Pejuang Warisan Seni Beladiri Melayu

SELAMAT DATANG KE BLOG GELANGGANG PERSANTA NALA

Wednesday, August 18, 2010

TERKENANG KISAH LALU......

Salam semua....

Bila terbaca artikel dari blog narapatinantaboga berkenaan arwah Dato Ahmad Lazim, tiba2 terkenang kembali saat2 ketika bersama beliau walaupun hanya beberapa ketika sahaja........

Panglima Gayong, dari kiri: Arwah Dato Ahmad Lazim, Ayahanda Amin Hamzah dan Datuk WAF

Menerima Bengkong Pelangi Merah Chula 3

Menerima Bengkong Harimau Pelangi Chula Sakti 1

Segala ilmu Gayong yang telah dicurahkan selama hayat beliau sememangnya telah memberi manfaat besar buat generasi2 baru semua. Masih terngiang2 sewaktu beliau menunjukkan pelajaran seni kuncian sendi sehingga terkepak sendi pergelangan saya di gelanggang USM Tronoh ketika dahulu. Tidak akan dilupakan juga teguran2 membina sepanjang menumpang tidur di kediaman beliau sewaktu latihan intensif persediaan ke Kejohanan Silat Seni Gayong Kebangsaan dan Kejohanan SMD Kebangsaan. Dan Rahsia Gayong yang perlu disimpan selama 7 tahun peringkat matangnya.....Gerak Gayong,Gerak Berseni......Gerak Bayang, Gerak Rahsia......

Semoga Rohnya disemadikan dikalangan orang2 yang bertakwa......Al-Fatihah

Wassalam.

12 comments:

  1. tersentuh tengok gambar-gambar abe jan tu. kalau tak silap, cikgu azizan adalah orang terakhir yang menerima Bengkong Pelangi Hitam Chula Sakti dari arwah Dato' Ahmad Lazim, sebelum arwah uzur dan kembali ke rahmatullah... sama2 doakan arwah Al-Fatihah...

    ReplyDelete
  2. Tengok keadaan susuk tubuh arwah,susut dan terlalu uzur.....beliau ada cakap yang beliau terlalu gembira bila dapat surat jemputan ke majlis tersebut (sambil keluarkan kad jemputan dalam poket)........beliau meninggal dalam tahun yang sama

    ReplyDelete
  3. masa kita akan datang bila-bila sahaja

    ReplyDelete
  4. jije..lamo doh tok dgr cito...tepon la aku kalo ado maso..aku hilang nombo mung...-mat rija

    ReplyDelete
  5. bertaubatlah azizan..jangan nak kutuk org di fb

    ReplyDelete
  6. Boleh diperjelaskan lagi maksud 'kutuk' di fb tu. Setakat ini,saya hanya jelaskan apa yang benar disebalik kekalutan dalam politik pssgm..... tapi mungkin kebenaran itu pahit utk pihak sedara menelannya......mungkin pihak sedara perlu ambik masa untuk menerima setiap hakikat tersebut.

    ReplyDelete
  7. Saudara azizan, apa yang kalut sangat? apa yang masalah sangat? apa yang runsing sangat? susah sangat ke? azizan...cari balik ibu gayong...jangan tertipu dengan chula hitam anda...

    ReplyDelete
  8. Cari balik Ibu Gayong?kenapa perlu cari kalau ianya xpernah hilang. Tapi kalau ibu gayong PSSGM, bagi duit pun xingin saya nak berjumpa....xde faedah satu sen pun.......

    ReplyDelete
  9. Hehehe...azizan, azizan..kene belajar banyak lagi ni...banyak dah kamu lari ni...belajar lagi ye...jangan marah marah...

    ReplyDelete
  10. Saya xmarah kat sedara sbb sedara memang dilatih utk biadap mcm ni.Mak bapak dan guru sedara yg salah sbb melahirkan watak sedara sedemikian rupa.

    ReplyDelete
  11. jgn layan sangat geng2 hantu ni cg zizan..bersuara dalam gelap...bercakap sebalik tiang..suara je ada tapi tuannya pengecut...bercakap tidak mengenalkn diri adalah sifat orang penakut....mereka bertanya bukan nakkan sangat2 jawapan..tetapi nak menangkan diri je.nak menegakkan benang yang basah.cakap tu biar pandang2 ye.pada saudara2 segayong semua, berbincanglah dalam keadaan ikhlas dan jujur untuk mendapat jawapan yang betul. kalau bercanggah biarlah terus menunding jari.semoga Allah mengampunkan dosa kita semua..amiiin

    ReplyDelete
  12. Pembetulan...(kalau bercanggah pendapat janganlah terus melenting dan menunding jari kepada sahabat kita)duduk dalam suasana yang murni untuk mencari titik temuan.wassalam

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...