Salamun Alaik;
Kunci terkandung elemen elak,sangga,cekak,kepak,hentak,patah dan bunuh.
Dalam keilmuan Gayong, Buah Tapak Kunci Mati pada asasnya terdapat hanya 7 buah sahaja. Tujuh buah tersebut merupakan IBU GERAK KUNCI bagi kunci-kunci yang ada sekarang. Ibu Gerak Kunci bermaksud, suatu gerak yang menjadi gerak awalan atau punca kepada perbuatan mengunci tubuh lawan. Seorang yang bertaraf Pendekar hanya perlu tahu Petua Ibu ini, dan ianya mampu untuk diolah menjadi ribuan kunci-kunci lain yang terbit dari punca 7 yang asal ini.
Arwah Mahaguru mengajar 7 buah kunci di Singapura berdasarkan 7 Ibu Gerak Kunci ini. Kemudian pada awal 70-an, arwah Mahaguru meminta Gurulatih Kanan beliau untuk mengolah 7 buah menjadi 21. Di akhir 70-an pula, yang 21 buah dipecah lagi kepada 7 bahagian setiap satunya.
Konsep yang hendak ditekankan di sini adalah, bukan untuk dihafal, tetapi untuk menunjukkan IBU GERAK KUNCI adalah HIDUP dan mampu digerakkan mengikut Gerak HAK DIRI bila Ilmu Gerak Bayang telah dikuasai. Bila mana seseorang Pengamal yang mahir dengan Ibu Gerak Kunci ini, maka ianya mampu untuk mengunci lawan dengan variasi kunci dalam pelbagai keadaan dan bentuk serangan.
Dalam Latihan, perlu mengutamakan keselamatan kerana pelajaran kunci amat merbahaya.
Buah Kunci Wanita, adakah sama dengan lelaki?
Dalam seni tempur, bukan buah yang jadi keutamaan, tetapi maksud untuk menumpaskan lawan itu yang diutamakan. Namun, bagi pengajaran yang telah digarapkan oleh arwah cg kalsom sebagai Pemegang Amanah, telah memilih buah kunci mati dari pecahannya sebagai pelajaran yang diajar kepada puteri-puteri Gayong. Ianya dibuat berdasarkan kesesuaian dengan sifat dan kudrat wanita serta kesopanan gerak laku. Terdapat 13 buah kesemuanya. Rakaman video di bawah ada saya tunjukkan buah kunci wanita (1-3 sahaja).
Kunci Wanita dipilih daripada Buah Pecahan Kunci Mati
Sila klik di sini untuk post kunci yang lepas;
http://chulahitam.blogspot.com/2009/09/seni-kunci-dalam-silat.html
http://chulahitam.blogspot.com/2009/09/seni-kunci-dalam-silat-2.html
http://chulahitam.blogspot.com/2009/09/seni-kunci-dalam-silat-3.html
http://chulahitam.blogspot.com/2009/09/seni-kunci-dalam-silat-4.html
Wallahua'lam.
No comments:
Post a Comment