Pejuang Warisan Seni Beladiri Melayu

SELAMAT DATANG KE BLOG GELANGGANG PERSANTA NALA

Sunday, March 13, 2011

KAJIAN ILMIAH - KAEDAH MENDOKUMENTASIKAN SECARA AKADEMIK

Salamun Alaik......

Tesis Universiti yang berkaitan Silat Seni Gayong

Sudah sampai masanya segala ilmu dan hal ehwal sesuatu perguruan silat didokumentasikan dalam bentuk bahan2 bacaan ilmiah. Tidak kiralah dalam apa jua bentuk sekalipun spt Thesis, Jurnal, Buku Teks, Bahan Bacaan, Multimedia Interaktif dan sbg nya. Apa yang penting, ianya adalah rasmi dari Pertubuhan atau dari thesis Universiti yang mana segala isi kandungannya boleh dijadikan sebagai bahan rujukan yang SAH.

Memang tidak dapat dinafikan yang Silat Melayu keterbelakangan sedikit berbanding Seni Beladiri luar dalam aspek ini yang sememangnya sejak zaman berzaman telah mendokumentasikan segala pelajaran,sejarah dan hal ehwal disiplin beladiri mereka. Bahan bacaan tentang seni beladiri luar banyak tersimpan di perpustakaan2  awam dan ianya juga banyak dijual di toko2 buku di seluruh Malaysia.
Siapa sebenarnya yang perlu dipertanggungjawabkan dalam hal ini?Mahaguru...Guru Utama...Guru Tua..... Jurulatih.....ahli akademik......pelajar universiti......murid lama....murid baru.....orang awam......atau bangsa asing??????? Cukuplah sejarah bangsa kita yang telah diperkosa oleh bangsa panjajah! Banyak fakta yang telah disembunyi dan diputarbelitkan agar bangsa Melayu generasi baru merasakan yg bangsa Melayu ini lemah dan dungu.........Cukuplah sekali ianya berlaku pada maruah bangsa kita. Oleh yang demikian, tanggungjawab mendokumentasikan segala sejarah dan perihal Silat ini adalah terletak pada setiap kita yang berbangsa Melayu/Jawi. Ingatlah, dengan sedikit usaha kita pada hari ini, impaknya adalah besar buat generasi masa hadapan.

Berikut disertakan beberapa cover buku2 dan bahan ilmiah tentang Silat yang berada di pasaran;



Wallahua'lam

Wednesday, March 9, 2011

SALASILAH NABI/RASUL

Salamun Alaik

Sebagai panduan untuk kita semua.......




Wallahua'lam

Monday, March 7, 2011

HITAM TANDA BAYANG?????

Salamun Alaik......

Warna memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian kita. Setiap manusia pastinya ada pilihan warna2 tertentu sebagai warna kegemarannya. Tak terkecuali juga,warna digunakan dalam menentukan konsep, meluahkan sifat, penampilan diri, mengindahkan sesuatu, dan juga sebagai panduan. Di dalam Al-Quran juga, ada warna-warna tertentu dinyatakan (7 warna semuanya kalau xsilap). Ini menunjukkan yang warna begitu sinonim dengan kehidupan. Jika merujuk kepada Sirah Baginda, Nabi Muhammad SAW begitu berhati hati dalam memilih warna pakaian. Sebagai contoh, Baginda SAW memakai serban berwarna hitam sewaktu pembukaan Kota Mekah,namun warna putih dan hijau tetap menjadi warna kesukaan Baginda SAW. Dan yang pastinya,"Tidak AKU jadikan sesuatu itu sia - sia".....


