Pejuang Warisan Seni Beladiri Melayu

SELAMAT DATANG KE BLOG GELANGGANG PERSANTA NALA

Saturday, September 10, 2011

ISYARAT PERALATAN PERKHATAMAN KERIS

Salamun Alaik,
Khatam Keris dilaksanakan di Laut
 Pesilat diraikan setelah berjaya mengharungi pelbagai cabaran dan dugaan
Allahyarham Dato' Meor Rahman memerhati Ayahanda Amin Hamzah sebagai Dalang Khatam Keris sekitar 1980-an 
Amalan bangsa Melayu penuh dengan Rahsia. Setiap perlakuannya bermaksud dan berisyarat. Maka bagi kita generasi muda seharusnya perlu berlapang dada dan jangan cepat melatah. Menuduh sesuatu perkara tanpa Ilmu dan Kefahaman akhirnya akan membuka pekung di dada sendiri. Ibarat meludah ke langit dan akhirnya jatuh kembali ke muka sendiri. 

Majlis Perkhataman Keris dilakukan untuk meraikan pesilat-pesilat yang telah berjaya mengharungi ujian dan dugaan sepanjang berguru dan menuntut Ilmu Keris. Setiap perlakuan membawa Isyarat-isyarat tertentu dan segalanya ada "cerita" disebaliknya. InsyaAllah, saya akan kongsikannya di artikel yang lain. Kali ini, saya tertarik untuk berkongsi tentang isyarat bagi setiap peralatan yang digunakan sepanang Majlis Perkhataman Keris ini. Di sini saya senaraikan kelengkapan untuk mengadakan majlis perkhataman keris dan ISYARAT bagi setiap peralatannya. Sebanyak 21 peralatan kesemuanya iaitu;

1.           Sebilah keris
Keris adalah senjata wajib zaman dahulu terutamanya anak2 muda lelaki. Semasa zaman kanak-kanak, seorang ayah akan memberikan keris yang dibentuk daripada kayu terlebih dahulu. Kemudian setelah mencapai akil baligh (dewasa), barulah mereka dibenarkan bermain dengan senjata keris yang sebenar. 

2.           Seekor Ayam Berbulu Hitam
           Merupakan sumber lauk yang paling mudah dibawa bermusafir. Biasanya akan dibawa secara hidup dan disembelih pada waktu untuk dijadikan lauk. Syarat ayam berwarna hitam adalah semata-mata sudian Guru buat anak murid. Isyaratnya adalah, untuk mendapatkan sesuatu ilmu memerlukan kesungguhan dan pengorbanan.

3.           Semangkuk Pulut Kunyit
( sebagai makan adat orang Melayu )
Pada masa dahulu, salah satu bahan yang sesuai dijadikan pewarna dan mudah diperoleh ialah kunyit. Pulut yang direndam dengan air kunyit menyebabkan warnanya bertukar menjadi kuning. Warna pulut yang kuning “mesra” apabila dihidangkan dengan rendang yang berwarna kemerah-merahan. Apabila dihidangkan, ia kelihatan cantik hasil gabungan warna kedua-duanya. Oleh sebab itulah pulut tidak direndam dengan daun pandan yang akan menukarkan warnanya  menjadi hijau dan janggal apabila dihidangkan bersama-sama dengan rendang.
Tujuan pemberian pulut kuning kepada tetamu adalah sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kerana sudi menghadiri majlis kenduri yang diadakan. Tetamu akan berasa dirinya dihargai oleh tuan rumah.

4.           Lauk Kari ayam
( biasa dimakan dengan pulut oleh orang Melayu dahulu kala )

5.           Sebiji Telur Ayam Yang Direbus Berwarna Merah
              (asas benih dan kesuburan / Merah warna Keberanian)
               Membentuk anak-anak muda menghayati semangat berani berjuang.

6.           Kueh Melayu 7 Jenis dan Air Kopi
              ( Makanan tradisi dan Minuman tradisi)
               Angka 7 banyak memberikan maksud yang tersirat. 

7.           Semangkuk Bubur  Putih Bubur Merah
                ( Restu dan Warna- Kasih Sayang)
Merah melambangkan darah (rahim) dan susu (putih). Melambangkan juga Kemegahan dan Kejayaan. Merah dan Putih juga warna simbolik nusantara. Boleh dilihat warna pd bendera Malaysia,Indonesia dan Singapore.

8.           Sekapur Sireh 
( Kesudian/Peransang )
Penggunaan sirih dan pinang boleh dilihat dalam pelbagai aspek kehidupan masyarakat.
Orang Melayu terutama di zaman dahulu sangat tertib dan halus dalam berkomunikasi. Sirih digunakan sebagai:-
1.  Hadiah ibu bapa kepada guru Al-Quran, sebagai tanda menyatakan keikhlasan hati menyerahkan anak-anak mereka mengaji dibimbing oleh guru tersebut.
2.  Sirih Perangsang menyemarak semangat dan menenang hati kepada perajurit ketika berperang.
3.    Mengundang seseorang ke majlis, tepak sirih dihulur, jika sirih dimakan ia menandakan undangan tersebut diterima.

