Pejuang Warisan Seni Beladiri Melayu

SELAMAT DATANG KE BLOG GELANGGANG PERSANTA NALA

Wednesday, August 18, 2010

TERKENANG KISAH LALU......

Salam semua....

Bila terbaca artikel dari blog narapatinantaboga berkenaan arwah Dato Ahmad Lazim, tiba2 terkenang kembali saat2 ketika bersama beliau walaupun hanya beberapa ketika sahaja........

Panglima Gayong, dari kiri: Arwah Dato Ahmad Lazim, Ayahanda Amin Hamzah dan Datuk WAF

Menerima Bengkong Pelangi Merah Chula 3

Menerima Bengkong Harimau Pelangi Chula Sakti 1

Segala ilmu Gayong yang telah dicurahkan selama hayat beliau sememangnya telah memberi manfaat besar buat generasi2 baru semua. Masih terngiang2 sewaktu beliau menunjukkan pelajaran seni kuncian sendi sehingga terkepak sendi pergelangan saya di gelanggang USM Tronoh ketika dahulu. Tidak akan dilupakan juga teguran2 membina sepanjang menumpang tidur di kediaman beliau sewaktu latihan intensif persediaan ke Kejohanan Silat Seni Gayong Kebangsaan dan Kejohanan SMD Kebangsaan. Dan Rahsia Gayong yang perlu disimpan selama 7 tahun peringkat matangnya.....Gerak Gayong,Gerak Berseni......Gerak Bayang, Gerak Rahsia......

Semoga Rohnya disemadikan dikalangan orang2 yang bertakwa......Al-Fatihah

Wassalam.

Tahniah buat Pendekar Cilik

Salam,

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan TAHNIAH buat Team Silat Seni Gayong Labuan yang telah beraksi pada Kejohanan SMD Kebangsaan tempohari dengan kejayaan 1 emas dan 2 gangsa. Walaupun umur para peserta rata2 14 tahun,namun anda masing2 menunjukkan suatu semangat bersaing yang positif.Harapan saya agar anda semua teruslah berlatih dan berlatih agar berjaya meningkatkan lagi potensi diri untuk kejayaan yang lebih besar di masa hadapan.

Wassalam

Thursday, July 15, 2010

WARNA WARNA SMD KEBANGSAAN

Salam,

Kejohanan Seni Mempertahankan Diri Kebangsaan (SMD) 2010 akan berlangsung di Ipoh pada 22-24hb Julai ini. Pogram anjuran Kementerian Belia & Sukan Malaysia ini telah memasuki edisi yang ke-12 sejak 1997 (2006&2007 tidak diadakan). Pastinya,setiap pasukan sudahpun bersedia untuk beraksi mantap dalam 20 acara seni yang dipertandingkan. Yang menariknya, edisi tahun 2010 akan disertai julung2 kalinya oleh pasukan Gayong dari negeri Sabah yang dipimpin oleh Cikgu Kassim Samat dan Cikgu Amir Fadhli.

Walaupun Kejohanan SMD ini tidaklah sepenting dan sepopular seperti Pencak Silat Kebangsaan atau SUKMA, namun ianya telah banyak membantu dalam mengeratkan silaturrahim di antara anak2 Gayong semua selain daripada kita didedahkan dengan variasi silibus2 Gayong dari seluruh Malaysia. Melalui pengalaman, saya sendiri pun banyak mengenali rakan2 seperjuangan dan Guru2 Senior melalui SMD ini. Bermula 1998,99 sebagai peserta mewakili Perak, 2001,2002 sebagai Jurulatih Kelantan, 2008 sebagai Juri Hakim, 2009 sebagai Pengurus Labuan dan 2010....tidak dapat hadir atas tiket Jurulatih kerana bertembung dengan Liga Hoki SBP Kebangsaan yang juga akan diadakan di Ipoh. Apapun, Selamat Berjaya buat semua kontijen2 yang bertanding........