Tidak terkecuali dalam Silat Seni Gayong, warna dijadikan panduan kepada tahap bengkong seseorang pesilat berdasarkan peringkat pelajarannya. Sebanyak 5 warna dipilih dengan isyaratnya seperti;

1. Putih - Ibarat kain putih yg belum dicorak. Bersedia menerima ilmu-ilmu dari Gurulatih.
2. Hijau - Ilmu telah dipelajari namun belum matang ibarat pucuk dedaun yang menghijau.
3. Merah - Ilmu yang telah matang ibarat buah yang telah masak ranum.pesilat pd peringkat ini juga digambarkan mempunyai semangat yang merah membara.
4. Kuning - Ilmu yang matang disulami dengan adat - adat Melayu yang penuh berseni. Lebih bersifat tenang dan memimpin.
5. Hitam - Rahsia/ Bayang. Kenapa Rahsia dan kenapa Bayang? Sesungguhnya perumpamaan Bayang itu sendiri adalah Rahsia Ibu Gayong yang sebenar. Maka di sini lah bermulanya ilmu Gerak Bayang yang menjadi ILMU TERAHSIA dalam segala ilmu SILAT SENI GAYONG.........Bagaimana bentuk ILMU ini? Ayuhlah kita mulakan PENCARIAN. Semoga anda semua akan berjumpa HAKIKAT ILMU melalui wadah SILAT SENI GAYONG ini.........


Wallahua'lam

Friday, March 4, 2011

CARA MEMAKAI SELENDANG MERAH

Salamun Alaik,

Seringkali kita mendengar tentang selendang merah. Ia banyak merujuk kepada tentera Kiyai Salleh sewaktu peristiwa 13 Mei. Dalam Keilmuan Gayong pula,ianya dipanggil SELENDANG PERANG. Selendang Merah @ Selendang Perang ini dipakai sebagai tanda pengenalan diri dan untuk mendapatkan beberapa ilmu hikmah. Selain Ayat Perang (Ayat 4) sebagai amalan pengisian diri, pemakai selendang merah akan membaca beberapa potong ayat sebelum menyarung selendang tersebut ke tubuh mereka.

Ayatnya adalah seperti berikut;
1. Bismillahi majre'ha wa mursaaha 3X
2. Salamun 'ala Nuhin fil'alamin 3X
3. Salamun Qaulammir Rabbir Rahim 3X
4. Bismillahir Rahmanir Rahim.....Innallazi farado 'alaikal Qur'ana La raadduka ilaa ma'ad

Kemudian Pasak Diri dengan makrifat Kalimah;
1. Allah di dada
2. Hu di dada (bawah Kalimah Allah)
3. Lailahaillallah (La di bahu kanan,ilah di belakang tengkok, illa di bahu kiri dan Allah di leher hadapan)
4. MuhammadarRasulullah di sekeliling tubuh

Nota Penulis pada tahun 90-an
Pemakai Selendang Merah juga di syorkan mengamalkan zikir-zikir tertentu sebagai pakaian diri. Antaranya;
1. Ah ( Zikir Zat - Rahsia )
2. Hu ( Zikir Sifat - Nyawa )
3. Allah ( Zikir Asma' - Hati )
4 Lailahaillallah ( Zikir Af'al - Tubuh )
* setiap satu sebanyak 10 000X sehari semalam
Almarhum Mahaguru Gayong duduk di sebelah KANAN manakala Allahyarham Kiyai Salleh duduk di sebelah kiri.
Petikan gambar di atas membuktikan ADA HUBUNGAN diantara Almarhum Mahaguru Gayong dengan Allahyarham Kiyai Salleh. Jika ada antara AMALAN SELENDANG PERANG GAYONG dan AMALAN SELEMPANG MERAH sama atau ada persamaan, maka diharapkan pihak2 tertentu agar BERLAPANG DADA dan BERSANGKA BAIK. Itu adalah sebaik2 tindakan.

Amalan Selendang Merah  bersanadkan Allahyarham Kiyai Salleh dari Sheikh Fadhil Bentan manakala Amalan Selendang Perang bersanadkan Almarhum Tengku Daeng Meor Rahman dari Nenda sebelah Bonda beliau iaitu Syed Zainal bin Syed Idris Al-Attas yang dikenali juga dengan Tok Janai (Pendekar Pahang yang seangkatan dengan Dato Bahaman dan Mat Kilau) dari Daeng Ambok Solok yang berasal dari Jambi, Sumatera.

Wallahua'lam

Wednesday, March 2, 2011

MENTERA GAYONG - AYAT PERANG

Salamun Alaik....

