Sunday, February 26, 2017
Monday, January 30, 2017
BELAJAR KONSEP DAN LATIH TUBI
Salamun Alaik,
Dalam Keilmuan Gayong terdapat SISTEM PELAJARAN yang disusun rapi oleh Almarhum Mahaguru bersama Gurulatih-Gurulatih Kanan beliau yang dipercayai. Memang sekali imbas dilihat kaedah berGayong ini banyak sekali menghafal buah-buah. Direka pentas-pentas atau permainan Tapak Hidup yang jelas tidak realistik. Namun sebenarnya ianya hanya sebahagian daripada PROSES PENGAJARAN dan PEMBELAJARAN. Bukan senang untuk terus CEKAP dan MANTAP hanya dengan belajar KONSEP dan PETUA. Bukan senang untuk jadi seorang PAKAR hanya dengan LATIH TUBI sahaja tanpa ILMU yang CUKUP. Maka bagi seorang ANAK GAYONG, jangan cepat melatah dan terpengaruh hanya dengan "cakap-cakap" orang yang tidak arif berkaitan SILAT SENI GAYONG. Seringkali terbaca dalam laman sosial yang memperlekeh GAYONG yang banyak belajar menghafal buah dan pentasnya yang banyak tidak logik yang hanya nak bagi nampak ganas dan menarik. Itu kata mereka yang tidak faham SISTEM PELAJARAN GAYONG! Bagi yang faham, jelas melihat kedangkalan dari pihak mereka. Nak jadi seorang PAKAR tak cukup hanya dengan belajar KONSEP. Juga tak cukup hanya dengan DRILL sahaja tanpa ILMU yang luas. Kenyataan mereka jelas hanya untuk promosi teknik mereka untuk tarik ramai penyertaan bila dianjurkan kursus dan bengkel-bengkel murahan. DUIT sebenarnya agenda utama mereka. Sebahagian kecil untuk promosi diri. Dan selebihnya mengaku "IKHLAS" untuk mengajar walaupun ikhlas mereka memerlukan kritik dan kutuk SISTEM PELAJARAN GAYONG terlebih dahulu.
Kesimpulannya, memang belajar KONSEP @ PETUA ataupun latihan LATIH TUBI @ DRILL itu amat penting untuk membentuk seorang pesilat itu sebagai seorang PAKAR tetapi ianya hanyalah sebahagian dan bukan satu-satunya kaedah. Mereka perlukan SISTEM PELAJARAN yang LENGKAP dan telah teruji berkesan yang didalamnya juga terkandung KONSEP dan MODUL LATIH TUBI. Yang menjadi persoalannya, berapa ramai yang mengikut SISTEM PELAJARAN ASAL sehingga bengkong HPCS yang diakui oleh ALMARHUM MAHAGURU?
#bagaimanana nak mengajar murid dengan SISTEM PELAJARAN sehingga HPCS jika Guru yang itu sendiri tiada pengalaman mengikuti SISTEM PELAJARAN tersebut. Apatah lagi yang generasi baru langsung tiada ikuti Sistem Pelajaran tersebut tetapi hanya dengan menerima anugerah-anugerah sehingga bengkong Hitam. Diri sendiri tidak diuji dan tiada pengalaman bagaimana untuk meneruskan legasi Pendekar Gayong yang sebenar mengikut ACUAN ALMARHUM MAHAGURU.
Wallahua'lam.
Wednesday, December 28, 2016
ILMU TEMPUR PANGLIMA BUGIS
Salamun Alaikum,
AlhamdulILLAH, dikesempatan awal Disember yang lepas, Ayahanda Hj Amin Hamzah telah perkenan menurunkan ILMU TEMPUR PANGLIMA BUGIS. Asasnya menggunakan 2 Senjata Utama iaitu PEDANG/SUNDANG dan KERIS secara serentak. Konsep pertarungannya adalah di atas Kapal Laut dan serangan musuh dari pelbagai arah. Adatnya hanya diperturunkan kepada 3 murid untuk 3 malam. Selebihnya adalah Rahsia Murid dengan Guru. Sesungguhnya ILMU SILAT SENI GAYONG cukup banyak untuk kita sama-sama pelajari dan terokai.
Wallahua'lam.
