecahkan pelajaran...? hamba dahulu belajar Gayong Fatani...bila hamba didedahkan permainan seligi Gayong...hamba jumpa balik tapak Gayong Fatani...Alhamdulillah...rupenya ada tapak fatani dalam Gayong Malaysia, bila dibincang bersama Cikgu Nor Azman, anak murid Cikgu Kahar...seligi main untuk jarak rapat...berbeza dengan yoi..pergerakannya licah meliputi tapak, gulungan dan buah...jadi tak salah pecah pelajaran selagi yang asal kita tak tinggal...betul tak cikgu chula hitam?

    ReplyDelete
  5. Salam semua,

    Bagi setiap perguruan ada formulanya yang tersendiri.Formula atau rahsia gerak itu dicipta sbg pemudah cara sipemakainya. Dalam matematik, setiap masalah ada pelbagai kaedah atau formula utk mencari jawapannya.Siapa yg dapat formula yg paling ringkas maka ia lebih kehadapan dalam setiap gerak. Bila ianya cepat,maka mengikut hukum alam,dialah yg mendapat kelebihan.

    Secara ringkasnya,pencak silat ini adalah tercipta dari gerak fitrah manusia yang menggunakan sepenuhnya kelebihan tulang empat kerat, akal dan tawakal. Wallahua'lam

    ReplyDelete
  6. Saya bersetuju dengan pandapat sahabat-sahabat saya. Sedangkan hukum Islam pun masih boleh berubah walaupun berkait dengan hudud ciptaan Allah. Inikan pula satu idea ciptaan manusia.

    Saya pelik siapa yang kata dia belajar yang asli. Saya pernah terbaca bahawa Dato Meor dapat dari datuknya sebanyak 7 buah kunci. Diajar pada anak muridnya 7 buah. Lalu diminta olehnya akan Ckg Awang dan Pak Andak untuk memecahnya kepada 21 biji. Dan terus dipcahkan lagi.. Kenapa kita tak benci pada mereka ini yang terlalu kreatif dan kreatis mengubah yang asli?

    Akhirnya silibus disusun bagi memudahkan pembelajaran secara bersistematik seperti belajar matematik yang disebut oleh saudara chula hitam tadi. Silibus matematik kini dan dulu ada bezanya. Yang diajar hanya satu kaedah sedangkan banyak lagi kaedahnya cuma nak senang jawab dalam peperiksaan.

    Bagi saya silibus yang diajar supaya senang nak ambil ujian, senang nak uji. Supaya selaras. Dalam kaedah pendidikan dipanggil pengukuran. Penting untuk pengukuran dan penilaian pembelajaran.

    Saya setuju dengan tuan fakir yang penting praktikal dengan diri kita. Guru saya pernah bertanya saya apa maksud sebenar seni? Akhirnya saya faham seni rupanya praktikal, mudah, berkesan. Wallahualam

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum...mohon maaf tumpang mencelah...saya tak pandai sangat silat-silat ni cuma saya berharap cikgu azizan tidaklah mengeluarkan kenyataan yg tidak menyenangkan hati sedara yg lain kerana sy bimbang apabila org marah pd ckgu azizan maka yg terkena juga adalah pd ayahanda hamin hamzah mungkin org akan berkata"ni ckgu dia la mengajaq ckp mcm ni" "kalau anak murid mcm ni tok guru dia lg la teruk". apabila cikgu mengatakan hanya pelajaran yg diturunkan oleh cikgu amin hamzah sahaja yg asli..soalan yg ingin saya ajukan adakah yg ada pada guru2 lama itu tidak asli.? maaflah kalau kata-kata saya agak kasar..cuma saya ingin katakan tak perlulah kita taksub pd guru...kita mahu mencari kawan bukan mencari lawan...tidak ada guna kita mengeluarkan kenyataan yg menampak kan kita hebat tetapi mengundang kemarahan..nampaknya tuan kena belajar lagi ilmu mengenaik mudarat yg lebih besar dan mudarat yg kecil mana yg perlu didahulukan (dlm pengajiaj ilmu feqah)

    ReplyDelete
  8. Salam semua,

    Apa yang dimaksudkan "asli" itu adalah pelajaran yg asal sewaktu hayat ADMAR.Bukannya itulah satu2 nya pelajaran yang betul.Banyak guru yang dapat yg asli dan ini salah satu diantaranya. Jadi rasanya tak perlulah menjadikan ianya isu.Kenapa sensitif sangat?

