Pelangi Hitam Harimau Pelangi Chula Sakti Gangga Negara
Sistem bengkong bagi Silat Seni Gayong mula diperkenalkan pada akhir 1969 di Pusat Latihan Tertinggi, Air Kuning, Taiping,Perak. Selepas itu, Allahyarham Dato' Meor Abd Rahman(ADMAR) mengarahkan Gurulatih-gurulatih kanannya yang terdiri daripada Cg Abdul Majid Mat Isa (merangkap Timbalan Pengarah Pelajaran), Cg Awang Daud, Allahyarham Cg Ahmad Lazim, Allahyarhamah Cg Siti Kalsom dan beberapa guru lagi membantu menyusun dan memperkemaskan lagi sistem bengkong dan susunan pelajaran Silat Seni Gayong agar lebih sistematik dan tersusun. Tahap pelajaran telah disusun mengikut tingkatan bengkong yang dikategorikan mengikut warna yang menggantikan warna bengkong sebelumnya yang hanya berwarna merah,kuning dan hitam.Susunannya seperti berikut;1. Hitam (asas)
2. Awan Putih
3. Pelangi Hijau
4. Pelangi Merah
5. Pelangi Merah Tinggi (chula 1-3)
6. Pelangi Kuning
7. Pelangi Kuning Tinggi (chula 1-5)
8. Pelangi Hitam Mulus
9. Pelangi Hitam Chula Sakti (1-6)
10.Pelangi Hitam Chula Sakti 7 (Milik Mutlak Mahaguru)
Bergaya dengan senjata Sundang Lipas (kanan) dan Keris Sepukal Bugis (kiri)
ADMAR bergaya dengan baju silat berlogo WAFAK PERANG GAYONG dan
bengkong beliau yang berchula 7
Susunan warna bengkong ini telah dipersetujui oleh ADMAR mengikut falsafah dan warna tertentu yg mempunyai maksud tersirat dan rahsianya tersendiri. ADMAR juga telah menggariskan bahawa hanya beliau seorang yang mempunyai HAK MUTLAK untuk memakai Bengkong Pelangi Hitam Chula 7 yang dipanggil HARIMAU PELANGI CHULA SAKTI GANGGA NEGARA. Ini hak Mahaguru dan sesiapa sahaja yang bergelar anak Gayong hanya layak memakai sehingga Pelangi Hitam Chula 6 sahaja!
ada segelintir guru tua yg mengaku ada hak untuk memakai CHULA 7
tak terkecuali guru muda juga ada mengaku bertaraf hitam chula 7
ADMAR juga ada menyatakan kenapa hanya beliau seorang sahaja yang layak memakai bengkong hitam berchula 7. Sebenarnya, ianya ada kaitan dengan sumpah ketika saat perkhataman beliau di Batu Hitam. Untuk mengetahui lanjut tentang kisah ini dan apakah kandungan SUMPAH tersebut, berjumpalah guru-guru tua yang banyak berdamping dengan ADMAR kerana ada sesetengah cerita dan ilmunya hanya untuk guru-guru kanan yang benar-benar layak dan yang paling dipercayai. Bagaimana untuk mengenali guru-guru yang dapat kepercayaan ADMAR ini? Amat mudah sebenarnya. Carilah guru yang ADMAR pernah melantik sebagai Pengarah/Timbalan Pengarah Pelajaran, Ketua Waris Lembaga Adat,Apit Jinjang Mahaguru, Sandang Panglima Singa Malaya (hanya 7 org sahaja sewaktu hayat ADMAR) atau yang pernah dianugerahkan bengkong Pelangi Hitam Chula Sakti 4 dan ke atas ( tidak lebih dari 10 orang ). Merekalah orangnya yang patut dan layak untuk dirujuk. Jangan sesekali terpengaruh dengan senioriti semata-mata atau guru yang mendakwa pernah mendakwa dapat itu dan ini daripada ADMAR. Sebenarnya, ADMAR amat tegas dan berhati-hati dalam melantik atau menganugerahkan sesuatu buat muridnya. Berbeza di zaman ini yang mana berlambak-lambak guru yang melilitkan bengkong hitam chula 6 dan memakai sandang yg tinggi-tinggi. Kebanyakkannya diberi atas faktor senioriti dan sumbangan kepada pertubuhan. Fikir-fikirkanlah.......
Hormati HAK MAHAGURU. BERADAB lah dengan GURU. Secara asasnya, Bengkong Hitam Harimau Pelangi Chula Sakti Gangga Negara milik Allahyarham Dato' Meor Abdul Rahman bin Daeng Uda Mohd Hashim membawa maksud Silat Seni Gayong bersendikan adat. Adatlah yang mengawasi perjalanan Silat Seni Gayong. Tanpa adat, Silat Seni Gayong akan hilang kedaulatannya. Oleh itu, telah menjadi kewajipan semua murid Gayong untuk mempertahankan adat agar halatuju dan matlamat Silat Seni Gayong tidak diseleweng dan dapat dipertahankan keasliannya.