Labels:
Bugis,
Sundang Keris,
Tempur
Thursday, December 1, 2016
UJIAN KETAHANAN DIRI BAGI SETIAP KENAIKAN CHULA HPCS
Salamun Alaikum,
Gayong Serantau Kelantan di bawah bimbingan Ayahanda Tn Hj Amin Hamzah telah menetapkan bahawasanya setiap pemegang bengkong Harimau Pelangi Chula Sakti perlu menjalani UJIAN KETAHANAN DIRI bagi setiap Kenaikan Chula. Tidak sesekali anugerahkan hanya disebabkan faktor senioriti, banyak sumbangan atau berjawatan tinggi (pengaruh). Penetapan ini sebenarnya untuk MEMPERKASAKAN SISTEM dan memastikan ianya telus dan menepati apa yang telah Almarhum Mahaguru gazetkan. Semoga ianya dapat dilaksanakan dengan ISTIQAMAH agar GAYONG KEMBALI GAH sebagaimana di zaman Almarhum Mahaguru.
Wallahua'lam.
Wallahua'lam.
KITAB RUJUKAN UTAMA ILMU PENGISIAN DIRI SILAT SENI GAYONG
Salamun Alaikum,
Ilmu Pengisian Diri Silat Seni Gayong disimpan rapi oleh Guru-Guru Kanan Almarhum Mahaguru sebagai AMANAH agar ianya dipelihara dan diperturunkan hanya kepada Murid-murid yang dipercayai sahaja. AlhamdulILLAH, sehingga kini terdapat 2 buah KITAB PENGISIAN DIRI yang telah didokumentasikan dalam bentuk bercetak yang mana rujukannya adalah YM DATO RAJA CG ABDUL MAJID (Pengarah Pelajaran pertama) dan AYAHANDA TN HJ MOHAMAD AMIN HAMZAH (Panglima Singa Malaya). Namun, Kitab ini juga hanya terhad kepada Gurulatih tertentu yang diIZINkan SAHAJA.
Ilmu Pengisian Diri Silat Seni Gayong disimpan rapi oleh Guru-Guru Kanan Almarhum Mahaguru sebagai AMANAH agar ianya dipelihara dan diperturunkan hanya kepada Murid-murid yang dipercayai sahaja. AlhamdulILLAH, sehingga kini terdapat 2 buah KITAB PENGISIAN DIRI yang telah didokumentasikan dalam bentuk bercetak yang mana rujukannya adalah YM DATO RAJA CG ABDUL MAJID (Pengarah Pelajaran pertama) dan AYAHANDA TN HJ MOHAMAD AMIN HAMZAH (Panglima Singa Malaya). Namun, Kitab ini juga hanya terhad kepada Gurulatih tertentu yang diIZINkan SAHAJA.
Saturday, November 12, 2016
KURSUS PEMANTAPAN ILMU SENI PISAU
Salamun Alaikum,
KURSUS PEMANTAPAN ILMU SENI PISAU BERSAMA GURU HJ AMIN HAMZAH
(Panglima Singa Malaya Almarhum Mahaguru)
Tarikh: 2-4hb Disember 2016
Tempat: Markas MADU, Machang, Kelantan
Yuran : RM150 termasuk Makan Minum dan Penginapan 3 hari 2 malam.
Semua ANAK-ANAK GAYONG dijemput untuk menyertai dengan SYARAT telah menjalani ADAT PERLIMAU SINTUK SENI.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi;
0179315428 (En.Yusop)
0145047890 (En. Syarif)
Wallahua'lam
Thursday, July 7, 2016
Tuesday, February 23, 2016
CHANNEL TELEGRAM
Salamun Alaikum,
Kepada yang berminat untuk mendapatkan INFO dan PERKONGSIAN berkaitan ILMU SILAT SENI GAYONG bolehlah JOIN channel telegram saya https://telegram.me/GelanggangPersantanala
Konsepnya hanya satu hala kerana tiada ruangan komen dan post daripada ahli. Jika bermanfaat gunalah sebagai pedoman dan jika ada yang kurang bersetuju atau tiada bermanfaat semoga berlapang dada. Ini hanyalah sekadar usaha saya dalam menyebarkan segala ILMU yang pernah saya pelajari khususnya dalam SILAT SENI GAYONG. InsyaALLAH, segala yang dikongsikan hanyalah bersifat UMUM. Yang RAHSIA itu biarkanlah ianya KEKAL RAHSIA sehingga ada yang sudi MENADAHNYA secara ADAT & ADAB yang sewajarnya.
