Pejuang Warisan Seni Beladiri Melayu

SELAMAT DATANG KE BLOG GELANGGANG PERSANTA NALA

Thursday, October 17, 2013

SENAMAN GAYONG : KEKUATAN OTOT ABDOMEN DAN PINGGANG

Salamullah Alaikum;
Gambar Hiasan

Dalam latihan Silat Seni Gayong, terdapat pelbagai jenis senaman yang didedahkan merangkumi aspek-aspek kecergasan fizikal seperti kekuatan, daya tahan otot, kuasa, ketangkasan, masa tindakbalas, keseimbangan dan kelenturan. Namun begitu, FOKUS diberikan kepada senaman yang melibatkan OTOT TERAS DAN UTAMA iaitu kumpulan otot di bahagian abdomen dan otot pinggang.

Kenapa OTOT ABDOMEN DAN PINGGANG diberikan perhatian?

Di sinilah KUNCI kepada kekuatan otot-otot utama yang lain. Memiliki otot abdomen dan pinggang yang KUAT, DAYA TAHAN YANG TINGGI dan LENTUR mampu memberi faedah yang amat berguna kepada pengamalnya. Antara faedah-faedahnya seperti;

1. Mampu bertapak dengan lebih stabil dan seimbang. 

2. Sukar untuk tumbang walaupun berdiri sebelah kaki atau bertapak songsang.

3. Keupayaan tumbukan dan tendangan menjadi lebih kuat dan efisyen.

4. Berupaya mengunci tubuh dari dikunci pihak lawan ( PETUA ) dan pelbagai lagi kelebihannya.

Dalam Senaman Gayong, terdapat lebih 20 teknik senaman yang melibatkan otot abdomen dan pinggang ini. Kebiasaanya, ia digabungkan dengan teknik dan aturan nafas mengikut kepada PETUA NAFAS MELAYU. Walaupun ianya amat "menyeksakan" bagi pelatih-pelatih baru, namun hasilnya cukup lumayan sekali. 

Semoga dengan perkongsian ini, ianya dapat memberi lebih kefahaman dan manfaat buat semua pengamal silat. 


Wallahua'lam.



2 comments:

  1. Assalamualaikum cikgu, boleh cikgu kongsikan bentuk latihan yg di syorkan untuk membina kekuatan dan daya tahan otot. serta latihan untuk menambahkan kelenturan tubuh.

    ReplyDelete
  2. macam ni la sepatutnya guru silat. bertubuh sendo. sesuai dengan tauladan yang dicontohkan oleh ADMAR. tabik

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...