Bagi saya,Mentera Perang Gayong cukup tinggi maksud tersiratnya. Mentera ini mengajak anak2 Gayong untuk menjadi berani menegakkan ISLAM dan membantu sesama umat ISLAM sejagat. Di sinilah terbitnya slogan FISABILILLAH....... Hayatilah 2 baris Mantera Perang ini;

....
Aku berjuang Melindungi Agamaku
Aku berjuang Melindungi Umat Muhammad
....

*untuk mendapatkan Mentera Perang yang lengkap bolehlah mengambil ijazah dengan mana2 Guru Gayong yang berkelayakan


Wallahua'lam


Tuesday, March 1, 2011

MAKSUD DI SEBALIK LAFAZ "ZAT"

Salamun Alaik.....

Pernahkah anak2 Gayong semua terfikir di benak fikiran anda maksud kalimah "ZAT" yang sering dilafazkan sewaktu berGAYONG?Adakah ianya semata2 sebutan atau ada rahsia disebaliknya? Ayuh sama2 kita rungkaikan........


Wallahua'lam

Wednesday, February 23, 2011

PERLUKAH SENI CENDAI DIKHATAMKAN?

Salamun Alaik,

Sebagaimana Seni Keris dan Seni Lembing yang terkenal dengan upacara khatamnya,persoalan di sini bagaimana pula dengan Seni Cendai?Pernahkah anak2 Gayong semua melihat upacara Perkhataman Cendai. Kalau Seni Keris di Laut dan Seni Lembing di Air Tejun,di manakah lokasi perkhataman Cendai? Ataupun Seni Cendai memang tiada Majlis Khatamnya? Pernahkah anak2 Gayong semua diijazahkan amalan Seni Keris ( Amalan Hang Tuah) atau pun amalan Seni Lembing (Amalan Megat Terawis) selepas anak2 Gayong semua ikut serta dalam Majlis Perkhataman Seni2 tersebut? Bagaimana pula dengan Amalan Cendai?Amalan Sundang? Ayuhlah kita sama2 membongkar Rahsia2 Gayong yang masih tersimpan di dalam dada2 Guru2 Tua.......

Wallahua'lam

Monday, February 14, 2011

LAWATAN MUHIBBAH PENGERUSI MAJLIS GURULATIH GAYONG SABAH

Salamun 'Alaik,

Pada 14 Februari (Isnin), saudara Amir Fadhli selaku Pengerusi Majlis Gurulatih Gayong Sabah telah bertandang ke Labuan atas urusan kerja beliau.Namun dikesempatan masa yang diizinkan Allah SWT, kunjungan beliau telah disambut oleh Pimpinan Gayong Labuan. Banyak perkara yang dibincangkan antara saudara Amir dengan pihak Gayong Labuan. Dan disebelah petangnya,saudara Amir telah turun padang melihat anak2 Gayong di gelanggang saya sedang berlatih (latihan tidak formal). Anak2 Gayong gelanggang SM Sains Labuan cukup bertuah apabila saudara Amir sudi untuk menunjukkan selangkah dua sebagai buah tangan dari beliau.




Wassalam

Saturday, February 12, 2011

ASAS TTS Perkhemahan Unit Uniform 2011

Salam,

Pada 11 Februari 2011(Jumaat), saya telah dijemput untuk memberi Bengkel Asas Tempur Tanpa Senjata bagi peserta2 yang mengikuti Perkhemahan Unit Uniform bertempat di Pusat Kokurikulum Jabatan Pelajaran WP Labuan.
















Wassalam

Friday, February 11, 2011

WAFAK ASHABUL KAHFI

Salam semua,

Al-Ustaz Syed Muhammad Haqqi An-Nazili di dalam kitabnya yang mashyur 'Khazinatul Asrar Jalilatul Azkar' ada menyatakan telah berkata Al-Imam An-Nisaburi daripada Ibnu Abbas r.a bahawa nama2 Ashabul Kahfi boleh digunakan untuk membuat permohonan, mengelakkan dan memadamkan api. Ia ditulis dicuping kertas lalu dicampak ditengah2 api yg sedang marak dan untuk memberhentikan kanak2 yang menangis lalu diletakkan di bawah kepalanya. Dan untuk tanaman, menyembukan dari demam, untuk jadi kaya raya, mulia dipandang orang, untuk wanita sukar bersalin, elak drpd harta dicuri dan menyelamatkan drpd kena bunuh.

