Pejuang Warisan Seni Beladiri Melayu

SELAMAT DATANG KE BLOG GELANGGANG PERSANTA NALA

Friday, March 16, 2012

TEMPOH SEBENAR BELAJAR SILAT

Salamun Alaik;
Mahaguru Meor Rahman diapit oleh 2 orang Gurulatih Kanan
Satu soalan yang amat subjektif untuk dijawab. Berapa lama sebenarnya masa yang perlu diambil oleh para pesilat untuk mempelajari ilmu silat untuk menjadi seorang yang bertaraf mahir silat atau pandai silat (pendekar). Sebahagiannya ada mengatakan, perlu belajar dalam suatu tempoh yang lama supaya beroleh kecekapan dan kematangan gerak geri. Sebahagian yang lain pula berpendapat tidak perlu menuntut dalam tempoh yang lama untuk mahir (bertahun-tahun), tetapi sekadar beberapa hari atau  beberapa bulan sahaja. Namun tidak terkecuali juga, ada sekumpulan yang menegaskan, hanya perlu tahu Rahsia Ilmu dan Petua yang mungkin hanya mengambil masa hanya beberapa jam atau semalaman sahaja.

Jika kita renung kembali ke zaman silam, berapa lama kah tempoh seseorang Mahaguru atau Pengasas Silat menuntut ilmu silat itu sendiri sehingga mereka berupaya untuk menubuhkan sesuatu perguruan? Yang pastinya, tidak sepertimana majoriti murid-murid silat masakini. Terpaksa menuntut silat sehingga bertahun-tahun malah ada sehingga berpuluh tahun tetapi tiada juga sampai ke peringkat "pandai silat". Sebagai contohnya Silat Seni Gayong sendiri, untuk mencapai peringkat bengkong Hitam Harimau Pelangi Chula Sakti secara umumnya mencecah lebih daripada 10 tahun. Sehinggakan ada yang masih di peringkat murid hatta telah mengikuti latihan silat ini selama 20 tahun! 
Allahyarham Cg Ahmad Lazim merupakan antara penyusun silibus Gayong
Persoalan yang ingin diutarakan, 

1. Adakah WAJAR untuk memperhambakan diri sehingga berpuluh tahun semata-mata untuk mempelajari silat?

2. Kenapa guru-guru tua dahulu hanya belajar dalam tempoh yang singkat tetapi mampu untuk dihantar mengajar ke seluruh Malaysia?

3. Adakah sistem pembelajaran sekarang sengaja dicipta untuk memastikan seseorang murid itu memerlukan masa yang panjang untuk menghabiskan sesuatu pelajaran silat?

4. Benarkah murid-murid tua dahulu hampir semuanya hebat berbanding murid-murid sekarang?

5. Bolehkah kita mempelajari silat dan mahir dalam tempoh yang singkat sebagaimana Mahaguru-Mahaguru yang terdahulu?

6. Masih relevankah susunan pelajaran dahulu dengan zaman sekarang?

7. Susunan pelajaran atau pelajaran yang diajar oleh Mahaguru atau Gurulatih Kanan merupakan buah-buah yang diterbitkan berdasarkan kemahiran mereka. Oleh itu, adakah segala yang mereka ajar itu merupakan buah-buah baru atau sama seperti apa yang mereka pelajarinya dulu?
Allahyarham Pak Hussein Kaslan
Salah seorang Gurulatih Kanan Gayong yang terhebat sepanjang zaman.
Masih banyak soalan yang berbangkit dari isu ini. Apapun, 7 soalan ini sudah cukup untuk kita berfikir sejenak, "Berapa lama kah tempoh sebenar untuk mempelajari silat agar mampu menjadi seorang pandai silat sebagaimana Mahaguru atau Guru-Guru Tua yang bertaraf Gurulatih Kanan?". Apakah RAHSIA TERSEMBUNYI di sebalik "pakaian" Mahaguru dan Gurulatih-Gurulatih Tua ini? Benarkah ada "jalan lain"  untuk "KHATAM" dalam ilmu persilatan dengan hanya belajar dalam tempoh yang amat singkat? Sama-sama kita cari jawapannya.......

Wallahua'lam.

6 comments:

  1. ASSALAMUALAIKUM..
    satu persoalan yang cukup baik cikgu, lebih2 lagi bagi saya seorang yang sangat hijau dalam gayong.InsyaAllah mohon tunjuk ajar yang lebih lagi daripada cikgu terutama dengan info2 berguna dalam blog ni.

    tumpang tanya cikgu..gambar lama gurulatih kanan yang paling bawah sekali tu siapa ya? cuma ingin mengenal guru2 lama.Terima kasih cikgu..wassalam

    ReplyDelete
  2. assalam tuan guru, maaf mencelah, hamba dari perguruan silat kg, nama silat itu xperlu lah sy bgtau, cma guru tua hamba mengatakan persilatan mengambil masa 3bln 10 hari shaja, guru2 persilatan lain pn lebih kurg sama

    ReplyDelete
  3. 3bulan 10hari... padan lah hari2 berlatih tanpa jemu, macam nak pi berperang.. hinggakan badan dah macam ayam sabung... kita zaman sekarang ni, seminggu 2jam jer berlatih... fikir2lah

    ReplyDelete
  4. ade yg mgatakan pmbelajaran silat di kg ni..lebih mantap dan cepat..btol ke wahai cikgu azizan...?

    ReplyDelete
  5. baca nk cari jawapan.. jumpa soalan plak.

    ReplyDelete
  6. baca nk cari jawapan.. jumpa soalan plak.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...