Wassalam.
Kepada yang berminat untuk mendapatkan INFO dan PERKONGSIAN berkaitan ILMU SILAT SENI GAYONG bolehlah JOIN channel telegram saya https://telegram.me/GelanggangPersantanala
Konsepnya hanya satu hala kerana tiada ruangan komen dan post daripada ahli. Jika bermanfaat gunalah sebagai pedoman dan jika ada yang kurang bersetuju atau tiada bermanfaat semoga berlapang dada. Ini hanyalah sekadar usaha saya dalam menyebarkan segala ILMU yang pernah saya pelajari khususnya dalam SILAT SENI GAYONG. InsyaALLAH, segala yang dikongsikan hanyalah bersifat UMUM. Yang RAHSIA itu biarkanlah ianya KEKAL RAHSIA sehingga ada yang sudi MENADAHNYA secara ADAT & ADAB yang sewajarnya.
Friday, October 2, 2015
Friday, September 25, 2015
PESANAN GURU : KEKALKAN MOMENTUM
Salamun Alaik;
Umur hanyalah angka bagi yang mampu kekalkan prestasi diri
Dikesempatan ini ambo ingin berkongsi salah satu PESANAN GURU ambo yang selama ini ambo amalkan. Kekadang itu pesanan ini nampak macam biasa-biasa sahaja tetapi jika diamalkan ia boleh berubah diri menjadi luar biasa. Luar biasa yang dimaksudkan merujuk kepada majoriti masyarakat "tidak mampu" tetapi sebahagian kecil mampu melaksanakan atau mengekalkan keupayaan, kepakaran yang sedia ada. Dengan bahasa yang mudah bolehlah kita gelarkan sebagai KEKALKAN MOMENTUM yang sedia ada.
Secara normalnya, jika pakar-pakar seni beladiri mencecah usia senja, banyak elemen yang semakin merosot terutamanya kepantasan, stamina,ketangkasan, fleksibiliti, kekuatan,daya tahan otot dsb nya. KENAPA? Kadang-kadang ianya berlaku tanpa disedari. Sentiasa ingat mereka masih di tahap terbaik kerana pandangan murid-murid mereka sentiasa mengagongkan dirinya. "Dulu Guru ini boleh bla bla bla", "Dulu Guru ini kuat boleh bla bla bla", "Dulu Guru ini terlalu tangkas sehinggakan bla bla bla".... Ini lah ungkapan yang kita sentiasa dengar iaitu DULU, SEBELUM INI, MASA MUDA dan seangkatan dengannya.
Persoalannya bagaimana untuk mengekalkan momentum ini setelah kita mencapai kemuncak prestasi? Di sinilah PESANAN GURU memainkan peranan.
" JANGAN ABAIKAN ASAS GERAKAN. JADIKAN IA AMALAN KAMU SETIAP HARI. INSYAALLAH, IA AKAN MEMBANTU MENINGKATKAN PRESTASI KAMU.
BAGI YANG SUDAH DAPAT GERAKAN 349 GAYONG, ITU LEBIH BAIK. DAN
BAGI YANG BERGELAR GURULATIH, GERAK BAYANG ITU ADALAH ZIKIR KAMU."
AlhamdulILLAH, pesanan ini telah menjadi "PAKAIAN" ambo. Dan sehingga kini ianya memang amat membantu ambo mengekalkan momentum yang sedia ada. Semoga ianya juga dapat memberi manfaat buat semua dan dapat istiqamah mengamalkannya.Sememangnya pesanan ini nampak biasa-biasa namun cubalah amalkannya, setelah umur mencecah 40, 50 atau 60 ke atas pasti anda akan merasai kebenarannya.
Wallahua'lam.