    ReplyDelete
  9. Salam semua,

    Bukan bila dikatakan yg ini asli maka yang lain tidak asli.Mohon kiaisepuh jgn cepat membuat pertuduhan yang tidak berasas tehadap saya.Saya katakan asli sebab ada buktinya.dan saya tidak pernah mengeluarkan kenyataan yang bahan dalam video ini hanyalah satu2nya yg asli.Niat saya utk berkongsi supaya dimasa hadapan mampu dijadikan sebagai bahan rujukan.kalau usaha saya ini tidak disenangi,disebabkan kandungan video ini adalah antara pelajaran yg asli dari ADMAR,saya tak boleh komen apa2 lagi.

    Saya juga tidak nafikan yg buah2 ini perlukan modification.itu hak masing2.cuma nasihat saya kepada guru2 yang banyak mengadakan kursus pelajaran Gayong ini, nyatakan dengan jelas status pelajaran yg akan diajar itu.Adakah ianya benar2 tulen, ada sedikit ubahsuai, buah yang diaplikasi atau totally direka sendiri berdasarkan petua gerak silat dan seni pencak dari pengetahuan sedia ada. Kalau tidak, identiti pelajaran silat seni gayong akan hancur dan carca merba.Maka tidak perlulah kita selaraskan silibus dan mewujudkan majlis gurulatih.Kita belajar sikit dan kita ubah sendiri ikut gerak hak diri masing2. Kalau ada teguran,just cakap ilmu Gayong ini fleksibel dan ianya Hak ALLAH.Apa yang saya ajar,itu saya punya pasal. Wallahua'lam

    ReplyDelete
  10. Salam, untuk pengetahuan cikgu chula hitam, semua pelajaran yang dipelajari saya ada salahsilahnya dari asampai z...dari tangan kosong kepada senjata...saya rasa cikgu zizan boleh berhubung dengan Cikgu Nor Azman di UPSI Tg. Malim, disitu cikgu mungkin dapat lihat bagaimana seorang gurulatih menyusun pelajaran dengan penuh salahsilahnya dari segi adat dan adab dan diperakui oleh gurulatih-gurulatih tertinggi dalam gayong...Alhamdulillah selama lbih kurang 5 tahun bersama Cikgu Nor Azman..banyak perkara yang hamba tahu.. Cikgu Saiful Hakim sendiri pernah singgah gelanggang kami..jemput ke UPSI..Gelanggang Tok Jenal..Asal balik ke asal.. :)

    ReplyDelete
  11. Salam Komuniti Perak,

    Begitulah yang seeloknya....ada salasilah ilmu... dan yang terpenting tahu SANAD amalan2 wirid dan amalan yang diperturunkan. Dari guru kita sampai ke ADMAR dan seterusnya sehingga ke Nabi Muhammad SAW ( sekiranya sampai.

    ReplyDelete
  12. hahahaha...mohom maaf jika tuan tersinggung perasaan...mungkin tuan terus tuju pada saya kerana sy menyebut nama tuan ...maafkan saya... sebenarnya post pertama yg tuan patut tulis adalah seperti respon tuan yg di bawah ini..

    Apa yang dimaksudkan "asli" itu adalah pelajaran yg asal sewaktu hayat ADMAR.Bukannya itulah satu2 nya pelajaran yang betul.Banyak guru yang dapat yg asli dan ini salah satu diantaranya.

    tapi apa yg tuan tulis pada post pertama memang boleh menyebabkan salah faham cuba tuan lihat bukan saya sahaja yg salah faham tapi kan ramai lagi...maka tuan perlu berhati-hati dalam membuat kenyataan...komen tuan yg di atas itu saya setuju.."antara pelajaran yg asli" harap tuan jangan marah lagi ye...sy minta maaf... cuma masih ada guru-guru lama yg boleh memberitahu buah sekian dato turun pd tahun bila...tahun bila.. cuma kita kena carilah... takpa lah isu kecil harap tak memutuskan silaturahim...org beriman mesti saling tegur-menegur kalau tersilap ...kita tak rugi apa-apa..

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah.. inilah yang penting.. Kita bukan bertuhankan guru kita, Kita bertuhankan Allah. Semua ilmu Dia punya. Cuma nak turun melalui siapa, itu Hak Allah. Masalahnya ada pulak segelintir kecil yang mengaku dia punya yang berhak, dia yang terbaik.

