Gambar Hiasan
Soalan:
tidak dinafikan dalam al-quran ada menyebut tentang kelebihan yang Allah kurniakan pada besi..tapi yang menjadi kemusykilan saya,memandi, mencuci dan perasap...apakah ianya tidak terdapat unsur yang menyalahi syariat? mohon pemilik blog ulaskan...terima kasih..
Jawapan saya:
Bagi saya, memandi,mencuci atau perasap keris ini tiada salahnya dan ianya tiada unsur2 yang menyalahi syariat sekiranya kita melakukan perbuatan ini dengan iman dan ilmu. Malah, kita sebagai bangsa Melayu sepatutnya berbangga kerana ilmu warisan nenek moyang kita ini telah membuktikan secara praktikalnya yang bangsa kita ini merupakan suatu bangsa yang cerdik dan bertamadun. Suatu bangsa yang hebat dalam pembuatan alat2 daripada logam, hebat dalam ilmu berpencak, mahir dalam ilmu perang, pandai dalam ilmu perubatan yg menggunakan herba dan unsur2 alam, pakar dalam ilmu falak dan pelbagai lagi disiplin ilmu. Namun saya tertarik juga dengan sikap bangsa kita yang penuh beradab, menghormati org tua dan sukakan kebersihan (walaupun sebelum kedatangan Islam ke Tanah Melayu).
Kenapa keris perlu dimandikan/dicuci dan diperasap?
Secara asasnya adalah supaya ianya bersih dari segala kekotoran (tanah atau darah?) dan membuang karat. Dan yang selebihnya bertujuan untuk;
1. Menyukarkan/menghalang besi keris mudah kembali berkarat.
2. Menambah bisa pada keris.
3. Menyanyangi keris kerana ianya adalah simbol maruah dan senjata (perkara asas yg perlu ada pada seorang lelaki pada zaman dahulu kala).
Tujuan asal kenapa orang2 tua dahulu memandi/mencuci/perasap keris sebenarnya anya tiada perkaitan langsung dengan soal-soal mistik seperti memanggil jin, bersahabat, atau melakukan ritual-ritual syirik dan khurafat yang bertujuan menarik duit, menjadi kebal, dan perbomohan. Hal-hal tersebut sebenarnya datang selepas daripada TUJUAN ASAL nya yang mana bertujuan bagi MEMBERSIH KERIS daripada unsur-unsur KEKOTORAN seperti darah selepas bertarung dan KARAT yang terbentuk daripada proses oksidasi secara alamiah.
Saya juga tertarik untuk berkongsi secara ringkas dengan sahabat2 sekalian bagaimana hebatnya nenek moyang kita mengaplikasikan ilmu sains (kimia) sepanjang proses mencuci dan memperasap keris.
1. Menggunakan limau nipis sebagai agen peluntur karat yang bersifat asid. Sebelum digosok dengan dengan limau nipis, kebiasaanya, keris ditusuk ke batang pisang terlebih dahulu supaya karat2 di permukaan terlekat pada getah batang pisang.
2. Kadang-kadang ada juga menggunakan nenas (juga bersifat asid yang mampu melunturkan karat).
3. Air kelapa yang bersifat alkali dan mampu meneutralkan asid daripada limau atau nenas agar tidak terus mengkakis besi.
4. Buluh sebagai bekas rendaman agar bisa buluh melekat dan mampu memberi kesan kepada musuh yang alah ilmunya dengan bahan berunsur buluh.
5. Air siraman dari 7 jenis bunga yang mengeluarkan bauan dan tidak bergetah. Ianya mampu menghidupkan besi dan menambahkan aura senjata berkenaan.
6. Kemenyan. Bertindak sebagai perfume supaya keris berbau harum dan juga sebagai agen penghalang karat dengan getahnya mampu melapisi permukaan keris.
7. ASAP KEMENYAN. Ini yang paling sensitif! Sebenarnya kemenyan suatu sumber yang "hampir" dengan bangsa kita sepertimana buah kelapa dan daun sireh. Dalam keadaan zaman dahulu yang tiada bahan pewangi seperti zaman sekarang, kemenyan lah jadi bahan pewanginya. Selain itu, perasap keris amatlah penting kerana asap yang panas itu mampu mengeringkan air (air kelapa atau air siraman bunga) dengan segera pada permukaan keris bagi mengelakkan karat. Maknanya, menghalang salah satu faktor karat iaitu kehadiran air. dan kemenyan itu juga akan menyeliputi keseluruhan permukaan keris bagi mengelakan contact dengan udara yang juga sebagai agen pengaratan.
Inilah kaedah tradisi yang diperturunkan oleh nenek moyang kita. Suatu kaedah yang praktikal dan berkesan serta sesuai dengan zamannya ketika itu. Namun di zaman sekarang, dengan ilmu dan alat2 yang sesuai, tidak salah untuk mengubah kaedah tradisi tersebut dengan kaedah-kaedah moden yang semestinya lebih ringkas dan cepat. Gunalah sabun dan berus bagi menanggalkan karat2. Untuk proses pengeringan, boleh gunakan hair dryer. Bagi mengelakkan karat pula boleh juga gunakan lilin yang dipanaskan.
Kesimpulannya, tujuan asal kaedah memandi/mencuci dan memperasap keris ini sebenarnya tiada kaitannya dengan amalan2 pemujaan yang jelas mensyirikkan Allah SWT. Hanya golongan-golongan yang tertentu dan jahil sahaja yang telah merosakkan amalan ini dengan kaedah yang sesat lagi menyesatkan. Apa yang penting adalah ILMU. untuk dapatkan ilmu pastinya perlu berguru. Bila dah belajar dan tahu sebab asbabnya maka tiadalah lagi keraguan bagi segala yang dihairankan. Itulah Bangsa Melayu, suatu bangsa bukan sahaja hebat dalam pembuatan senjata yang bersumberkan besi, tetapi juga hebat dalam soal menjaga dan memastikan senjata ini sentiasa berbisa dan tidak sesekali tunduk dengan musuh utamanya iaitu karat!
Semoga ulasan saya ini mampu menjawab kemusykilan sedara yang bertanya.
link yang berkaitan http://khalifahgayong.wordpress.com/2010/02/12/pelihara-keris-dan-menjaga-akidah/
ebooks tentang keris http://chulahitam.blogspot.com/2011/03/permintaan-e-book.html
Wallahua'lam
terima kasih pada cg.azizan..satu lagi kemusykilan saya.. seringkali kita dengar tentang keris lama yang kerap dikatakan "mengganggu" anak cucu yang menyebabkan anak cucu itu menangis tidak henti2..dan apabila di selidik ternyata gangguan itu dari keris lama yang dikatakan berpenunggu dan gangguan itu berlaku disebabkan pemiliknya telah meninggal dunia..maka disebabkan tiada lagi adat istiadat mencuci, memandi dan memperasap keris..menjadi penyebab kepada gangguan itu..minta cg.azizan ulaskan atas kemusyilan yang sentiasa bermain di fikiran kebanyakan orang...
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteTuan..kalau mandi keris, semata-mata nak cuci..hanya guna limau.. Tp x guna yg lain..air kelapa dn sbgainya... Akan merosakkan besi tak
ReplyDelete