Pejuang Warisan Seni Beladiri Melayu

SELAMAT DATANG KE BLOG GELANGGANG PERSANTA NALA

Monday, April 20, 2015

SUARA AMBO : UJIAN KEKUATAN UNTUK KENAIKAN HPCS

Salamun Alaik;
Ust Wan Halim dengan berat badan 77kg dan Ambo dengan berat badan 98kg

Bagi pihak Majlis Gurulatih Gayong Serantau Kelantan, telah diputuskan di dalam mesyuarat yang mana bagi Syarat kenaikan bengkong Harimau Pelangi Chula Sakti akan ditambah syaratnya iaitu pesertanya perlu melalui UJIAN KEKUATAN. Berdasarkan PENGALAMAN Ayahanda Cg Hj Amin Hamzah bersama Almarhum Mahaguru, beliau pernah diuji untuk mengangkat suatu beban melebihi 100 pauns yg diperbuat daripada Simen konkrit. Mengambil pengalaman ini sebagai asasnya, pihak kami telah memutuskan untuk menjadikan ANGKATAN DEADLIFT sebagai ujiannya. Deadlift merupakan suatu latihan beban yang melibatkan hampir keseluruhan otot pada tubuh seseorang. Mengikut "standard strength chart", seseorang itu dikatakan KUAT apabila mampu mengangkat bebanan Deadlift ini sebanyak 2x beban tubuh kita. Ianya tidak mustahil untuk melepasinya sekiranya anda mengikuti latihan yang betul dan konsisten. Agak kelakar juga bila seseorang yang berbengkong HPCS tetapi tahap kekuatannya amat rendah. Ditambah lagi dengan kenaikan itu hanyalah sekadar "anugerah" semata-mata atas faktor senioriti.Maka, untuk menyahut syarat baru yang diperkenalkan oleh pihak Majlis Gurulatih Gayong Serantau Kelantan, ambo selaku Pengerusi Majlis Gurulatih dan Ustaz Wan Abdul Halim selaku Naib Pengerusi telah membuktikan KAMI MAMPU dan melepasi syarat yang kami tetapkan. Semoga ianya mampu memberikan lebih semangat untuk calon-calon yang layak menduduki Ujian Kenaikan ke peringkat Harimau Pelangi Chula Sakti nanti.

* Rekod Dunia Angkatan Deadlift seberat 462kg manakala untuk Rekod Malaysia seberat 320kg.

Wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...