Pejuang Warisan Seni Beladiri Melayu

SELAMAT DATANG KE BLOG GELANGGANG PERSANTA NALA

Thursday, January 13, 2011

AMALAN GAYONG

Salam semua,

Kali ini saya berminat untuk berkongsi ilmu dengan tuan2/puan2 sekalian berkenaan Amalan2 Gayong terutamanya yang berkaitan dengan amalan2 wirid@ayat sebagai ikhtiar dalam usaha mengisi diri@rohani kita.

Antara amalan2 yang tersohor dan rata2 anak2 Gayong semua ketahui adalah;

1. Ayat 4 (Ayat Perang @ Selendang Perang )
2. Ayat Hulubalang
3. Ayat 9
4. Isim Budduh
5. Pedang QAF

Namun,sebelum anak2 Gayong diijazahkan amalan2 ini,terlebih dahulu perlu mengkhatamkan 70 ribu Qulhu (Surah Al-Ikhlas) tanpa putus. Selepas menjalani KHATAM Qulhu, anak2 Gayong bolehlah mengamalkan Ayat2 di atas dengan syarat2 tertentu sebagai JAZAMnya agar mengetahui adakah Ayat2 di atas serasi dengan diri pemakai. JAZAM di sini bermaksud,anak2 Gayong perlulah melakukan wirid2 ayat di atas dengan bilangannya yang tertentu dalam sehari selama tempoh yang telah ditetapkan sebagai syarat. Jika tertinggal satu hari maka diulang2 sehingga berjaya mengJAZAMkan setiap ayat di atas.Selepas itu,barulah amalan itu benar2 boleh dijadikan pakaian diri.

AYAT 4 ( AYAT PERANG)

1. La ilaha illa anta Subhanaka inni kuntum minazzholimin (Tasbih Nabi Yunus) - 10x
2. Wallahu gholibun 'ala amrih (Zikir Saidina Ali ) - 33x 
3. Ya Hayyu Ya Qayyum  
Ya ilahana wa ilaha Kulla syain ilahan wahida 
La ilaha illa anta (Doa Asif Barqiya)

4. Ya Zaljalali wal ikram (Zikir Imam Ghazali) - 7x


AYAT HULUBALANG

1. La Tudrikul Absoru Wahuwa Yudrikul Absora Wahuwallatiful Khobir - 21x
2. Kammin fi atin Qolilatin gholabat fi atan Kasirotan Biiznillah - 3x
3. Wa Bi Haqqi; La Hau La Wala Quwwata Illa Billahil 'aliyyil 'azhim
Wa Bi haqqi; Kaf Ha Ya Ain Sod , Ha Mim Ain Sin Kof
4. Yu Hibbu Nahum KahubbILLAH wallazina aamanuu Asyaddu hubbalILLAH - 21x


Cukup setakat ini dahulu perkongsian kita,InsyaAllah akan disambung di lain waktu jika di IZIN kan.

*PERINGATAN:jangan cuba mengamalkan tanpa mendapat IJAZAH GURU.Setiap Ayat/Wirid ini ada syarat JAZAMnya sebelum dibolehkan beramal......yg paling penting SYARAT UTAMA adalah KHATAM QULHU terlebih dahulu.....

Wallahua'lam

28 comments:

  1. Assalamualaikum,

    Boleh bagi tak ayat penuh untuk Ayat 4?berapa kali nak baca dan waktu yg paling sesuai?
    tq

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum..

    Salam Cikgu Azizan...
    Terima kasih di atas penerangan ringkas amalan2 Gayong..
    Cuma tertarik dengan amalan Ayat 4 yang turut diamalkan oleh Pendekar2 Selempang/Selendang Merah...adakah ini bermaksud Gayong dengan Perguruan Selendang/Selempang Merah mempunyai pertalian..harap Cikgu Azizan dapat huraikan..

    ReplyDelete
  4. Salam saudara hfbenut albugisi,

    Setakat pemahaman saya, ada DI ANTARA amalan2 keronanian/kebatinan yang diajar di dalam Silat Seni Gayong adalah berpunca daripada pendekar2 silam yang bernasabkan ilmu mereka dengan para wali2 dan seterusnya kepada sahabat2 Nabi SAW.

    Amalan Ayat 4 ini dipelajari oleh ADMAR daripada Moyangnya iaitu Allahyarham Tok Janai (sezaman dengan Tok Gajah,Mat Kilau)...dan mereka2 ini bukan hanya terkenal sebagai org yg pandai silat sahaja,tetapi juga terkenal sebagai orang yg alim dalam hal ehwal agama(org hakikat).

