Pejuang Warisan Seni Beladiri Melayu

SELAMAT DATANG KE BLOG GELANGGANG PERSANTA NALA

Tuesday, November 15, 2011

KUPASAN SENI BUNGA TANJUNG BHGN 1

Salamun Alaik,
Seni Bunga Tanjung penuh dengan rahsia. Walaupun gerak tarinya nampak bersahaja namun tersimpan rahsia tempur dan gerak beladiri yang ampuh dan efektif. Antara seninya adalah "PELEPAS". Terdapat 7 gerak pelepas dalam seni bunga tanjung. Lima diantaranya adalah;

1. Kuak
Bermula dengan kedua tapak tangan bercantum, bergerak ke atas sambil menguak ke luar. Sesuai digunakan untuk melepaskan diri daripada cekikan leher.

2. Kalong
Perbuatan mengalung dengan cara memusingkan sendi pergelangan tangan. Sesuai digunakan bagi melepaskan diri dari genggaman tangan.

3. Sisip
Perbuatan menyisipkan belakang tapak tangan ke atas lengan tangan yang satu lagi. Digunakan untuk melepaskan diri daripada genggaman atau tangkisan. Boleh juga digunakan bersekali dengan kalong atau sentap.

4. Sangga
Perbuatan melipatkan sendi siku ke arah tubuh pesilat. Digelar IBU PELEPAS.

5. Kelek
Perbuatan menyalahkan perbuatan serangan lawan dengan memusingkan badan dalam arah berserenjang dengan sumber serangan.

Wallahua'lam.

2 comments:

  1. Bunga tanjung? Mengetahui namanya shj sudah terasa keMelayuannya.. Dimana lg yg masih bergelanggangkan silat ini? Terasa ingin memerhati..

    ReplyDelete
  2. sy pernah belajar tari bunga tanjung ni ngn cikgu ismail.. tapi lupa dah... x tau plak ada kebaikan dsbalik... boleh cikgu tunjukkan sikit caranya..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...