Wallahua'lam.
Hormati HAK MAHAGURU. BERADAB lah dengan GURU. Secara asasnya, Bengkong Hitam Harimau Pelangi Chula Sakti Gangga Negara milik Allahyarham Dato' Meor Abdul Rahman bin Daeng Uda Mohd Hashim membawa maksud Silat Seni Gayong bersendikan adat. Adatlah yang mengawasi perjalanan Silat Seni Gayong. Tanpa adat, Silat Seni Gayong akan hilang kedaulatannya. Oleh itu, telah menjadi kewajipan semua murid Gayong untuk mempertahankan adat agar halatuju dan matlamat Silat Seni Gayong tidak diseleweng dan dapat dipertahankan keasliannya.
Wallahua'lam.
Salam... Biar betul!!! Ironi: pelajaran @ ilmunya pun sama hebat dgn ADMAR la kan...
ReplyDeleteyer ker sama hebat?? bkn ker ada ilmu2 admar yang masih blm diturunkan pada murid2nya?? betul ker sama hebat?? hmmm.. mushkil plak.. hehehehe betol ker sama hebat?? mmg x mustahil...
ReplyDeleteAssalam cikgu...sy tgk senario gayong sekarang lebih menjurus kearah politik.Bukankah ADMAR telah berpesan supaya silat dan politik jgn dicampur aduk..Kadang2 tgk sandang itu diberikan kpd yg tidak layah.contohnya ummi hafilda..entah apa la sumbangan dia kpd silat gayong.
ReplyDeleteSandang ada banyak jenis.sandang pangkat, sandang kehormat dan sandang khas
DeleteBerkaitan Gayong dan politik mmg sudah jelas telah disebut dalam perlembagaan PSSGM, namun begitu ianya tetap juga dilanggar secara terang-terangan. Apabila kuasa diserahkan kepada bukan ahlinya atau yg berhak, inilah natijahnya.......
ReplyDeleteapa komen saudara ttg kawan saudara Ustaz Nik Iznan...Cula brapa yg dia pakai dalam profile Abusyakirin prlukah saya lakukan prkara yg sama?? upload kan gambar rakan saudara ke fB??? jadikan bahan bualan dn sendaan ...apakah ada agenda lain dsebalik smua ini...apakah benar kata sahabat saudara Ustaz Nik Iznan "saya menulis di atas arahan dato YDP PSSPGM dn Saya hanya menjalankan tugas saya.. di suruh saya buat..” apakah benar gmbar yg diuploadkan d Fb serta blog saudara ini adalah atas arahan Dato Paduka Raja Abd Majib Mat Isa... ???
DeleteSoal Chula pada BENGKONG dan SANDANG adalah dua perkara yang AMAT BERBEZA....... dalam Blog saya ini telahpun dihilangkan wajah guru tersebut....hanya sekadar menjadi bahan bukti yg jelas ada yg memakai bengkong hitam chula 7. Tujuan post ini hanyalah untuk menjelaskan kepada pembaca2 blog saya yg Bengkong Hitam Chula 7 adalah HAK MAHAGURU secara MUTLAK. Wallahua'lam.
Deletesaya pon skolah juga...mmg tahu beza Chula , Bengkong dn Sandang...klau dah tau Wallahua'lam...dah tntu2 bnda yg saudara x ktahui...jadi knapa dngn bangga dan brbahagianya mnggunakan gmbar yg duploadkan oleh anak murid beliau utk dijadikan bahan prbincangn dn mngaibkn guru trsebut dngn bnda yg x pasti...kenapa x gunakan gambar Ustaz Nik Iznan yg juga mngunakan Chula7...aduan telah dbuat pada Kerajaan Pusat Gurun untuk mngambil tindakan datas prlakuan saudara Cg Azizan dan Ustaz Nik Iznan..nama Dato Paduka Raja Abd Majid telah dbabitkn…secara terbuka Guru trsebut daibkan, secara trbuka juga prkara ini harus dselesaikan…masih menungu jawapan dari Kerajaan Pusat…harap ada yg beri prhatian..
Deletecula tujuh yg ada pada nik iznan tu adalah cula pada sandang.semua sandang yg dianugerah memang bercula tujuh.kalau tahu beza,anda xkan cakap lagu tu.dah terang2 gambar kat atas ni pakai bengkong cula tujuh.baca elok2.bengkong.study sebelum cakap la
DeleteSaya doakan suatu hari nanti Gayong dapat dipisahkan dari politik.Biarpun sy dan gayong ni bersama hanya 2 tahun tapi bila gayong diperkotak katikan..sy terasa juga pedih dihati.