    Sekiranya ada amalan2 kerohanian yg sama di antara silat Gayong dan silat2 lain sebagai contohnya silat sendeng atau kumpulan Selendang Merah (ajaran Kiyai Salleh),kemungkinan besar ilmu ini bersumberkan daripada Guru Asal yg sama. Siapa dia? Wallahua'lam

    ReplyDelete
  5. Terima kasih cikgu di atas penjelasan tersebut...

    Saya sebenarnya sudah lama meninggalkan pelajaran gayong...
    Apabila membaca blog2 gayong (khalifah gayong, chulahitam dll...) terasa ingin bertatih semula dalam gayong...
    Boleh saya tau gelanggang mana (kawasan gombak) yang boleh saya kunjungi..

    ReplyDelete
  6. Salam,

    Mohon sesiapa yg ada maklumat tentang lokasi gelanggang silat gayong di gombak,agar memberi maklumat buat sedara hfbenut albugisi

    ReplyDelete
  7. dulu saya tggl di gombak setia, gelanggang gayong yang terdekat waktu tu kat taman nirwana, ampang. Dibawah jagaan Cikgu Jazwan Kahar, latihan setiap jumaat & sabtu malam jam 9.
    Satu lagi di kepong, dewan orang ramai Kepong.

    ReplyDelete
  8. kat gombak ada juga gelanggang gayong pusaka di bawah cikgu rashid

    ReplyDelete
  9. Putera Laut Sumatera TimurMarch 28, 2011 at 1:15 PM

    Pak Azizan.Assalamualaikum WW..
    Ayat Hulubalang yg pertama yg merupakan inti Srt Al-Anam, dari kecil sy pun amalkan juga utk mohon kekuatan tenaga & pukulan, dgn cara2 tertentu.Dlm silat gayong kalo sy tak salah tangkap dipakai utk peringan tubuh ya ? mungkin terpulang kpd niatnya masing2. kalo boleh sekedar mengetahui aja, ayat2 hulubalang yg lain itu berasal dari Surat apa ?

    ReplyDelete
  10. salam..bleh sy tau brapa lama cikgu ambk masa habiskan al-Ikhlas 70k?cntohnya dlm shari brapa kli ckgu baca n time bla?

    ReplyDelete
  11. Wslm, mengikut pada pengalaman saya, 2 bulan dah boleh khatamkan Qulhu......seribu sehari... InsyaAllah

    ReplyDelete
  12. blog saudara amat berguna untuk anak-anak gayong .. teruskan untuk berkarya.

    ReplyDelete
  13. Salam Cikgu Azizan,

    saya ada nak tanya pada cikgu mengenai ayat 4..boleh bagi email cikgu?

    ReplyDelete
  14. assalammualaikum cikgu...mohon cikgu ijazah kan sy utk mengamal ayat 4 ni...dan kalaw boleyh sy nk ayat penuh ayat 4 ni....ilahsiraj@yahoo.com...muhammad redha bin zahir abas,nama ibu fazilah binti sirajuddin

    ReplyDelete
  15. asslammualaikum cikgu azizan


    Boleh bagi tak ayat penuh untuk Ayat 4?berapa kali nak baca dan waktu yg paling sesuai?
    wan_farid2000@yahoo.com
    wan muhammad farid b abdul halim
    raja barizah bt raja doraman
    gelanggang sek 16 shah alm
    cikgu hamzah tajudin

    ReplyDelete
  16. assalammualaikum cikgu...mohon cikgu ijazah kan sy utk mengamal ayat hulubalang ... ....ilahsiraj@yahoo.com...muhammad redha bin zahir abas,nama ibu fazilah binti sirajuddin

    ReplyDelete
  17. assalamualaikum..kalau saya bukan dari ahli silat gayung boleh xdapat ijazah ayat 4 itu dari ciku?

