Pejuang Warisan Seni Beladiri Melayu

SELAMAT DATANG KE BLOG GELANGGANG PERSANTA NALA

Friday, January 28, 2011

FIKIR SEJENAK.......???????

Salam......

Kenapa masih ramai lagi umat Islam yang menghabiskan duit beribu2 ringgit untuk membeli produk2 Barat & Jepun untuk menghasilkan air penawar yang dipercayai banyak khasiat sedangkan Air Zam Zam sudah terbukti yang ianya terbaik di dunia. Ianya murah dan kini mudah didapati di kedai2 di seluruh Malaysia.

Wallahua'lam

7 comments:

  1. menurut pengetahuan saya, air zamzam sekarang sudah tidak tulen lagi kerana telah ditapis. khasiat asalnya telah hilang.

    ReplyDelete
  2. Assalamualikum buat chulahitam dan fakir;
    sudah ditapis dan hilang khasiat?ada tak laporan kajian yg saintifik atau sekadar cakap2 pengedar2 produk berasaskan air ni. Hati2 takut ada agenda tersembunyi. Air Zam-zam walau setitik dicampur mampu mengubah sifat air yang lain. Saya masih fikir rasional hilangnya khasiat air zam-zam.Ada sesiapa yg boleh bantu?

    Fakir Ilallah

    ReplyDelete
  3. A'kum,

    Air biasa kalau dijampi menggunakan Teknologi Al-Quran boleh mengatasi produk2 air yang lain kecuali Air Zam-Zam. Yakin biiznillah..........

    ReplyDelete
  4. Salam,

    Ada asnad yang menerangkan betapa air zamzam adalah satu cara untuk menyembuhkan penyakit sebagaimana disentuh al-Bazaar dan al-Tabaraani dalam al-Sagheer. Abu Majah pula yang memetik Jaabir Abd Allaah pernah berkata bahawa Nabi Muhammad pernah bersabda: "Air zamzam adalah sesuai untuk diminum bagi semua tujuan dan niat." Al-Hakim pernah bercerita bahawa Abu Bakar Muhammad Jaafar menyebut kisah Ibnu Khuzaimah.

    Mengikut ceritanya, ada orang bertanyakan daripada manakah Ibnu Khuzaimah mendapat pengetahuan. Ibnu Khuzaimah menjawab ringkas kononnya air zamzam diminum mengikut apa yang diniatkan. Al-Jalal as-Suyuti turut menyebut pengalamannya meminum air zamzam sebelum bermusafir ke beberapa negara termasuk Yaman, India dan Maghribi. Ibnu Khuzaimah pernah berkata: "Apabila mengerjakan haji, saya minum air zamzam untuk beberapa perkara antaranya supaya lebih pakar dalam bidang ilmu fekah sehingga boleh mencapai martabat seperti Asy-Syeikh Sirajuddin al-Bulqini.

    Dalam bidang hadis pula, saya mahu mencapat taraf seperti al Hafiz Ibnu Hajar. Paling menarik, air zamzam sentiasa dapat menampung keperluan mereka yang mengerjakan haji biarpun angka meningkat daripada sekitar 400,000 pada tahun 1970-an kepada tiga juta orang lewat era 1990-an sehingga sekarang. Berjuta lagi bertandang ke Makkah untuk menunaikan umrah khususnya pada bulan Ramadan. Sepanjang tempoh itu, ramai umat Islam minum air zamzam dan sebahagian besar membawa pulang air berkenaan ke tanah air masing-masing.

    Dua penulis, Mahmoud Isma'il Shil dan Abdur-Rahman Abdul-Wahid dalam tulisan mereka yang bertajuk “Perigi Zamzam’ bagaimanapun menyatakan betapa perigi zamzam mengalami proses pembaikan paling penting pada zaman Mamluk diketuai Sultan An-Nassir Faraj Ibn Barquq selepas berlakunya kebakaran di Kaabah pada 2. Perigi zamzam terus diperbaiki pada zaman Hakim Makkah iaitu Jamal Ad-Din Muhammad Ibn Abd Dhahirah. Ia terus diperbaiki pada era Sultan Qaitbai. Pada zaman kegemilangan empayar Utmaniah, perigi zamzam terus mengalami proses naik taraf khususnya pada era Sultan Salim II (982) dan Sultan Ahmad IV pada 1083. Ia turut dipulihkan pada era Sultan Abd Al-Hamid I pada 1187 serta 1203.

    Adab Minum Air Zam-Zam

    Bagaimanapun, tidak ramai yang tahu bahawa air zamzam mempunyai beberapa adab dan peraturan sebelum diminum. Hal ini dinyatakan Abdullah Abi Mulaikah. Katanya: "Seorang lelaki menemui Ibnu Abbas yang kemudian bertanya: "Tuan datang daripada mana?". Lelaki itu menjawab ringkas: "Saya baru lepas minum air zamzam." Saya bertanyakah perkara ini: "Adakah tuan minum mengikut dengan cara yang sepatutnya?.