*Wafaq Ashabul Kahfi ini saya perolehi dari Kitab Pengubatan Al-Quran(Ayat 33) yang disusun oleh Ustaz Hj Abdul Halim bin Hj Mohd Saud

Wallahua'lam

KISAH ASHABUL KAHFI

Salam semua,

Kisah ashabul kahfi (yang bermaksud penghuni-penghuni gua) diceritakan oleh Allah dengan panjang lebar di dalam surah al-Kahfi, bermula dari ayat 9 hingga ayat 26 (iaitu kira-kira 15 ayat). Sebab turun ayat-ayat yang menceritakan kisah dalam surah al-Kahfi ini sebagaimana yang diceritakan oleh ulama’-ulama’ tafsir ialah;

“Paderi-paderi yahudi berhasrat untuk menguji Nabi Muhammad s.a.w. sama ada ia benar-benar seorang Nabi atau tidak. Lalu mereka menyuruh orang-orang musyrikin supaya menguji baginda dengan bertanyakan tiga kisah yang ajaib yang berlaku pada zaman dahulu iaitu;

1. Kisah pemuda-pemuda yang bersembunyi dalam gua iaitu kisah ashabul Kahfi.
2. Kisah seorang raja adil yang mengelilingi dunia (timur dan barat) iaitulah Iskandar Zulkarnain.
3. Kisah tentang hakikat ruh.

Setelah 15 hari Rasulullah s.a.w. menunggu, maka turunlah wahyu menceritakan ketiga-tiga kisah tersebut”.

Allah memulakan penceritaan dengan membentangkan rasa takjub manusia tentang kisah ini walaupun sebenarnya mereka tidak perlu rasa takjub kerana ia datang dari kudrat Allah, bahkan di sana terdapat banyak lagi tanda-tanda kekuasaan Allah yang lebih hebat dari peristiwa ini (seperti penciptaan langit dan bumi, penciptaan nabi Adam dan sebagainya). Firman Allah;

“Adakah engkau menyangka (wahai Muhammad), bahawa kisah ‘ashabul kahfi’ (penghuni gua) dan ‘ar-raqiim’ (anjing mereka) termasuk antara tanda-tanda-tanda kekuasaan Kami yang menakjubkan? (Ingatlah) tatkala pemuda-pemuda itu mencari tempat berlindung ke dalam gua lalu mereka berdo`a: "Wahai Tuhan kami berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini)”. (al-Kahfi: 9)

Ashabul kahfi (penghuni-penguni gua) yang dimaksudkan dalam ayat di atas –menurut para ulama’- terdiri dari tujuh orang pemuda iaitu;

1. Maksalmina
2. Tamlikha
3. Martunus
4. Bainunus atau Nainunus
5. Sarbunus
6. Dzunuanus
7. Kasyfitatanunus

Bersama mereka seekor anjing bernama Qitmir mengekori mereka.

Pemuda-pemuda ini beriman kepada Allah di tengah kekufuran kaum dan bangsa mereka. Identiti mereka sebagai pemuda yang beriman diakui oleh Allah dengan firmanNya;

“Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka dan Kami tambahkan kepada mereka petunjuk”. (al-Kahfi: 13)

Menurut ahli sejarah, kisah ini berlaku pada zaman sebelum kedatangan Islam di satu negeri bernama Afsus yang terletak di Turki (ada pendapat menyatakan di Jordan, dan ada juga mengatakan di Syria). Asalnya penduduk negeri itu beriman kepada Allah dan beribadat mengesakanNya. Namun keadaan berubah selepas kedatangan seorang raja bernama Diqyanus. Raja ini menganut fahaman kufur/berhala dan ia memaksa rakyat di bawah pemerintahannya supaya murtad dari agama Allah yang dibawa Nabi Isa a.s. dan bertukar kepada agama kufur/berhala yang dianutinya. Rakyat yang takut dengan ancaman dan siksaan raja itu terpaksa akur dengan arahan yang zalim itu.