Kenangan Tahun 1998

Saya yang duduk di kiri....masih slim bersama partner Amir Redzuan dan Liza (dari Kelantan)

Kelihatan dari kiri Allahyarhan Cikgu Iderus, Allahyarham Dato Ahmad Lazim dan Tn Hj Anuar

Kenangan Tahun 1999
Perasmian SMD bersama Team Perak


Kenangan Tahun 2001

Berehat seketika di luar Dewan Pertandingan di UPM,Serdang

Ayahanda Amin Hamzah menyampaikan pingat kepada pemenang, kelihatan Pak Akob (Dato) dari Penang

Upacara Ambil Tapak,dengan Pemegang Amanah,Allahyarham Dato Ahmad Lazim, kelihatan Hj Mansor sedang berdiri

Kenangan Tahun 2002

Bersama Ustaz Wan Abdul Halim

Bersama Team Kelantan, pasangan kembar dari Pasir Puteh

Kenangan Tahun 2005

Kenangan Tahun 2008

Bersama Team Labuan

Bersama Ayahanda Amin Hamzah dan Cikgu Nordin

Bersama SI Kamal, Ayahanda Amin Hamzah dan Pak Akob
Kenangan Tahun 2009

Bersama Team Labuan

Majlis Penutupan

Wassalam

Tuesday, July 13, 2010

MODUL LATIHAN SENI KAKI

Salam semua,

Alhamdulillah, setelah beberapa bulan diuasahakan,akhirnya siap jua Modul Latihan Seni Kaki bagi Jurulatih2 Silat Seni Gayong Labuan dan Gayong Serantau Kelantan. Modul ini merangkumi pelajaran dan teknik latihan seperti;
1. Senaman Asas Regangan dan Spesifik
2. 49 kaedah serangan dan belaan kaki seperti Tendang Sula, Tebar Jala, Tolak
Lintang,Lambung Kemudi, Jala Tebar, Kuda Gila, Hentak Adam, Rembat Helang,
Rembat Kuda Gila, Rembat Relang dll
3. 49 teknik Asas Elakan Kaki.
4. 49 teknik Asas Elak-Serang Kaki
5. 49 Buah Kombat Kaki.
6. 21 Buah Kuncian Kaki.
7. Rahsia dan Petua


Wassalam

Thursday, July 8, 2010

TEMPUR TANPA SENJATA

Salam,

Pada 2 Julai yang lepas, Pihak PSSGM WPL telah dijemput untuk mengadakan Kursus Tempur Tanpa Senjata buat pelajar-pelajar yang mengikuti Perkhemahan Unit Uniform peringkat Labuan bertempat di Pusat Kokurikulum Jabatan Pelajaran WPL Saya bersama Rosni (YDP PSSGM WPL) telah hadir pada malam tersebut yang bermula dari jam 8-12 malam. Seramai hampir 100 pelajar terlibat.

Kursus TTS ini antara kursus2 yang memang ditawarkan oleh pihak PSSGM WPL buat organisasi2 di seluruh WP Labuan. Selain TTS, kami juga menawarkan Kursus Beladiri Wanita, Kursus Asas Beladiri dan perunding Kareografi Beladiri.


Semoga dengan kaedah ini,Seni Silat lebih fleksibel dan sentiasa 'valid' sepanjang zaman.


*kepada yg berminat untuk mendapatkan MODUL ASAS TTS boleh klik kat sini https://docs.google.com/fileview?id=0B_S_lNoR5OWVN2UwY2Y4NWYtOTczOS00ODdhLTllMzQtNTdhNTIyZGM4ZmEy&hl=en

Wassalam

Tuesday, July 6, 2010

10 TAHUN SUDAH BERLALU

Salam.....

Pejam celik - pejam celik,begitulah pantasnya masa berlalu. Tanpa disedari, umur pun dah semakin meningkat.


Oleh itu, sebagai seorang jurulatih, dalam sibuk kita mengajar silat, pastikan kita mencari murid yang berkelayakan untuk menggantikan tempat kita selaku jurulatih. Bagikan mereka cukup ilmu dan bekalan agar kesinambungan ilmu yang asli itu terus dipelihara.

Namun yang dikesalkan,masih ada sikap2 negatif para jurulatih yang cuba mencantas murid sendiri apabila melihatkan murid tersebut tebih berketrampilan dari murid2 kesayangan mereka. Ada yang lebih teruk lagi yang mana jurulatih tersebut sanggup lakukan apa sahaja seperti memfitnah bagi menjatuhkan murid yang mempunyai potensi tinggi sebagai bakal jurulatih masa depan.

Itulah dunia.......sampai bila ianya berterusan dalam dunia SILAT ini???????????????


