Pejuang Warisan Seni Beladiri Melayu

SELAMAT DATANG KE BLOG GELANGGANG PERSANTA NALA

Wednesday, August 13, 2014

SANDANG KEBESARAN SILAT SENI GAYONG

Salamun Alaik;


Petikan dari Buku Organisasi dan Kuasa Adat Silat Seni Gayong.



SANDANG KEBESARAN

Sandang Kebesaran Silat Seni Gayong melambangkan status, tanggungjawab dan bidangkuasa tertentu yang digariskan oleh Lembaga Beradat Agung atau selepas pemergian Dato’ Mahaguru dipanggil sebagai Lembaga Beradat Kebangsaan.  Penyusunan semula Sandang Kebesaran Silat Seni Gayong dibuat selepas pemergian Dato’ Mahaguru ke rahmatullah seiring dengan amanah dan wasiat Allahyarham.

Sandang ini mempunyai ukuran, nama-nama dan corak-corak tertentu.  Sandang-sandang ini dibahagi kepada berikut:-

a. Sandang Protokol
b. Sandang Mahaguru
c. Sandang Berjawatan
d. Sandang Kegurulatihan
e. Sandang Khas






Sandang Protokol

Sandang Protokol dianugerahkan kepada Raja-Raja Melayu, pemimpin tertinggi negara dan negeri bagi melambangkan ketaatan murid dan ahli Gayong kepada kepimpinan dan kedaulatan negara kita.  Sandang yang dimaksudkan terbahagi kepada:-

a. Sandang Tri Buana Chula Negara

i. Penaung Agong DiRaja
Seri Tri Buana Chula Sakti Purba Negara

ii. Penaung DiRaja
Seri Tri Buana Chula Sakti Bintang Negara

b. Sandang Seri Mahkota Agung Gayong

i. Imam Khalifah Agung
Seri Mahkota Agung Gangga Chula Sakti

ii. Timbalan Imam Khalifah Agung
Seri Mahkota Agung Gangga Pelangi Sakti

iii. Imam Khalifah
Seri Mahkota Agung Buana Chula Sakti

iv. Timbalan Imam Khalifah
Seri Mahkota Agung Buana Pelangi Sakti

Sandang Mahaguru

Sandang Mahaguru hanya wujud semasa hayat Dato’ Meor Abdul Rahman bin Daeng Uda Mohd Hashim. Ini kerana hanya beliau yang dikhatamkan dan Pewaris Agung Ilmu Gayong.  Selepas Allahyarham Dato’ Meor Abdul Rahman, tiada lagi jawatan Mahaguru dalam Silat Seni Gayong kerana ia hanya layak digelar kepada pengasas Silat Seni Gayong.  Sandang peribadi Dato’ Mahaguru ialah:-

a. Seri Tri Buana Chula Sakti Gangga Negara


Sandang Berjawatan

Sandang Berjawatan terbahagi kepada berikut:-

a. Majlis Tertinggi Lembaga Beradat Kebangsaan
b. Lembaga Beradat Negeri
c. Majlis Gurulatih Kebangsaan

a. Majlis Tertinggi Lembaga Beradat Kebangsaan

i. Seri Mahkota Agung Chula Gangga Sakti
Waris Amanah Mutlak

ii. Seri Mahkota Agung Chula Pelangi Sakti
Ahli Lembaga Waris Amanah

iii. Seri Mahkota Agung Chula Bintang Sakti
Ahli Lembaga Waris Amanah

iv. Seri Mahkota Agung Gangga Sakti
Pengerusi

v. Seri Mahkota Agung Chula Sakti
Timbalan Pengerusi

vi. Seri Mahkota Agung Pelangi Sakti
Kipas Emas

vii. Seri Mahkota Agung Chula Pelangi
Ketua Khalifah Besar/Ketua Setiausaha Adat

viii. Seri Mahkota Agung Bintang Pelangi
Ketua Waris Beradat/Pengerusi Majlis Ibu Gayong

ix. Seri Mahkota Agung Relang Pelangi
Ketua Waris Beradat/Pengerusi Lembaga Beradat Negeri

