Pejuang Warisan Seni Beladiri Melayu

SELAMAT DATANG KE BLOG GELANGGANG PERSANTA NALA

Sunday, April 1, 2012

BUKA GELANGGANG

Salamun alaik,
Gurulatih sedang membacakan Doa Gelanggang 
Adat bergelanggang sebelum berlatih Silat Seni Gayong, disarankan untuk kita "Membuka Gelanggang" terlebih dahulu.  Membuka Gelanggang membawa erti yang anak2 Gayong dalam satu jemaah, bersama-sama berdoa dan memohon agar ALLAH SWT memberikan Kerahmatan dan Melindungi diri daripada segala ancaman dan niat khianat sekalian manusia, iblis, syaitan, jin, binatang, nafsu jahat dan sifat mazmumah daripada diri pesilat2.
 Formasi Barisan
Formasi Bulatan
Formasi Balairong (mengadap) - ehsan gambar gayongpasak.org

Gurulatih selaku Imam Gelanggang akan mengarahkan pesilat-pesilat membuat formasi dalam bentuk bulatan (Putera di kanan, Puteri di kiri), dan serentak duduk berlutut dan kedua penumbuk menyentuh tapak gelanggang.  Selain formasi bulatan, terdapat juga formasi barisan dan formasi mengadap (balairong) mengikut kesesuaian. Imam Gelanggang akan memulakan acara buka gelanggang dengan menyebut;

Assalamualaikum.
Sebelum kita mula berlatih, terlebih dahulu kita buka gelanggang dengan bacaan :


1. Surah Al-Fatihah -1X
2. Surah Al-Ikhlas -11X
3. Selawat  ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW -3X


Dan kiranya ada berkat dan pahalanya, kita fidyahkan kepada;


1. Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW
2. Keluarga Baginda
3. Sahabat yang empat
4. Para Nabi dan Rasul
5. Para Wali Allah
6. Wali – waliah Gayong mati baru dan mati lama terutamanya Tok Panglima Hitam, Syed Zainal Idris Al – Attas…..
7. Dato’ Mahaguru kita, Dato’ Meor Abdul Rahman bt. Sharifah Aluyah. dan keturunannya.
8. Ibu bapa kita
9. Keluarga kita
10. Guru – guru yang mengajar kita
11. Saudara seGayong dengan kita
12. Dan muslimin dan muslimat seluruh alam. 


Kita bermohon kepada Allah SWT agar mendapat berkat dari – NYA dan selamat kita berlatih dari mula hingga akhir dari sebarang malapetaka dan kecederaan serta niat khianat daripada manusia, iblis, syaitan, jin, binatang, nafsu amarah dan sifat mazmumah.
AL – FATIHAH.

Kemudian, setelah selesai membaca Al-Fatihah, Qulhu dan Selawat, Imam Gelanggang akan menadah tangan untuk berdoa dan diikuti oleh semua pesilat. Doa Gelanggang antaranya dibacakan Ayat 9 dan  Ayat Hulubalang disamping doa-doa lain. Ayat 9 sebagai Tawassul untuk Ilmu manakala Ayat Hulubalang sebagai Pembungkam serangan musuh secara nyata ataupun ghaib. Tatkala menyebut Kalimah "KAF HA YA AIN SOD, HA MIM AIN SIN QOF", Imam Gelanggang akan buat ISYARAT PASAK dalam ikhtiar MEMAGAR GELANGGANG. Selepas habis bacaan Doa, letakkan kembali kedua penumbuk ke tapak gelanggang. Pada ketika ini, Imam Gelanggang sekali lagi membuat WAFAK GHAIB mengelilingi keseluruhan gelanggang dengan Kalimah LA ILAHA ILLALLAH yang mana diwakilkan dengan isyarat NAFAS bagi setiap penjuru gelanggang. Pada saat itu, InsyaAllah dengan Berkat Kalimah LA ILAHA ILLALLAH ini, maka terkandung lah sekalian pesilat-pesilat di bawah tanggungjawab Imam Gelanggang di dalam KANDUNGAN LAM JALALLAH. InsyaAllah.

Seeloknya, Imam Gelanggang akan mengadap ke arah Kiblat. Jika keadaan tidak mengizinkan, jangan sesekali duduk membelakangi arah aliran angin. Selain itu, sebelum mengarahkan pesilat-pesilat bangun, Imam Gelanggang boleh juga membaca Mentera Penggerun supaya pesilat-pesilat mudah akur arahan dan orang-orang di luar menjadi "alah" jika berniat untuk membuat sudian.

Begitulah secara ringkasnya, kaedah dan tatacara membuka gelanggang. Segala bacaan dan doa adalah semata-mata untuk-NYA dan selebihnya sekadar ikhtiar dalam berusaha. Dalam dunia persilatan dan alam Melayu ini, SUDIAN dari pihak luar adalah menjadi asam garam nya. Maka, lebih baik "sediakan payung sebelum hujan" kerana mencegah itu lebih baik dari mengubati. InsyaAllah, dengan berkat dari NYA, sekiranya ada sudian sepanjang kita berlatih, kita akan menerima mesej-mesej tertentu seperti bunyi DESIRAN di telinga atau PETANDA TUBUH seperti ada gerakan2 di sekitar perut. Pada saat dan ketika itu, ada kaedah tertentu pula untuk kita menangani nya. Perlulah kita berguru untuk mengetahui selanjutnya.

InsyaAllah, di post yang mendatang akan dibincangkan pula persediaan awal sebelum turun ke gelanggang dengan menggunakan Pelangkah Hulubalang dan Firasat. 

Wallahua'lam.

7 comments:

  1. salam. ada gelanggang gayong x di kudat?

    ReplyDelete
  2. Wslm.mohon rujuk pada jurulatih gayong Sabah, antaranya Cg Amir Fadhli 0199805689.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum cikgu . bagaimana pula jika imam gelanggang tersebut merupakan anak gayong yg masih mentah seperti hamba ? hanya berbengkung pelangi hijau dan masih belum khatam qulhu .
    apakah bacaan yg boleh dilakukan ?

    ReplyDelete
  4. SALAM SAYA NAK BERTANYA pada zaman dahulu jika ada tempat gelanggan silat ditutup.tetapi satu hari ada org buka gelanggan silat atas niat jahat ape jadi ek.minta perjelasan.

    ReplyDelete
  5. saya berharap ada perjelasan saya ingin tahu

    ReplyDelete
  6. saya berharap ada perjelasan saya ingin tahu

    ReplyDelete
  7. SALAM SAYA NAK BERTANYA pada zaman dahulu jika ada tempat gelanggan silat ditutup.tetapi satu hari ada org buka gelanggan silat atas niat jahat ape jadi ek.minta perjelasan.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...