Wassalam

Tuesday, June 22, 2010

LATIHAN KHUSUS UNTUK KAUM HAWA

Salam semua,

Kita semua maklum yang kaum Hawa adalah lemah berbanding kaum Adam terutamanya dalam aspek tubuh fizikal dan kekuatan. Kini, dapat kita lihat, banyak bengkel dan kursus2 beladiri khas untuk kaum Hawa telah diwujudkan untuk memberi pendedahan secara ringkas bagaimana untuk mengenali penjenayah, modus operandinya, kaedah2 serangan yang sering digunakan dan kaedah2 asas beladiri utk bertindakbalas terhadap serangan penjenayah. Namun,adakah kursus singkat seperti ini cukup sebagai bekalan buat kaum Hawa?

Seperkara lagi yang menarik perhatian saya adalah "pesilat2 puteri kita yang menghadiri kursus seumpama itu menjadi KAKU dan tergamam dengan kaedah2 yang dipertontonkan oleh para fasilitator sepanjang kursus singkat itu berlangsung".Ini menunjukkan seolah2 mereka (pesilat puteri) tidak pernah belajar dan mempraktikkan teknik2 tersebut walaupun sebahagian besarnya pernah kita ajari dalam gelanggang2 silat. Kenapa perkara seperti ini boleh berlaku?

Bagi pendapat saya dalam menyelesaikan masalah seperti ini, kita sebagai Jurulatih generasi baru perlu mengambil inisiatif dalam menggubal silibus khusus buat pesilat2 puteri kita. Biarlah kaum Hawa yang menyertai silat dihidangkan dengan teknik2 yang benar2 efektif dengan susuk tubuh dan kemampuan mereka serta diterangkan dengan jelas bagaimana untuk diaplikasikan dalam situasi yang sebenar.

Dalam Silat Seni Gayong sendiri perkara ini telah lama dipraktikan oleh Allahyarhamah Cikgu Kalsom yang mana kaedah elak-pukul, buah cekik dan cekak, kombat wanita,buah kuncian (13 biji utk puteri), dan permainan2 seni senjata seperti Kerambit,Mayang Gesit dan Seni Cendai yang sememangnya amat sesuai dipraktikkan oleh pesilat2 puteri. Namun apa yang menyedihkan saya, masih ada segelintir gelanggang yang menerapkan Silibus lelaki buat pesilat puteri mereka. Bayangkan betapa seksanya dan kurang enak dipandang bilamana seorang pesilat puteri melaksanakan Buah Kilas Sawa Berendam atau Patah Layar Perahu Karam.

Kesimpulannya, atas faktor2 di atas maka susunan silibus dan kaedah pengajaran & pembelajaran silat khusus untuk kaum Hawa perlulah dijadikan agenda utama supaya kaum Hawa mendapat sesuatu ilmu yang bermakna buat mereka apabila menyertai sesuatu pertubuhan Silat.
Antara latihan yang efektif buat kaum Hawa iaitu melambungkan kaki tepat ke arah
buah penyawa lelaki.Latihan memerlukan alat bantuan seperti pad target supaya dapat
melatih tendangan yang benar2 kuat,cepat dan tepat
pada sasaran........
Jurulatih akan menilai sendiri peningkatan kekuatan dan kepantasan pesilat2 puteri mereka....


Sekian, wassalam

Sunday, May 9, 2010

PENCAK SEMBAH

Salam semua....
Pada 8 MAC 2010, Majlis Hari Anugerah Cemerlang SM Sains Labuan telah diadakan dengan penuh gilang gemilang. Apa yang menariknya, saya sendiri telah dijemput untuk mempersembahkan Tari Sembah sebagai menyambut ketibaan Pengarah Pelajaran JPWPL sebagai perasmi untuk majlis ini. Disebabkan oleh suara majoriti,maka saya terima dengan hati yang terbuka. Tapi bagi saya ianya bukan Tari Sembah tapi Pencak Sembah......maklumlah anak Gayong.......








