Pejuang Warisan Seni Beladiri Melayu

SELAMAT DATANG KE BLOG GELANGGANG PERSANTA NALA

Saturday, March 3, 2012

PUKULAN MAUT VS KOMBAT

Salamun Alaik;
 
Tendang Sisi/Juring/Tolak Lintang
Pukulan Maut dan Kombat merupakan pelajaran Gayong yang terkandung di dalam Silibus Gayong. Keduanya adalah pelajaran yang mengajar anak-anak Gayong bagaimana untuk menyerang menggunakan tulang 4 kerat selepas mahir dalam dalam pelajaran Asas Elakan dan Elak Pukul (Pecahan Elakan).

Perbezaan di antara Pukulan Muat dan Kombat?
Sepak Lurus/Tendang Sula
Seringkali saya diajukan tentang perbezaan diantara keduanya. Yang penting kita jangan keliru apa itu Pukulan Maut dan apa itu Kombat. Sama tapi tidak serupa. Kalau kita kaji pelajaran pukulan maut, rangkaian serangannya agak panjang (sesetengah Guru Tua menggelar buah membelasah mayat) sedangkan Kombat hanyalah 3 detik perbuatannya. Ini menunjukkan pelajaran Pukulan Maut lebih fokus kepada KAEDAH MENYERANG dan Kombat pula lebih kepada KEMAHIRAN MENYERANG. Super Kombat dan Serangan Bapak Harimau pula amat berbeza bentuk dan konsepnya dengan Pukulan Maut dan Kombat walaupun semua pelajaran ini adalah sama tujuannya iaitu untuk memusnahkan musuh.

Kesimpulannya, Pukulan Maut adalah ASASnyaKombat adalah RINGKASANnya, Super Kombat adalah RUMUSANnya. manakala Serangan Bapak Harimau adalah RAHSIANYA.

video

Wallahua'lam.

5 comments:

  1. Alhamdulillah...terima kasih cikgu atas perkongsian ini, bagi saya permainan kombat mahupun pukulan maut jika disulam dengan petua gerak makan gerak, lapis dalam lapis pasti lebih memberi impak yang terbaik kepada pengamal ilmu beladiri. Barakallahulakum...

    ReplyDelete
  2. SALAM, apa yang ditunjukkan oleh Cikgu Azizan merupakan rahsia kepada permainan gayong dalam gerak perlahan. Jika dilaksanakan dengan teknik pernafasan dan kekuatan ianya akan menjadi satu pukulan yang cukup hebat. Dalam lembaran akan datang Mohon Cikgu Azizan menunjukkan pukulan gerak laju bagi menangkis pukulan bersenjata tajam mudahan dapat membuka mata semua bahawa pelajaran silat mempunyai keistimewaan tersendiri.

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum wbt

    Terima kasih di atas penerangan tersebut...

    Sekadar pertanyaan, adakah ini bermakna anak gayong harus belajar keempat2 tahap ilmu pukulan gayong tesebut..? ini kerana terdapat ada yang mengajar pukulan maut ada yang tidak, ada yang mengajar kombat ada yg tidak..

    minta cikgu azizan bagi penjelasan..

    ReplyDelete
  4. Wslm, semestinya. Perlu belajar kesemuanya sbb ianya ada peringkat dan penguasaan kemahiran yang berbeza.

    ReplyDelete
  5. wahhhhhhh...terima kasih atas perkongsian...saya amat gembira dan bersyukur..kerana masih lagi berdiri seni silat gayong ini..tetapi kena beringat cikgu azizan..setiap musuh seharusnya jangan di sentuh serangannya.."kerana setiap yang hadapan membawa khabar bahaya...yang menunggu di belakang padahnya"...sama2 kita berkongsi,cikgu azizan..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...