    Lelaki itu tidak menjawab sebaliknya bertanya hal berkenaan kepada Ibnu Abbas yang berkata: “Apabila minum air zamzam hendaklah kita menghadap kiblat, sebutkan nama Allah dan bernafas di dalam bijana kemudian baru teguk lagi. Bacalah pujian terhadap Allah selepas tamat segala urusan. Jelas sekali air zamzam mempunyai nilai kepentingan yang tiada tolok bandingan.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum,

    Disebutkan dalam hadis, Jabir bin `Abdullah, katanya: “Aku pernah mendengar Rasulullah bersabda: “Air zamzam itu diminum untuk keperluan apa saja.” (Hadis riwayat Ibnu Majah)
    Dalam erti kata lain, jika meminumnya dengan maksud menghilangkan rasa haus, maka Allah akan menghilangkan rasa hausnya. Jika meminumnya untuk menghilangkan rasa lapar, maka Allah akan mengenyangkannya. Sekiranya, meminumnya untuk menyembuhkan penyakit, maka Allah akan menyembuhkan penyakitnya.
    Diriwayatkan Rasulullah gemar meminumnya dan tangan Baginda yang mulia dan penuh barkah pernah dicelupkan ke dalam perigi zamzam. Rasulullah pernah bersabda: “Air zamzam itu diminum mengikut apa yang diniatkan atau dikehendaki. ” (Hadis riwayat Jabir, lbnu Abbas, lbnu Umar dan Muawiyah)
    Ahli ilmu meluaskan huraian mereka terhadap hadis di atas. Al-Munawa berkata: “Air zamzam adalah penghulu segala air, paling mulia, berharga dan disukai. “Allah memberi minum dan menolong putera kekasihnya, Nabi Ismail bin Nabi Ibrahim dengan air zamzam. Maka, pertolongan seperti itu juga boleh diperoleh oleh orang selepas baginda iaitu bagi sesiapa saja yang meminumnya dengan niat ikhlas, termasuk kita.
    “Ramai ulama meminumnya kerana sesuatu hajat dan mereka berhasil memperolehnya.”
    Disebut pengarang kitab al-’Aqdus Sameen bahawa Ahmad bin Abdillah Asy-Syarifee, seorang khadam di Tanah Haram Makkah meminum air zamzam dengan niat dan tujuan untuk berubat daripada buta. Lalu, dengan izin Allah, beliau sembuh. Menurut pengarang kitab ini lagi, bahawa kejadian itu dikhabarkan sendiri gurunya, al-Fufti Abdul Rahman bin Abil Khair alFasi. Al-lmam an-Nawawi sebagai mengulas hadis di atas berkata: “Maknanya, barang siapa minum kerana sesuatu hajat, nescaya memperoleh hajatnya itu.
    “Hal ini, dicuba ulama dan orang soleh bagi segala hajat mereka, sama ada hajat akhirat mahupun dunia. Alhamdulillah, semuanya memperolehnya. ” (Lihat Tahzibul Asma Wal-Lughat 3/139).
    Al-’Allamah lbnul Qayyim al-Jauziah pula berkata: “Saya dan juga orang lain mencuba berubat dengan air zamzam. “Saya berubat dengannya dalam banyak penyakit dan sembuh dengan izin Allah. Demikian juga saya menyaksikan orang yang menggantikan makanan biasa dengan air zamzam hampir setengah bulan atau lebih, tetapi tidak lapar. Bahkan dia juga tawaf bersama orang ramai, mampu menggauli isterinya dan berpuasa.”

    Wallahua'lam

    ReplyDelete
  6. Menurut guru saya yang langsung tidak terlibat perniagaan menjual penapis air, sifat air adalah merakam, yakni mampu merakam persekitaran dan mengubah molekul dirinya. Air zam-zam berkhasiat lantaran ia merakam doa dan zikir berbilion umat Islam sedari pengIslaman Kota Makkah malahan sbelum itu ketika Kota Makkah masih suci.

    Arab Saudi yang dikuasai Wahabi hari ini telah menapis air zam-zam atas alasan keselamatan kononnya, tetapi telah menghilangkan khasiat asalnya yang antara lain dibawa oleh bakteria dan pertikel yang terdapat di dalamnya.

    Dan saya diajar bahawa makhluk hatta air zam-zam tidak mampu memberi bekas, hanya Allah yang mampu memberi bekas seperti rasa hilang dahaga, kenyang atau kesembuham.

    Wallahualam

    ReplyDelete
  7. namun sedara perlu ingat yang setiap yg diciptakan oleh Allah tidak sia2 dan pastinya makhluk2 tersebut ada tingkatannya yang tersendiri. Akal digunakan untuk menilai dan hati hanya mengiyakan segalanya dari Allah jua. Bila dah jadi minuman "sunnah" dan diberitakan dalam hadis2,maka apa yg cuba dibuat oleh makhluk xkan terdaya utk mengubah khasiat dan kesempurnaan air zam2 seperti yg telah diberitakan oleh Nabi SAW.........

    Walahua'lam

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...