    Kita bersilat untuk Mengenal bukan menjadi sombong dengan ilmuNya yang sedikit ini.

    Saya setuju dengan saudara Chula Hitam bahawa kita mesti beritahu dari asal dan salasilah pengajaran yang kita bawa. Bukan apa, nak mengelak dari rasa bangga diri dan sombong yang telah mengakibatkan IBLIS dilaknat oleh Allah.

    ReplyDelete
  14. Salam,

    Secara jujur di sini saya mengatakan yang sebenarnya Silat Seni Gayong ini gah dengan namanya shj,tapi bila diperhalusinya terutamanya dalam bab kerohanian dan tenaga dalam,ianya seolah2 telah lenyap ditelan zaman. Ramai Gurulatih2 tertinggi Silat Seni Gayong kini mengambil pakaian diri dari sumber2 lain dan yang masih kekal dengan pakaian amalan Gayong pun amat sukar untuk menjelaskan NASAB ILMU dan kaedah PENGIJAZAHAN nya. Yang berlaku hanya sekadar tahu dan beri. Di mana silapnya? Adakah ADMAR tidak menjelaskan kepada orang2 kanannya atau memang ianya menjadi rahsia dalam Gayong?Sehinggi kini semakin ramai yang sanggup melilitkan bengkong berchula 6 dipinggangnya, dan dengan ramainya murid Gayong berstatus chula 6,dilihatnya semakin kurang gahnya silat seni gayong.Renung-renungkan lah......

    Wallahua'lam

    ReplyDelete
  15. setuju sangat dengan saudara chulahitam, contohnya ketika khatam keris kebangsaan tempoh hari, 3-4 orang guru berstatus chula 6 terkial2 utk mencari buah 21 dalam seni permainan keris. nasib baik ada cikgu mufti.Kalau tidak?

    ReplyDelete
  16. Salam sedaraku semua,

    Siapa disini boleh memperjelaskan nasab ilmu bagi Ayat 9?dari mana ADMAR mendapat Ijazah dan kesinambunganya. Adakah ianya dari para Wali, Sahabat Rasulullah atau Rasulullah SAW sendiri?

    Mohon saudara Komuniti Ubuntu Perak bertanyakan guru beliau kalau2 ada jawapannya......

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum.. saya rasa tak perlulah cabar mencabar.. jika kita ada ilmu di dada, berkongsilah dengan saudara segayong sekalian..

    Seperti mana firman Allah maksudnya..

    "Demi Masa, Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, Dan mereka yang berpesan-pesan ke arah kebenaran, Dan mereka yang berpesan ke arah Kesabaran" Surah Al-Asr

    Kita hanya membuang masa dengan cabar-mencabar. Cikgu Azizan membuka blog ini untuk berkongsi ilmu, bukannya untuk menunjukkan ilmu siapa yang lebih hebat, ilmu siapa yang lebih tinggi.

    Saya baru dalam bergayong, dan saya memang tak memahami gayong seperti guru-guru sekalian. Ajarlah saya yang baik-baik, janganlah ajar saya membenci sesiapa kecuali musuh Allah dan Nabi.

    Mudah-mudahan kita dijauhkan Allah dari perasaan bongkak dan ujub. Wallahua'lam

    ReplyDelete
  18. Adakah saudara anonymous tahu mengenai salasilah ini? jika tahu, mohonlah penjelasan. Terima kasih

    ReplyDelete
  19. Buat Gelojak Jiwa,

    Saya bukan mencabar sesiapa,tetapi itulah hakikat yg semua kena terima.Kalau dah sanggup melilit chula 6,sepatutnya hal2 seperti ini ada dalam pengetahuan. Jgn jadi seperti 3-4 org guru yg berchula 6,khatam keris dan lembing pun xpernah alami apatah lagi menjadi dalang......sedih...sedih....ini bukan rekaan,tetapi diakui sendiri oleh sipemakainya kepada saya.

    Bg pandangan saya,chula 6 ini biarlah dipakai oleh pemegang amanah dan panglima2 Gayong yang diiktiraf oleh ADMAR shj.Yg lain2 tu biarlah sekadar chula 5.Kalau yg xpernah dapat tangan ADMAR,pakailah chula 4.Sebabnya,chula bukannya melambangkan kekuatan atau kemegahan,ianya melambangkan maruah pelajaran dan pengalaman murid2 Gayong.Bayangkan bilangan chula 6 sekarang telah menjangkau lebih 30 orang!