Labels:
pesanan Guru
Tuesday, July 28, 2015
KONGSI ILMU : KEKUATAN OTOT DALAM SUDUT BIOLOGI
Salamun Alaik;
Gambar Hiasan
Kekuatan Fizikal merupakan salah satu elemen yang penting dalam aspek Ilmu Beladiri. Untuk meraih atau mencapai kekuatan fizikal ini, terlebih dahulu kita perlu tahu bagaimana perkaitan kekuatan itu secara biologinya. Tubuh kita terdiri daripada sekumpulan otot rangka yang menyeliputi sistem rangka dan menyambung tulang dengan tulang yang lain. Otot bekerja secara bertentangan. Satu menguncup dan bahagian antagonisnya akan mengendur. Manakala sebahagian lain akan bertindak sebagai penstabil dan menyeimbangkan tubuh. Pada setiap otot ini, ianya akan bersambung dengan sistem saraf yang dipanggil neuron motor. Neuron motor ini pula berfungsi merangsang gentian otot untuk proses penguncupan. Setiap unit motor akan mengawal sekumpulan otot, jika tubuh kita ingin melakukan kerja yang melibatkan suatu daya yang besar, ia memerlukan unit motor direkruit dengan lebih banyak. Ianya dapat dilakukan apabila neuron motor menghantar RANGSANGAN TAMBAHAN. Selain itu, semakin banyak cabang neuron motor yang terbentuk pada sekumpulan otot, maka semakin tinggi daya yang diterima oleh gentian otot untuk menguncup. Proses penguncupan juga memerlukan tenaga ATP (selain ion Kalsium). ATP ini diperolehi daripada hasil sintesis Kreatin Fosfat dan Glikogen dalam sel otot (metabolisme) dan juga sumber glukosa dan asid lemak dalam aliran darah. ATP akan ditukarkan kepada ADP untuk mendapatkan TENAGA.
Secara ringkasnya, untuk menghasilkan OTOT YANG KUAT;
1. Latihan yang spesifik bagi melatih neuron motor mampu untuk membuat rangsangan tambahan.
2. Latihan yang konsisten dengan kaedah yang betul membantu neuron motor membentuk cabangnya dengan lebih banyak.
3. Diet yang betul agar otot sentiasa mempunyai cukup sumber glikogen dan glukosa untuk ditukarkan kepada ATP.
4. Memakan sumber Daging Merah supaya dapat membekalkan sumber Kreatin yang mencukupi. Kreatin mampu membekalkan sumber fosfat agar ADP yang terhasil mampu ditukar kembali kepada ATP.
5. LATIHAN TAFAKKUR (MEDITASI) supaya memiliki Mental dan Fokus yang tinggi kerana ia membantu sistem biologi berkerja secara maksima dan cekap.
6. TEKNIK PERNAFASAN yang betul agar sel mendapat bekalan oksigen yang sempurna dan membantu proses respirasi sel (hasilkan tenaga) dengan optimum.
7. ILMU GERAK BAYANG yang mampu merangsang SISTEM SARAF dengan penghantaran Impuls yang pantas melalui neuron-neuron transmitter ke OTAK dan OTOT.
InsyaALLAH, dengan kefahaman yang ada serta BERAMAL secara ISTIQAMAH, kita mampu memperolehi KEKUATAN OTOT dan TUBUH yang TINGGI.
*tidak semestinya ada sekumpulan otot yang besar untuk menjadikan seseorang itu kuat secara fizikalnya tetapi ianya lebih berkait dengan berapa jumlah MOTOR UNIT yang direkruit sewaktu sesuatu kerja dilakukan. Namun, jika memiliki otot yang besar dan sistem MU yang baik, maka ia lebih sempurna.
Wallahua'lam.
Labels:
atp,
KEKUATAN OTOT,
kongsi Ilmu,
motor unit,
pernafasan
Sunday, July 26, 2015
INFO : PEKELILING BERKAITAN AKTIVITI SILAT DI SEKOLAH KPM
Salamun Alaik;
Wallahua'lam.
Di sini saya lampirkan PEKELILING berkaitan aktiviti Silat di sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia agar semua pihak terutamanya Jurulatih luar yang terlibat dalam aktiviti mengajar Silat di sekolah-sekolah dapat membuat rujukan terutamanya yang melibatkan PENGGUNAAN SENJATA .
Semoga semua pihak beroleh manfaat.
Wallahua'lam.