Namun tujuh pemuda beriman tadi tidak mahu tunduk dengan tekanan raja kafir itu. Mereka tetap teguh mempertahankan aqidah mereka walaupun menyedari nyawa dan diri mereka mungkin terancam dengan berbuat demikian. Akhirnya mereka dipanggil mengadap raja itu. Di hadapan raja yang zalim itu, mereka dengan penuh berani dan bersemangat berhujjah mempertahankan iman dan prinsip aqidah ilahi yang mereka yakini. Allah berfirman menceritakan peristiwa mereka berhujjah;

“Dan Kami telah meneguhkan hati mereka di waktu mereka berdiri (di hadapan raja) lalu mereka berkata (membentangkan hujjah kepada raja): "Tuhan kami adalah Tuhan langit dan bumi; kami sekali-kali tidak menyeru Tuhan selain Dia, sesungguhnya kami kalau demikian telah mengucapkan perkataan yang amat jauh dari kebenaran. Kaum kami ini telah menjadikan selain Dia sebagai tuhan-tuhan (untuk di sembah). Mengapa mereka tidak mengemukakan alasan yang terang (tentang kepercayaan mereka?) Siapakah yang lebih zalim daripada orang-orang yang mengada-adakan kebohongan terhadap Allah?”. (al-Kahfi: 14-15)

Walaupun tidak mampu menjawab hujjah-hujjah yang mantap dari pemuda-pemuda beriman ini, raja yang kufur dan zalim itu tetap berkeras mahu mereka murtad dari agama mereka. Ia memberikan tempoh beberapa hari kepada mereka. Jika selepas tempoh itu pemuda-pemuda ini tetap berkeras, maka mereka akan dimurtadkan secara paksa atau akan dibunuh.

Kerana sayangkan aqidah dan agama mereka, pemuda-pemuda ini bermesyuarat sesama mereka untuk mencari keputusan yang muafakat; apakah tindakan yang sepatutnya diambil untuk mempertahankan diri dan juga agama mereka? Akhirnya mereka memutuskan untuk lari bersembunyi dan berlindung di dalam gua di kawasan pedalaman/kampung. Firman Allah;

“Dan oleh kerana kamu telah mengasingkan diri dari mereka dan dari apa yang mereka sembah selain Allah, maka pergilah kamu berlindung di gua itu, supaya Tuhan kamu melimpahkan dari rahmat-Nya kepada kamu dan menyediakan kemudahan-kemudahan untuk menjayakan urusan kamu dengan memberi bantuan yang berguna”. (al-Kahfi: 16)

Mereka lari ke pedalaman di kawasan pergunungan bernama Nikhayus. Di situ terdapat sebuah gua dan di situlah mereka bersembunyi dan berlindung. Kebetulan semasa perjalanan mereka ke situ mereka telah diekori oleh seekor anjing bernama ar-raqiim. Maka anjing itu turut bersama-sama dengan mereka berlindung dan menetap di gua itu.

Di dalam gua itu mereka diberi ketenangan dan ketenteraman oleh Allah. Ia telah menidurkan mereka dengan nyenyak dalam gua tersebut. Firman Alalh menceritakan tentang mereka di dalam gua;

“Lalu Kami tidurkan mereka dengan nyenyaknya di dalam gua itu bertahun-tahun lamanya”. (al-Kahfi: 11).

Allah ingin menzahirkan bukti-bukti kekuasaanNya kepada hamba-hambaNya melalui peristiwa ini. Maka Allah telah mentakdirkan pemuda-pemuda ini tidur dalam jangka masa yang amat lama iaitu selama 300 tahun (mengikut perkiraan tahun Masihi) atau 309 tahun (mengikut tahun Hijrah).

“Dan mereka telah tinggal tidur dalam gua mereka selama tiga ratus tahun (dengan kiraan ahli Kitab), dan hendaklah kamu tambah sembilan tahun lagi (dengan kiraan kamu) (yakni menjadi 309 tahun)”. (al-Kahfi: 25)

Walaupun mereka tidur amat lama dan tanpa makan dan minum, tetapi dengan kuasa Allah, badan dan jasad mereka tidak hancur dan musnah. Bahkan Allah menyatakan bahawa; jika kita lihat keadaan mereka di dalam gua itu nescaya kita tidak akan percaya bahawa mereka sedang tidur.