Wasallam

Friday, April 16, 2010

DALAM KENANGAN - VIDEO DEMO SILAT

Salam semua,

Kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan video persembahan silat seni gayong yang dipimpin oleh Ayahanda Amin Hamzah (Panglima Singa Malaya -1983) dihadapan Allahyarham Dato' Meor di Taiping sekitar awal 80-an bolehlah hubungi saya di talian 0128686595. Kualiti video agak kurang memuaskan (convert dari VHS ke CD),tetapi apa yang penting pelajaran/silibus yang dipertontonkan adalah yang diakui sendiri oleh ADMAR (asli dan tidak ada tokok tambah/rekaan). Sesuai dijadikan sebagai rujukan untuk generasi muda.

*harga RM25.00 (termasuk harga pos)

Sunday, March 28, 2010

TIPS TEMPUR JALANAN

Salam semua,

Dalam menghadapi musuh yang ramai, pesilat dilatih agar bersedia dalam keadaan tidak membelakangi pihak musuh (maknanya musuh dibelakang kita). Namun,sekiranya tidak terdaya untuk melaksanakannya. pesilat perlulah peka dengan sumber cahaya seperti lampu jalan atau sinaran matahari. Dengan berkeadaan bersedia membelakangi sumber cahaya tersebut, pesilat akan mendapat 2 faedah iaitu;
  1. Menyilaukan pandangan pihak musuh
  2. Dapat melihat pergerakan pihak musuh di belakang melalui bayang yg terhasil.
Wallahua'lam

Wednesday, March 24, 2010

ARTIKEL BELADIRI WANITA

Salam semua,

Terima kasih buat Kelab Seni Silat Mu'tah Jordan kerana memasukkan artikel Beladiri Wanita dalam versi blog mereka.........Semoga sama2 kita dapat berkongsi segala maklumat dan mendapat manfaat daripada usaha ini. InsyaAllah......

http://kssmj.blogspot.com/2010/02/teknik-beladiri-untuk-wanita.html


Wallahua'lam

Saturday, March 6, 2010

BERTAPA........

Salam semua,

Amalan bertapa merupakan antara amalan2 para pendekar silam. Namun, ramai yang cenderung berpendapat yang amalan bertapa ini diragui "kesuciannya". Persoalannya sekarang, adakah amalan bertapa ini benar2-benar terpesong dari ajaran agama ataupun ianya "bersih" dan diharuskan?

Mengikut dari pengalaman saya sendiri, bertapa ini sebenarnya adalah suatu proses penebus diri atau peringkat persediaan diri utk menerima amalan2 kerohanian@kebatinan yang tinggi. Melalui kaedah bertapa,seseorang pesilat itu akan diuji dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Antaranya;
1. Kesunyian (tinggal keseorang diri dalam tempoh masa tertentu)
2. Ketakutan (ancaman binatang buas)
3. Berlapar (berpuasa pati geni)
4. Gangguan (usikan oleh makhluk2 halus)
5. Kebosanan (hanya berzikir dan solat)

Sepanjang bertapa, pesilat itu akan berlepas diri dari kehidupan harian mereka spt bercakap2, bermain dgn rakan2 @ keluarga, berfikir tentang urusan kerja dan masalah kehidupan, melakukan maksiat seperti melihat aurat2 @ mengumpat dsb. Apa yang perlu dibuat hanyalah, berwirid dengan bilangan yg ditetapkan (teramat banyak), solat (sunat dan fardu), puasa(puasa hajat), muhasabah diri dan melakukan perkara2 yang positif.

Kenapa perlu buat sedemikian rupa? Semestinya kita tidak mampu untuk melakukan amalan2 tersebut jika kita duduk dalam persekitaran sekarang.....dikelilingi oleh keluarga, rakan2, hiburan, televisyen, dsb.........

Setelah berjaya mengharunginya, pasti seseorang pesilat itu telah mampu meningkatkan kekuatan jiwa, kesabaran, disiplin diri dan yang terpenting adalah bersedia utk menerima AMANAH ILMU. Harus diingat, kebanyakan amalan2 kebatinan (dalam silat), mempunyai getaran yang amat tinggi, sekiranya kurang persediaan, pastinya tubuh pesilat tidak mampu untuk menampungnya!

Bagaimanapun, tidak dinafikan ada juga amalan2 bertapa ini dari sesetengah perguruan silat yang bertujuan utk mendapat dampingan dengan makhluk2 halus. Semoga amalan2 yang khurafat dan syirik spt ini dapat kita elakkan dalam kehidupan seharian kita.

Wallahua'lam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...