Pejuang Warisan Seni Beladiri Melayu

SELAMAT DATANG KE BLOG GELANGGANG PERSANTA NALA

Wednesday, August 17, 2011

SENI CENDAI - KOMBINASI ELEMEN LEMBUT DAN KERAS

Salamun Alaik,
Seni Cendai (Cindai) merupakan suatu cabang ilmu kependekaran yang menggunakan kain sebagai senjata untuk  mempertahankan diri dari serangan musuh. Asasnya adalah kain sarung dan selendang, namun ianya dapat diaplikasikan dengan menggunakan sebarang bahan yg berunsur kain(hampir sifatnya), mampu membelit dan menjerut seperti serban, bengkong, tali leher, kemeja, tali pinggang, seluar , stokin, tali kasut, kabel, tali, kain tudung, tanjak dll.

Penggunaan Tali sebagai senjata Cendai

Sifat Cendai adalah lembut, maka pemakainya juga perlukan sifat kelembutan dalam gerak tempurnya. Mengikut konsep berpasangan, sesuatu yg bersifat keras, boleh diatasi dengan sesuatu yang bersifat lembut.  Inilah KONSEP CENDAI. Kelembutan yang mampu memusnahkan kekerasan kerana Seni Cendai menggabungkan elemen Lembut dan Keras dalam gerak tempurnya (ambil lembut, buang keras). 

Konsep tempur Seni Cendai terbahagi kepada dua iaitu Cendai Jantan dan Cendai Betina. Cendai Jantan merujuk kepada konsep tempur yang berbentuk pukul memukul, melibas dan sentap manakala Cendai Betina diklasifikasikan mengikut bentuk serangannya seperti Jerut, Kalung, Tebar, Serkap, Gari dan Jerat.

Seni Cendai Pusaka Purba,
Sudah Diukur Baru Dipakai,
Jika Anggota Cacat dan Cedera,
Tidak Boleh Tuan Memakai.

Seni Cendai Pusaka Purba,
Disandang Mai Dihujung Bahu,
Jangan Menyerang Membabi Buta,
Jerat Maut Sedia Menunggu.

Dalam Adab mempelajari Seni Cendai, sebelum boleh dibuat pakai, kain yang ingin dibuat bergelanggang perlulah disukat mengikut sukatan tubuh pesilat masing2 sebagaimana senjata keris(susunan ibu jari) dan parang lading/pedang pendek (mengikut ukuran liltan kepala). Kaedah ukur tubuh ini diajar mengikut petuanya tertentu agar saiz dan ukurannya adalah sesuai dengan pemakainya. Pengisian Doa dan Isim-isim Cendai juga akan diajar agar menambah "bisa" kepada kain tersebut. 

Pukulan Buah Gergasi/Topi Bugis
(ehsan gambar dari Ustaz Nik Iznan)

Pemecahan oleh Serikandi gelanggang Maahad Tahfiz Sains

Dengan kaedah simpulan tertentu, kain sarung mampu dijadikan sebagai alat untuk memukul sasaran lemah pihak musuh. Dengan teknik dan latihan yang sempurna, sehelai kain mampu untuk memecahkan objek-objek keras. Teknik sebegini dipanggil Buah Pukulan Cendai. Terdapat 3 kaedah simpulan semuanya yang di ajar dalam Keilmuan Silat Gayong iaitu simpulan kalong, tangkai dan segenggam.

Di sini saya kongsikan salah satu (bukan satu-satunya) kaedah latihan untuk memantapkan diri supaya mampu mengemudi kain cendai sebagai salah satu senjata yang ampuh.
Latihan Cendai Basah yang dipimpin oleh Ayahanda Amin Hamzah, 
bertempat di Hutan Lipur Bukit Bakar, Machang,Kelantan.

Semoga beroleh manfaat buat semua.


Wallahua'lam

6 comments:

  1. terima kasih untuk posting cindai ini.. menarik.

    ReplyDelete
  2. kalau tidak silap dalam drama pendekar semutar hitam pun banyak aksi2 cindai ini dimainkan.. apa komen saudara?

    ReplyDelete
  3. Ceni Cendai sememangnya permainan para pendekar silam.semutar hitam banyak menonjolkan permainan cendai sbb kebanyakan dari mereka adalah dari team pusaka gayong yg sememangkan handal dalam Ilmu Cendai ini.

    ReplyDelete
  4. saya salah seorang yg berlakon dalam cerita semutar hitam itu

    ReplyDelete
  5. Tahniah mejar.......berlakon dlm cerita tema silat yg menjadi sebutan ramai selain pendekar kundur dan keris hitam bersepuh emas.

    ReplyDelete
  6. Selalunya bengkung Mana yg belajar seni cindai ni?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...