9.           Sesisir Pisang Emas  
( Makan ruji dahulu kala ketika berkelana )

10.        Kemeyan 
               ( pewangi suasana  )
                Bangsa Melayu adalah bangsa yang mempunyai Adab, pembersih dan menyukai bau-bauan.

11.        Daun Pisang 
 ( sebagai piring , untuk meletakan makanan )

12.        Tiga Ela kain kuning 
( Di muliakan - Penapis permandian  bunga ahli ahli )
Warna Kuning simbolik kepada warna Raja kerana keris adalah senjata yang dimainkan di Istana.

13.        Tiga Ela Kain Berwarna Putih
           (untuk membungkus segala lebihan makanan / tulang ayam untuk ditanam di tempat yang sesuai – jangan bersepah )
           Warna Putih melambangkan Kebersihan. Digunakan untuk membungkus sisa-sisa makanan agar tidak mengotorkan persekitaran.

14.        Beras Kunyit dan Berteh
( mengalu alukan  )
Isyarat mengalu-alukan tetamu sebagai tanda hormat dan menghargai.

15.        Rokok Daun & Tembakau
(agen penenang)
Dihisap selepas penat bekerja. Dapat menenangkan fikiran dan mengubat keletihan.

16.        Sebiji Limau Nipis  
(  ibarat sabun  - mengandungi asid )
Ia juga mampu menyingkirkan makhluk halus di dalam tubuh manusia terutamanya yang terkena siir dan saka.

17.        Akar Sintuk 
( pembersih  - mengandungi  alkali )
Selain berfungsi sebagai penyental tubuh, ianya dapat meneutralkan asid dari limau nipis.
          
18.        Tujuh Jenis Bunga / Jenis Warna
( aura warna )
Frekuensi warna dan bau harum bunga mampu meningkatkan fungsi dan menguatkan spiritual pesilat.

19.        Lilin Sebatang 
( menggantikan pelita/sumber lampu menerangi jalan )

20.        Sehelai Daun Kelapa Yang Tidak Dibenarkan Jatuh Ke Tanah
           ( Ibarat sesuatu amanah/senjata  yang perlu dijaga oleh peserta dengan displin yang tinggi )

21.        Wang Fidyah  RM 21.00
( semayam emas pada 1960-an )
Menghargai penat lelah Guru mendidik dan mengajarkan Ilmu.                                                                                                                                                         

InsyaAllah, di lain artikel saya akan kongsikan setiap yang tersirat dalam perbuatan Khatam Keris bermula dari awal hingga akhirnya. Setiap satunya ada maksud dan ceritanya. Kesemuanya berkaitan dengan asal usul Bangsa Melayu, Sejarah Senjata Tersohor Melayu iaitu Keris, Pengorbanan, Kesetiaan, Kerjasama, Adab Berguru dan Adat Melayu. Antara yang akan dibincangkan seperti;

1. Sejarah Khatam Keris.
2. Perkaitan Bangsa Melayu dengan Laut.
3. Asal Usul Keris.
4. Rahsia angka 7,14,21,36,49 dalam Gayong.
5. Kenapa perlunya Ibu Gayong yg memimpin perarakan pesilat di Laut?
6. Kenapa tidak boleh berpakaian serba hitam pada waktu malam sebelum upacara keesokkan paginya?
7. Bila waktu yang sepatutnya pesilat berarak turun ke gigi pantai.
8. Kenapa dibuang sedikit organ dalaman ayam?
9.Maksud Benang berwarna Kuning, Hitam, Merah, Putih.
10. Isyarat 7 pusingan.
11. Maksud Nun di sana berchula 7, nun di sini berchula se.
12. Apa itu Mengkadung Putih?
13. Isyarat selam.
14. Isyarat melempar daun kelapa.
15. Isyarat warna ludahan kunyahan sireh.
16. Paras Air Laut yang sepatutnya yg perlu diharungi oleh pesilat.
17. Apakah syarat lulus dalam berkeris?
18. Kaedah Langkahan ketika berkeris (Langkah Tuah dan Langkah Jebat)
19. Pantang Larang dalam berkeris.
20. Ulasan buah khatam (buah 21)
21. Nasab Amalan Tuah dalam ilmu berkeris.

Wallahua'lam

12 comments:

  1. mengarut2 je korg ni , khurafat tol ... almarhum ust hanafi selalu bgtaw silat korg ni silat khurafat ,,, buat benda2 bida'ah ...
    - zulkifli md noh

    ReplyDelete
    Replies
    1. semua org dh tahu ust hanafi belajar tak habis dengan Pak Guru Yahya Said silat kalimah ....