    ReplyDelete
  20. Buat sedara Anonymous,

    Usah peduli hal org lain,marilah sama2 kita memperbaiki diri kita yg sememangnya banyak kelemahan ini. Bagi saya, memiliki chula 4 pun amat sukar untuk dilaksanakan amanah dan tanggungjawabnya........

    ReplyDelete
  21. ya, sama-sama perbaiki diri dan komited mengamal dan mengembang ilmu persilatan melayu tak kira apa aliran, tahap, pegangan selagi tidak bertentangan dengan Islam.

    Cikgu Amin ....... masih komited seperti yang saya kenali sejak 1994.

    Cikgu-cikgu lain pun begitu

    daun tua akan gugur bila sampai masanya
    pucuk-pucuk muda akan terus muncul, membesar dan matang
    ada yang lebih besar, ada yang lebih kecil dari daun tua yang telah gugur
    angin akan terus bertiup lembut dan kencang
    setiap helai daun yang tumbuh
    menjadikan si pokok lebih besar dan gagah
    bukan kerana sehelai daun........

    ReplyDelete
  22. Bermakna sungguh puisi tuan fakir..

    Marilah perbaiki diri.. Zaman sedang berubah dengan pesat. Jangan lagi mengguna dapur kayu, kotor dan berhabuk. Gunalah dapur gas ataupun dapur elektrik, menjimatkan masa dan bersih.

    Dalam keaedah pendidikan, silibus sentiasa berubah bergantung kepada keadaan semasa dan keperluan.

    Ini bagi memastikan pelajaran yang dibawa dan diajar sentiasa relevan sepanjang zaman.

    Jangan lupa, jika arwah Dato' Meor berpegang kepada cara lama, Maka tidak akan ada buah kuncian 21 biji, tiada pelajaran kunci hidup, tiada juga pecahan kunci mati. Kenapa ye silat ini dinamakan SILAT SENI GAYONG dan BUKAN Silat Sendi Harimau? Adakah arwah Dato' derhaka pada datuknya? Saya rasa tidak.. Wallahualam

    ReplyDelete
  23. Ini adalah pencambahan ilmu...jadi cikgu chula hitam perlu bersyukur kerana sebenarnya blog cikgu ni antara blog favourite anak-anak gayong..untuk anonymous, kalau ada masa terluang saya akan tanyakan salasilah ayat 9... tapi secara ikhlas saya lebih berminat untuk amalkan al-mathurat susunan Hassan Al Bana..sebab setiap zikirnya ada nas Al-Quran dan Hadis Sahih...dam memang menjadi amalan orang-orang alim..Alhamdulillah

    ReplyDelete
  24. Salam Komuniti Ubuntu Perak,

    Sekadar perkongsian ilmu,

    Ini merupakan petikan dari soal jawab antara Syeikh Yusuf Al-Hasani(bekas mufti Kanada dari Lebanon)dengan pelajar2 Malaysia di Rumah Kelantan, Mesir.

    Menurut beliau,Hasan Al-Bana cuma menyusun Al-Mathurat yang dipetik dari wirid Tareqat As-Syaziliah (tidak semua) dan susunan ini tidak melalui ijazah dan menyalahi SANAD yang sebenar.

    Menurut beliau lagi,mengamalkan Al-Mathurat terputus dari Sanad Nabi SAW dan tidak mendatangkan apa2 kesan........

    Wallahua'lam

    ReplyDelete
  25. Salam semua,

    Terima kasih kepada pembeli2 vcd. Wang hasil pembelian sedara2 semua sebahagiannya akan diserahkan kepada cikgu amin dan sebahagian lagi akan digunakan sebagai topup utk pgrm di kelantan nanti 8-12hb jun (5 hari berkursus bersama Cikgu Amin)......tq semua.Semoga sama2 kita mendapat manfaat.

    ReplyDelete
  26. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  27. Salam KU Perak

    Ternyata sedara belum arif dalam bab NASAB ILMU. Sesiapa pun boleh menyusun doa2 dan Ayat Al-Quran.Yang terpenting susunan yang dibuat mestilah bersanad yang mana salasilahnya mesti berpunca dari RASULULLAH SAW dan SAHABAT2 BAGINDA. Itulah sebaik2 amalan utk dijadikan pakaian diri.