Labels:
info
Saturday, July 25, 2015
INFO: VIDEO SILIBUS
Salamun Alaik;
Seni Perisai
Seni Gada - Gada
Seni Sabit
Seni Tangkapan Pistol (Jarak Dekat)
Seni Senjata Kucing Hitam
Seni Kerambit @ Krewok
Seni Simbat Suk & T-Batton
Setiap Pelajaran yang digubal dalam Silibus Gayong Serantau Kelantan ada rujukannya melalui video-video sepanjang kursus pelajaran dan pemantapan silibus yang dipimpin sendiri oleh Ayahanda Cg Haji Amin Hamzah yang dikumpul sejak lebih 10 tahun yang lepas. AlhamdulILLAH, semua video tersebut telahpun disusun secara bersistem oleh Naib Pengerusi Majlis Gurulatih Negeri, Ustaz Wan Abdul Halim Wan Omar yang juga merangkap YDP Negeri. Koleksi Video ini juga telah pun berjaya disimpan dalam Google Drive atas akaun saya selain simpanan dalam bentuk cakera DVD dan External HD. Namun ianya bukan untuk perkongsian secara terbuka dan TERHAD kepada individu tertentu sahaja. Susunan Koleksi Video ini bertujuan dijadikan SUMBER RUJUKAN setiap Silibus yang digubal selain daripada BUKU SILIBUS yang telah diterbitkan oleh Gayong Serantau Kelantan pada tahun 2010.
Ayahanda Cg Hj Amin Hamzah menurunkan tandatangan sebagai tanda pengiktirafan
Wallahua'lam.
Labels:
buku silibus,
info,
video silibus
Thursday, July 23, 2015
PERARAKAN SILAT SENI GAYONG 1970-AN
Salamun Alaik,
Wallahua'lam
Perarakan dipimpin oleh Allahyarhamah Cg Siti Kalsom
Cg Hj Amin Hamzah juga terlibat dalam Perarakan ini
Gambar-gambar diatas merupakan gambar PERARAKAN SILAT SENI GAYONG sewaktu menyambut Hari Kemerdekaan pada awal 1970-an. Kebelakangan ini ramai "KUMPULAN" yang mula mengaku gambar-gambar diatas merupakan gambar kumpulan mereka sewaktu Peristiwa 13 Mei dan ada juga yang menyalahgunakan gambar tersebut untuk tujuan politik murahan dan bersifat perkauman.
Inilah salah satu penyalahgunaan gambar diatas atas tujuan yang bersifat negatif
Wallahua'lam
Wednesday, July 22, 2015
SILIBUS GAYONG SERANTAU KELANTAN-Asas ke Pelangi Merah Chula 3
Salamun Alaik;
Inilah Silibus yang digunapakai oleh Jurulatih-Jurulatih Gayong Serantau Kelantan sebagai perkongsian dan makluman buat semua. Bagi Silibus Pelangi Kuning hingga ke HPCS 6 tidak dapat dikongsikan dalam blog ini kerana menjaga ADAB GURU dan KERAHSIAAN GAYONG.
Wallahua'lam.
Labels:
Silibus
CERTIFIED FITNESS INSTRUCTOR N.A.S.C
Salamun Alaik;
Bergambar kenangan bersama Dato Zaki di Gym Rakyat Labuan
Sijil CFI NASC
Sekadar makluman, saya adalah salah seorang CFI di bawah The National Association for Strength and Conditioning Research. Terima kasih kepada Dato Zaki Khan di atas segala tunjuk ajar dan bimbingan.
Wallahua'lam.
SALAM AIDILFITRI 2015
Salamun Alaik,
Dlm kerendahan hati, ada ketinggian budi,
Dlm kemiskinan harta, ada kekayaan jiwa,
Dlm kelembutan lidah ada juga keterlanjuran kata,
Dlm gurau dan senda tentu ada khilaf dan dosa.
MOHON AMPUN dan MAAF DI ATAS SEGALANYA…
Selamat Hari Raya Aidilfitri..Moga SILATTURRAHIM diberkati ALLAH SWT
"Taqaballahu minna wa minkum,Taqaballahu Ya Karim"
Dlm kerendahan hati, ada ketinggian budi,
Dlm kemiskinan harta, ada kekayaan jiwa,
Dlm kelembutan lidah ada juga keterlanjuran kata,
Dlm gurau dan senda tentu ada khilaf dan dosa.
MOHON AMPUN dan MAAF DI ATAS SEGALANYA…
Selamat Hari Raya Aidilfitri..Moga SILATTURRAHIM diberkati ALLAH SWT
"Taqaballahu minna wa minkum,Taqaballahu Ya Karim"
Labels:
Aidilfitri,
Hari Raya
Subscribe to:
Posts (Atom)


















