    ReplyDelete
  18. Salam persaudaraan, mencari ilmu bagi menzahirkan perkara mencarik adat memang dituntut di dalam agama. Contohnya jika Rasulallah tidak mempunyai mukjizat sudah tentu Islam tidak akan sampai ke tangan kita. Begitu juga para sahabat yang menerima tarbiah daripada Nabi, zahir perkara mencarik adat itu hasil ketekunan dan keikhlasan mereka berdamping dengan Nabi untuk menzahirkan iman dan taat maka perkara yang mencarik adat yang berlaku pada mereka dinamakan karamah. Hal yang sama berlaku kepada tabi'en yang menjadi murid kepada sahabat nabi dan juga tabi'tabi'en yang menjadi murid kepada tabi'en. Nyata perkara mencarik adat itu hasil tarbiah dan keberkatan yang ada pada mereka. Istilah mencarik adat bermaksud makbul doa. Oleh itu adalah lebih baik mengambil atau beramal dengan amalan kerohanian bukan sahaja perlu mempunyai guru yang mursyid bahkan juga mampu dibuktikan amalan tersebut mempunyai sanad rantaian salasilah sehingga kepada nabi atau sekurang-nya ulama yang muktabar. Jangan sekali-kali terhenti kepada kebesaran wirid,jampian atau doa. Kegagalan mempamerkan sesuatu amalan itu mempunyai sanad salasilah akan mengundang banyak bahaya antaranya kepanasan (nariah), gila isim, kecacatan zuriat dan banyak lagi. Hal ini berlaku kerana adanya kehadiran ruhani2 jahat berupa jin musyrik dan jin Islam yang fasiq mengaku diri adalah hulubalang2 dahulu kala, ruh nabi2 spt.nabi khidir, malaikat Jibril dan banyak lagi. Mereka ini hadir di dalam mimpi, ketika jaga, ketika menjalani riadah pertapaan dan bermacam2 suasana. Ahli khasnya umat Islam mesti mempunyai daya sedar yang tinggi peri bahayanya mengamalkan amalan2 kerohanian. Carilah guru yang memegang amalan yang mempunyai untaian sanad dan salasilah. Sila rujuk Yayasan Sofa, Yayasan Al-Jenderami, Yayasan Angkatan Bina Jati Diri ( ABJAD )dan juga mereka yang mahir di dalam ilmu kesufian. Semoga nasihat yang pendek dari saya yang jahil ini bukan sahaja memperingatkan saudara seagama saya bahkan juga untuk diri saya.

    Sekian, terima kasih.

    ReplyDelete
  19. asalamualaikum cikgu saya akmal aripada johor..boleh tak cikgu email kan kepada saya ayat 4..saya sudah lama meninggalkan gelanggang cikgu..dahulu saya bergelanggang di kawasan masai johor di bawah seliaan arwah cikgu idros hanafi...diharap cikgu dapat membantu saya.....nama saya arsyadulakmal bin ahad..nama bonda saya hamidah binti mohd aris...arsyadulakmal@rocketmail.com

    ReplyDelete
  20. As salam cikgu...sy muhammad nasyrul iman bin jamaludin..nama ibu zaidah bte ahmad...sy da khatam kulhu 70 ribu gan tok ndak kt umah die pd 28/12 hjg thun lpas...sy daripada kumai pahang...cikgu sy arwah shahabudin bin abdul hamid..serta sy ank murid paklong ucop..mntak ckgu ijazahkn sy ayt 4...ni ni fon sy cikgu 0128027503

    ReplyDelete
  21. assalamualaikum cikgu.....sy nak tanya....untuk khatam 70ribu qulhu tu.....untuk semua anak gayong bermula dari hitam kosong ke ataupun ada tahap2 tertentu baru boleh khatam 70ribu qulhu........

    ReplyDelete
  22. Saya adalah seorang murid dalam ilmu persilatan. Kita harus mengetahui bahawa Silat Gayung ini bukan untuk berkelahi. Kita belajar membunuh tetapi tidak membunuh. Di dalam Silat Gayung kita dilarang menendang atau menumbuk lawan kita kecuali dalam latihan. Sesungguhnya Silat Gayung mengajar kita kesabaran. Sesungguhnya kesabaran itu indah. Salam Silat Gayung Pusaka.

    ReplyDelete
  23. Barang siapa mengenal yang empat,
    maka dia itu lah orang ma' rifat.
    Barang siapa mengenal Allah,
    suruh dan tegahnya tiada ia menyalah.
    Barang siapa mengenal diri,
    maka telah mengenal akan Tuhan Yang Bahari.
    Barang siapa mengenal dunia,
    tahulah dia barang yang terpedaya.
    Barang siapa mengenal akhirat,
    tahulah dia dunia melarat.

    ReplyDelete
  24. Assalamualaikum cikgu. Saya dari negeri sembilan. dulu saya aktif bersilat di gelanggang dan kini saya dah lme tggalkan. saya ada soalan. bolehkah sy amalkan 70 ribu surah al-ikhlas dan amalkan ayat 4? klo blh sy nak ayat 4 tu kalau cikgu izinkan. email saya razzi_ns@yahoo.com
    ilmu saya masih cetek dan perlukan dorongan guru2 gayong

    ReplyDelete
  25. @Azizan Ibrahim

    Assalammualaikum...

    Cikgu Azizan, boleh tak cikgu bagi saya nombor telefon cikgu..saya nak tanya pasal ayat 4

    ReplyDelete
  26. Ayat 4 Selempang Merah KIyai HAji Saleh adalah dari Tok Kenali yg diperturunkan kepada anak2 murid sampai kebawah sampai kepada kiyai saleh. tok kenali adalah anak murid syeikh wan ahmad al-fathoni

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...