Pejuang Warisan Seni Beladiri Melayu

SELAMAT DATANG KE BLOG GELANGGANG PERSANTA NALA

Tuesday, July 19, 2011

VARIASI SILAT "SAMA TAPI TAK SERUPA"

Salamun Alaik,


Seni Silat merujuk kepada Ilmu Beladiri bagi Bangsa Melayu. Terdapat ratusan (mungkin ribuan) jenis SILAT di Alam Melayu ini. Di Malaysia sahaja, sebanyak lebih 300 pertubuhan silat yg berdaftar secara sah dan bilangan itu belum termasuk silat yang bergelanggang secara kampung atau persendirian. Begitu hebatnya ILMU ALLAH. Walaupun terdapat ribuan variasi, namun ianya tetap satu yg dipanggil SILAT. Bak kata pepatah "SAMA TAPI TAK SERUPA".

Berdasarkan pengalaman dan pengamatan saya dalam dunia BELADIRI ini sejak 1987, ribuan Silat ini boleh kita kelaskan kepada 7 kelompok/kumpulan iaitu;

1. Silat Tari - Lebih kpd bunga, bersilat pulut dan mementingkan nilai2 yg estetika. Buah-buah silatnya tersimpan dalam gerak tari.
2. Silat Buah - Pelajarannya banyak menggunakan contoh2 buah yang perlu dihafal sebelum ke tahap mahir.
3. Silat Batin - Hanya menjurus kepada Ilmu-ilmu kebatinan tanpa ada unsur2 fizikal.
4. Silat Petua - Hanya berbentuk Petua (pengalaman orang2 tua yang telah mengkaji serta mengaplikasikan ilmu) dan kebiasaannya belajar dlm tempoh beberapa hari sahaja. Ada yang dapat ditamatkan dalam tempoh satu malam sahaja.
5. Silat Sukan - Silat khusus untuk menyertai pertandingan sukan seperti Silat Olahraga dan Seni berbentuk Baku seperti Jurus Wajib, Jurus Tunggal dsb. Amat menitikberatkan stamina, dan skema pemarkahan.
6. Silat Pukul - Silat yang lebih bercorakkan teknik bertempur (sparring) berbanding buah-buah silat yang perlu dihafal. Amat mementingkan gerak refleks dalam latihan sparring.
7. Silat "1 Malaysia" - Silat yang telah berasimilasi dengan Ilmu Beladiri Luar yang ada di Malaysia. Kacukan Silat dengan unsur-unsur beladiri luar.

Wallahua'lam

2 comments:

  1. salam cikgu tumpang tanye silat gayong ni tergolong dalam kelompok ape yep...silat pukul atau silat buah.

    ReplyDelete
  2. Wslm....Silat Gayong pada peringkat awalnya tergolong dalam silat buah. Tapi di pertengahannya, silat pukul.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...