    Soalan dari saya,adakah amalan Al-Mathurat yg sedara amalkan itu sedara AKAD dari sesiapa? Siapa GURU yang mengijazahkan kepada saudara yang bersambung SANADnya sehingga ke RASULULLAH SAW?

    Siapa alim ulama yang saudara maksudkan?boleh senaraikan nama mereka?

    Ayat2 dari Al-Mathurat memang semuanya dari Al-Quran dan Hadis kerana Hasan Al-Bana memetik dari Wirid Tareqat Syazaliah.Yang menjadi pertikaiannya adalah adakah susunan itu diperakui dan mempunyai SANAD yang SAH.......????

    Kes seperti ini adalah amat halus dan merumitkan.Harap sedara berjumpa Guru2 yang arif dalam bab2 SANAD ini.

    Wassalam

    ReplyDelete
  28. Terpulanglah..hamba sudah merujuk kepada rakan rakan ustaz di temapat hamba..tiada masalah mengenai al-mathurat...malah digalakkan lagi...adakah dalam kes saya ini? amalan al-mathurat itu salah...? minta anonymous keluarkan hujah dan hukum berkaitan

    ReplyDelete
  29. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  30. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  31. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  32. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  33. assalamualaikum..mohon tuan Anonymous memberitahu sumber dari mana di ambil soal jawab antara Syeikh Yusuf Al-Hasani(bekas mufti Kanada dari Lebanon)dengan pelajar2 Malaysia di Rumah Kelantan, Mesir. mohon di beritahu sumbernya kalau dari internet bleh bagi alamatnya kalau ada bahan bercetak tolong emailkan pd saya..kalau diizinkan Allah saya nak tanya pd tuan guru yg ada membawa ijazah tareqat syaziliah..saya juga penah mengambil ijazah pd guru ini..mekasih...

    ReplyDelete
  34. Salam,

    Sumbernya,sahabat saya ada disana ketika itu.Memang ada sedikit kejutan dgn jawapan itu kerana org2 Melayu di Malaysia ini mudah menerima sesuatu sekiranya perkara/amalan tersebut telah menjadi turun temurun. Memang Ustaz2 menggalakkan membacanya sbb dan alasannya....baik baca daripada langsung tak baca. Tapi itu bukan persolannya disini. Kalau benar2 ianya ada SANAB,mesti amalan wirid Mathurat ini ada Syeikh yg mampu utk mengijazahkan.Soalan saya, kenapa org2 tareqat menjadikan amalan wirid mereka sebagai pakaian diri? cuba minta mereka xpayah amal wirid mereka dan ganti dengan Al-Mathurat. Nanti mereka akan jawab,amalan wirid yg mereka ambik berSANAB sedangkan Al-Mathurat telah terputus SANABnya.Semoga sedara akan berjumpa dengan jawapan yang sebenarnya......

    ReplyDelete
  35. salam

    hamba yg hina ini selalu membaca al-fatihah,al-ikhlas,al-falaq,al-nas,berzikir,bersalawat serta berdoa memohon ampun dan minta dilindungi dr Allah..dan hamba lihat semua surah2,doa2,zikir dan selawat yg hamba bc ini dikumpulkn dlm al-mathurat itu..nampaknya xperlulah hamba membaca ayat2 al-quran serta berzikir lg..krn semua tu terkandung dlm al-mathurat yg tiada SANADnya..terima kasih atas maklumat yg berguna ini.semoga Allah ampunkn sy kerana membaca surah2 al-quran yg kebetulan t'kandung dlm al-mathurat yg tiada SANADnya ini

    ReplyDelete
  36. KEBABOOOOM! TEBABOOMMM! TAT TAT TAT TAT TAT TAT TAT TAT!... KEBABOMMM! TAT TAT TAT TAT TAT TAT TAT TAT!...KEBABOOOOM!KEBABOOOOM!

    TEBABOOMMM!

    TEBABOOMMM!

    TEBABOOMMM!

    HEH HEH HEH HEH HEH... dah puas ati dah semua? dah? heh heh heh..

    p/s: gaduh! gaduh la lagi! gaduh.. aku dok tepi..