x. Seri Mahkota Agung Cahaya Pelangi
Ketua Wakil Beradat

b. Lembaga Beradat Negeri

i. Seri Mahkota Agung Relang Pelangi
Pengerusi

ii. Seri Mahkota Chula Sakti
Khalifah Besar

iii. Seri Mahkota Pelangi Sakti
Wakil Beradat

iv. Seri Chula Sakti
Waris Beradat

v. Seri Pelangi Sakti
Ketua Khalifah

vi. Seri Bintang Sakti
Ketua Beradat

vii. Seri Relang Pelangi
Khalifah

viii. Seri Relang Pelangi 
Imamah

ix. Seri Cahaya Sakti
Khalifah Muda

x. Seri Cahaya Pelangi
Imamah Muda

xi. Seri Sakti
Imam Gelanggang

xii. Seri Pelangi
Naqibah Gelanggang

c. Majlis Gurulatih Kebangsaan

i. Pengarah/Pengerusi
(Tiada Sandang Khusus)

ii. Timbalan Pengarah/Timbalan Pengerusi
(Tiada Sandang Khusus)

iii. Setiausaha Agung
Panglima Seri Setia Sakti

iv. Ahli Eksekutif
Panglima Seri Geliga Sakti

v. Ahli Majlis
Panglima Seri Amanah Sakti

Sandang Kegurulatihan

Sandang Kegurulatihan ialah tanda kebolehan dan kekananan yang dianugerah kepada guru atau jurulatih yang mencapai tahap tertentu.  Tingkatannya terbahagi kepada:-

a. Panglima Hitam Chula Sakti
Ketua Pengarah Gurulatih

b. Panglima Singa Malaya
Pengarah Gurulatih

c. Panglima Pelangi Hitam
Gurulatih Tertinggi

d. Panglima Chula Hitam
Gurulatih Kanan

e. Panglima Geliga Sakti
Gurulatih

f. Serikandi Geliga Sakti
Gurulatih

g. Panglima Amanah Sakti
Jurulatih

h. Serikandi Amanah Sakti
Jurulatih


Sandang Khas

Terdapat Sandang Khas yang dianugerahkan kepada individu tertentu atas ketokohan, sifat terpuji dan kewibawaan masing-masing di kalangan pemimpin Silat Seni Gayong.  Penerima sandang tersebut tidak dinyatakan sandang dan gelarannya di sini kerana sandang dan gelaran tersebut bergantung kepada individu yang menerimanya.  Sandang Khas juga dianugerahkan kepada ahli Gayong yang memiliki kebolehan istimewa bergayong atau kemahiran khusus dalam pelajaran tertentu.  Antara Sandang Khas yang dianugerahkan dalam kategori ini adalah seperti berikut:

a. Harimau Singa Berantai
b. Kuda Gila
c. Singa Berantai
d. Naga Bora
e. Harimau Berantai
f. Lipan Bara
g. Kumbang Hitam

Peruntukan Khas

Mana-mana sandang yang ingin ditauliahkan kepada individu yang layak boleh disyorkan oleh Majlis atau Jawatankuasa berkenaan tetapi tiada Sandang Berjawatan Peringkat Kebangsaan, Sandang Kegurulatihan, Sandang Kehormat dan Sandang Khas boleh ditauliahkan tanpa mendapat kelulusan Waris Amanah Mahaguru atau Lembaga Waris Amanah terlebih dahulu.


Wallahua'lam.

5 comments:

  1. Assalammualaikum cikgu.... dimana boleh dapatkan buku ini?

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum ckgu..stakat pngetahuan sye dlm Gayong yg masih kurg ini,gelaran2 sperti Naga Bora,Kumbang Hitam dan sbagainya adalah gelaran yg dberikan oleh ADMAR kpd murid2nya sperti ckgu Majid dan ckgu Husin Kaslan yg mmpunyai kbolehan tertentu dan tiada lgsung sandang khas sperti yg didakwa..mohon pncerahan dr ckgu Azizan

    ReplyDelete
  3. adakah ckgu tidak mnjawab soalan sy diatas krn apa yg sy katakan itu adlah benar mmg tiada sandang2 khas utk gelaran2 tertentu??

    ReplyDelete
  4. Cula 7 pun yg ADMAR khabarkan hak mutlak beliau pun dah ramai pakai... inikan pun gelaran khas ni.. ada ker gelaran ni.. ADMAR war-warkan hanya beliau sahaja boleh anugerahkan kepada seseorang?

    Kalau benar ada war-warkan.. maka SSM ini tiada laa kesinambungan..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...