ReplyDeletekembalikanlah gayong kepada yg asalnya..bkn mudah ADMAR memperjuangkan seni gayong ini..tetapi mudah saja diubah dan digubal ikut suka hati pada zaman sekarang..
ReplyDeletemula jadi politik ni psl yg pegang skrg ni la.. kalo x sblm ni mana ada dgr apa2 pun, sume ok je, la ni sume dah merapu.. bkn nk ckp silat gayong je, silat lain secara umumnya byk yg dah terkena 'penyakit berjangkit' ni.. adoyai..
ReplyDeleteAssalamualaikum saudara...kenapa prlu mngaibkan seorg Hamba Allah lain...tidak kah trlintas dfikiran saudara dngn apa yg saudara lakukan ini mnguris hati anak2 Hamba Allah yg saudara aibkn itu...beliau bukan brsndirian...bukan sebatang kara dbumi Allah ini..walaupun isu srta foto brkenaan d padam dlaman Fb tapi…luka yg dtingalkn amat dalam..parut yg ada akn kami kenang spnjang hayat…saudara dkurniakn akal fikiran utk menilai baik buruk setiap tindakan..terima kasih
ReplyDeleteDari Abu Mas'ud, Uqbah bin Amru Al-Anshari Al-Badri r.a, katanya :
ReplyDelete"Telah bersabda Rasulullah SAW : ' Di antara sabda para Nabi yang terdahulu yang masih dipakai untuk orang ramai (sehingga kini) ialah : “ Jika engkau tiada malu, buatlah sesuka hati kamu !! "
Suka saya dengan petikan kata-kata Hadith di atas, kadang-kadang tanpa kita sedar… ketika kita sibuk mengejar apa yang dituntut oleh hati demi kepuasan diri sehingga lupa bahawa akibat kebodohan kita dari perbuatan kita itu telah menjatuhkan Darjat dan maruah kita sendiri. Jika ia hanya melibatkan diri sendiri tanpa menarik insan lain dalam perlakuan bodoh sombong kita itu, itu antara dosa kita dengan diri dan Allah SWT tetapi jika tujuan kita mengikut gerak hati lalu mencalit tahi pada insan lain sehingga kita boleh menjatuhkan air muka insan tersebut, maka dimanakah tempat kita selepas itu ? Adakah kita akan menerima ‘anugerah’ dari segelintir masyarat atau selepas itu kita akan jatuh tersungkur kerana kedaifan dan kejahilan kita sendiri?? Mungkin, ada diantara mereka-mereka yang bersetuju dengan tindakan yang kita lakukan dan tidak kah kita terfikir bahawa insan-insan yang menyokong perbuatan sumbang kita itu adalah SEUMPAMA DENGAN KITA??? Lebih-lebih lagi perbuatan jahil kita itu boleh memutuskan silaturrahim antara satu insan kepada insan yang lain.
Dari Abdullah bin Abi Aufa RA, ia berkata, Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda :
“Rahmat tidak turun kepada kaum yang pada mereka ada yang memutuskan silaturrahim”. Dan satu Hadith yang lain Rasulullah ada menyebut : “Tidak masuk syurga sesiapa yang memutus silaturrahim ” ( al-Bukhari).
SALAM... Sungguh bersemangat bila bercerita tentang bengkong yang di pakai oleh guru-guru tua. Hak mahaguru adalah bercula 7 , jangan kita mempersendakan apa yang telah di tetapkan. Jika kita baru nak bertapak lihat dahulu diri kita dan kemampuan. Selagi kita walau telah lama bergayong tetapi adat istiadat daripada ADMAR tidak kita ketahui semuanya jangan kita nak perdebatkan. Satukan gayong adalah lebih baik. Soal bengkong jangan kita panjangkan. Banyak lagi ilmu gayong yang tidak di pelajari. marilah kita sama-sama berkongsi pengalaman dan pengetahuan. Ilmu gayong luas. Cikgu Azizan teruskan membuka minda ilmu gayong untuk semua. Banyak yang perlu dikupas seperti pelajaran tertinggi supaya anak-anak gayong tahu ilmu gayong luas. Perkemaskan latihan dan kuatkan semangat Gayong. Bengkong dan sandang hanya perhiasan tetapi jika langkah bertapak masih tidak kukuh dan permainan senjata hanya sekadar memenuhi demonstrasi eloklah di perkemaskan supaya gayong dilihat seni silat yang dipandang tinggi dan indahnya seni gayong bila mengunci dan bertapak gayong.seni Gayong bukan bermain secara hafalan tetapi permainan berfikir dan tangkas..... ayuh anak gayong renungkan dan fikirkan....
ReplyDelete