Pejuang Warisan Seni Beladiri Melayu

SELAMAT DATANG KE BLOG GELANGGANG PERSANTA NALA

Saturday, June 30, 2012

MANDI KERIS

Salamun Alaik,
video
Ayahanda Amin Hamzah sedang mengajar kaedah Memandikan Keris.

Dalam Keilmuan Gayong, selain mengajar pesilat kaedah berpencak menggunakan keris, pesilat-pesilat juga ditunjukkan cara bagaimana untuk MEMANDIKAN KERIS. Mandi Keris juga merujuk kepada kaedah untuk melindungi BESI pada Keris agar sentiasa bersih dan tiada berkarat. Ini kerana KARAT adalah MUSUH UTAMA bagi senjata yang berunsurkan BESI!

Terdapat pelbagai kaedah memandikan keris mengikut Keilmuan Ilmu masing-masing.Lain Guru lainlah juga tatacaranya. Kali ini, penulis ingin kongsikan kaedah mandi keris mengikut apa yang telah diperturunkan oleh Arwah Mahaguru buat Ayahanda Amin Hamzah. Perkongsian ilmu ini telah berlangsung di gelanggang SMK Pangkal Meleret, Machang Kelantan pada tahun 2008.

Bahan Asas yang diperlukan adalah;
1. Nenas (Boleh juga gunakan batang pisang jika karatnya terlalu banyak).
2. Limau Nipis 7 biji
3. Kemenyan.
4. Berteh.
5. Air Kelapa.
6. Air Bunga.
7. Buluh.

Kaedah mandi yang diperturunkan oleh Arwah Mahaguru mempunyai beberapa syarat. Antaranya;
1. Pilihan Hari.
2. Jenis dan Fungsi Keris - berbeza fungsi keris maka terdapat sedikit perbezaan kaedah mandinya. Contohnya; Keris untuk bertarung, Keris Adat, Keris Kuasa dsb nya.
3. Membaca Wirid dan mantera supaya menambah bisa dan mampu membatalkan ilmu hitam jika ia digunakan utk menikam musuh.
4. Tempoh masa merendam Keris dalam Buluh.
5. Perasap kemenyan supaya ianya sukar untuk berkarat dan memberikan bau harum pada bilah keris.
6. Bilangan bunga dan warnanya. Terdapat satu bunga yang WAJIB ada sebagai syarat utama.
7. Kekerapan untuk memandikan Keris.

Alhamdulillah, pada hari itu juga, Ayahanda Amin Hamzah telah sudi menurunkan ilmu bagaimana untuk "MENGAWINKAN KERIS" buat penulis dan Ust Wan Abdul Halim. Proses ini telah diajar oleh Arwah Mahaguru ketika mengawinkan keris PENDAWA LIMA dengan Keris milik Ayahanda Amin Hamzah untuk dijadikan Keris Adat Gayong. Namun kaedahnya tidak boleh dikongsikan di sini kerana menjaga ADAB BERGURU. Semoga beroleh manfaat buat semua.

Wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...