      Delete
  2. Sebab belajar xhabis lah, ilmu tu xberapa cukup. belum layak utk mempertikaikan org lain. Pesan Guru, kalau rasa diri xpandai baik dok diam atau pun bertanya, kalau bercakap jugak nanti terserlahlah kebodohan diri. Semoga Zulkifli Md Noh tidak tergolong dalam golongan2 yang bodoh sombong ini.

    Kombat Gayong

    ReplyDelete
  3. ahh ,,, aku pegang pesan guru aku ,,, ustaz hanafi selalu kata gayong ni silat yg berunsur khurafat !! termasuklah silat lincah ape semua !!! pak ya silat kalimah hanya pemegang amanah ye !! beliau bukan Guru !! beliau cuma di amanahkan menyerahkan ilmu silat cekak kpd ustaz hanafi shaja !! harap maklum dan faham - Zulkifli Md Noh(Lading Pusaka)

    ReplyDelete
  4. sedara zulkifli, tak perlulah nak fanatik dan taksub pada perguruan sendiri. itu hanya menampakkan kecetekan ilmu kamu, dan menjatuhkan kredibiliti anak2 cekak. barangkali, kamu pun tak habis belajar ilmu silat cekak. apa yg kamu lihat jgn terus bersangka buruk. kita Melayu bersendikan adat, bertunggakkan Kitabullah.

    ReplyDelete
  5. Jom kita bersemuka wahai zulkifli md noh (lading puaka). Call jer den bila2 masa kalau benar2 anak jantan. biar lu kenal langit tu tinggi ke rendah. 0129993434. Iskandar At-Tariq.

    ReplyDelete
  6. Salam, kepada semua anak gayong, tak usah dilayanlah si zulkifli ni, kita tak perlu bimbang apa pandangan orang terutama budak budak cekak ni kepada kita, sememangnya kita semua tahu budak budak silat cekak ni memang di brain wash dan didoktrin untuk memperlekehkan silat orang lain, konon dalam ikrar mereka tidak akan memperlekehkan silat melayu yang lain, tetapi itu cuma di ikrar mereka sahaja, sedangkan perbuatan, percakapan dan dalam isi hati perut mereka memang penuh dengan penghinaan kepada silat lain.

    Buat kekuda tak betullah, silat lain tak asli, tiru pergerakan binatanglah, silat lain hanya ranting, silat mereka asli, silat lain silat tari sahaja dan silat mereka silat perang - anti taksub

    ReplyDelete
  7. salam,saya dari budak mude silat cekak pusaka ustaz Hanafi,saya nak mintak maaf atas kekasaran bahasa en Zulkifli md noh.Setahu saya kami mempunyai pantang larang sendiri.

    Dan salah satunye:

    Dilarang mencaci atau mengutuk Silat Melayu Asli yang lain.Dan kami sentiasae berpegang kepada pantang larang tersebut.Harap persilat yang lain paham dan tidak mengambil hati,atas kesilapan segelintir manusia yang kurang paham.

    ReplyDelete
  8. ahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh...... pesilat2 semua barua UMNGOK..omardin keling barua UMNGOK.....hj maideen tambi barua UMNGOK........ hanya guru utama PSSGM nampak tidak fanatik dengan UMNGOK

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum . saya mencari post susulan saudara berkaitan maksud dan rahsia yang tersirat tentang khatam keris ni . boleh tak bagi link ?

    ReplyDelete
  10. Ustaz Hanafi x pernah ckap pun silat Gayong ni khurafat, jgan jadi bodohla zulkifli md noh.., Ustaz Hanafi kenal siapa Dato meor, dan Dato Meor juga kenal siapa Ustaz Hanafi,ustaz Hanafi juga kagum dengan seni gayong seperti mana Dato Meor kagum dgan seni cekak.., Aku rasa si Zulkifli ni bukn belajar silat cekak pun, aku pun belajar silat cekak gak, tpi jurulatih aku selalu pesan bnyak kali kt aku, "jgan pandang rendah ilmu beladiri lain terutama silat melayu"
    sebabtu pantang larang silat cekak yg kelima ialah tidak mencaci silat melayu asli yg lain..

    ReplyDelete
  11. Salam..hmba plik la..kn dlm cekak slalu ckp, jgn mncaci silat mlayu asli yg lain..tp knp slalu pulak hmba dgr kwn2 cekak ckp2 psl gayong blkg2? Adakah cekak shj yg kalian aggp asli? N hmba pnah dgr crita yg ustaz hanafi sdiri pernah tulis artikel psal gayong silat yg khurafat..kn kalian kata xleh kutuk silat mlayu lain? Bkn nk bgaduh, tp pelik..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...