    ReplyDelete
  37. Assalamualaikum,

    Nasab ilmu (berkaitan dengan sanad) adalah kunci kepada berkat sesuatu ilmu (ilmu kebatinan khususnya). Itu sahaja yang saya tahu. Saya tak tahu cara huraikan menggunakan dalil.

    Kepada yang pakar dalam hal 'nasab ilmu', utarakanlah hujah anda. Kongsikan kepada yang ada di sini.

    Hujah itu biarlah bersandarkan dalil. Jangan main cakap sahaja. Dan jangan terlalu banyak meletakkan soalan. Kononnya mahu kelihatan berfalsafah. Kononnya mahu mengangkat diri bahawa andalah yang benar, sementara orang lain salah.

    Kalau tak pandai, buat cara tak pandai. Jangan bising. Duduk diam-diam.

    ReplyDelete
  38. 'hamba yg hina ini selalu membaca al-fatihah,al-ikhlas,al-falaq,al-nas,berzikir,bersalawat serta berdoa memohon ampun dan minta dilindungi dr Allah..dan hamba lihat semua surah2,doa2,zikir dan selawat yg hamba bc ini dikumpulkn dlm al-mathurat itu..nampaknya xperlulah hamba membaca ayat2 al-quran serta berzikir lg..krn semua tu terkandung dlm al-mathurat yg tiada SANADnya..terima kasih atas maklumat yg berguna ini.semoga Allah ampunkn sy kerana membaca surah2 al-quran yg kebetulan t'kandung dlm al-mathurat yg tiada SANADnya ini'

    Ini contoh hujah yang banyak menggunakan Dalil Akal daripada Dalil Al-Quran dan Hadis...... Golongan ini sebenarnya akur dengan kebenaran tetapi sukar utk mengiayakan kerana ada halangan dari sifat Mazmumah yg terbuku di dalam hati.

    *ini persoalan amalan khusus bukannya amalan biasa......

    ReplyDelete
  39. semoga kita dapat menjaga adab berbeza pandangan dan adab berdebat. sepertimana yang diajar oleh Islam dan diajar oleh guru ilmu persilatan.

    Kata orang "Kerana pulut santan binasa". Berhatilah dari kebinasaan di akhirat wahai aku

    Persoalan yang diwujudkan adalah soal sanad dan soal mengamalkan ma'tsurat yang dipertikaikan sanadnya.

    sepanjang pengetahuan saya, sebahagian kecil doa di dalam ma'tsurat sememangnya tidak sampai sanadnya kepada Baginda Rasulullah s.a.w. Namun sebahagian besarnya diakui ke
    sahihannya.

    Ulama Sunnah berpandangan adalah boleh beramal dengan amalan dari hadis walaupun ia bukan taraf sahih ahupun hassan hatta hadis daif sekalipun. tetapi bukan hadis palsu.

    ini berbeza dengan pandangan ulama Wahabi yang menyatakan sia-sia amalan yang tidak sahih atau sanadnya tidak sampai kepada Baginda Nabi s.a.w.

    Ulama sunah sepakat meyatakan amalan (antaranya doa) yang diamalkan oleh Baginda Nabi s.a.w adalah yang terbaik dan lebih baik yang diterima secara sanad yang jelas (atau bersanad dengan berakad menerima ijazah.)

    Namun meninggalkan amalan doa yang tidak diterima bersanad adalah tidak benar lantaran banyak ayat Al-Quran dan Hadis perintah berdoa. hududnya adalah jangan berdoa keburukan. walaupun doa itu tidak pernah ditutur oleh Baginda Nabi s.a.w, ia tetap doa dan jika niatnya benar, maka ia akan menjadi ibadah dan mudah-mudahan diterima sebaai amal soleh di sisiNYA.

    wallahualam.

    ReplyDelete
  40. salam

    guru sy pernah berkata bahawa sebahagian besar doa2 dlm al-ma'surat itu diambil dr hadis2 yg sahih.maka tiada masalah mengamalknnya..dan kita mmg digalakkan berdoa..namun kesuntukan masa ketika itu menyebabkn sy tidak dpt bertanya lbh lanjut tentangnya..terima kasih atas penjelasan saudara fakir..kini sy lbh jelas amalan b'doa itu

    ReplyDelete
  41. Alhamdulillah... Solosai sudah.... amal sedikit tapi berkekalan ...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...