“Dan engkau sangka mereka sedar padahal mereka tidur; dan Kami balik-balikkan mereka dalam tidurnya ke sebelah kanan dan ke sebelah kiri (supaya badan mereka tidak dimakan tanah), sedang anjing mereka mengunjurkan kedua lengannya di muka pintu gua. Dan jika kamu menyaksikan mereka tentulah kamu akan berpaling dari mereka dengan melarikan (diri) dan tentulah (hati) kamu akan dipenuhi dengan ketakutan terhadap mereka”. (al-Kahfi: 18)

Setelah sampai tempoh yang ditetapkan Allah (iaitu 300 tahun atau 309 tahun), mereka dibangunkan. Ketika mereka bangun mereka sendiri tidak menyedari bahawa mereka tidur dalam jangka masa yang amat lama. Mereka menyangka mereka hanya tidur dalam masa sehari atau separuh hari sahaja.

“Berkatalah salah seorang di antara mereka: "Sudah berapa lamakah kamu berada (di sini?)". Mereka menjawab: "Kita berada (di sini) sehari atau setengah hari….”. (al-Kahfi: 19)


Wallahua'lam

Thursday, February 10, 2011

AMALAN PENDEKAR - AYAT 7 KUN


Salam,

Ayat 7 Kun dipetik daripada ayat2 Al-Quran yang mengandungi perkataan KUN FAYAKUN. Terdapat 7 kesemuanya dan disusun mengikut tertib Surah. Fadhilat Ayat 7 KUN ini bergantung kepada niat pengamalnya;

117. Allah Pencipta langit dan bumi, dan bila dia berkehendak (untuk menciptakan) sesuatu, Maka (cukuplah) dia Hanya mengatakan kepadanya: "Jadilah!" lalu jadilah ia.

47. Maryam berkata: "Ya Tuhanku, betapa mungkin Aku mempunyai anak, padahal Aku belum pernah disentuh oleh seorang laki-lakipun." Allah berfirman (dengan perantaraan Jibril): "Demikianlah Allah menciptakan apa yang dikehendaki-Nya. apabila Allah berkehendak menetapkan sesuatu, Maka Allah Hanya cukup Berkata kepadanya: "Jadilah", lalu jadilah Dia.

59. Sesungguhnya misal (penciptaan) Isa di sisi Allah, adalah seperti (penciptaan) Adam. Allah menciptakan Adam dari tanah, Kemudian Allah berfirman kepadanya: "Jadilah" (seorang manusia), Maka jadilah Dia.

73. Dan dialah yang menciptakan langit dan bumi dengan benar. dan benarlah perkataan-Nya di waktu dia mengatakan: "Jadilah, lalu terjadilah", dan di tangan-Nyalah segala kekuasaan di waktu sangkakala ditiup. dia mengetahui yang ghaib dan yang nampak. dan dialah yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui.

40. Sesungguhnya perkataan kami terhadap sesuatu apabila kami menghendakinya, kami Hanya mengatakan kepadanya: "kun (jadilah)", Maka jadilah ia.

35. Tidak layak bagi Allah mempunyai anak, Maha Suci Dia. apabila dia Telah menetapkan sesuatu, Maka dia Hanya Berkata kepadanya: "Jadilah", Maka jadilah ia.

82. Sesungguhnya keadaan-Nya apabila dia menghendaki sesuatu hanyalah Berkata kepadanya: "Jadilah!" Maka terjadilah ia.



Wallahua'lam

Wednesday, February 9, 2011

PETIKAN KITAB MUJARROBAT (IBNU ARABI) - KHASIAT HURUF ALIF


Salam semua,

Sebagai perkongsian ilmu,saya memetik isi dalam Kitab Mujarrobat karangan Ibnu Arabi berkenaan khasiat huruf "ALIF".

"Antaranya untuk kefahaman dan mempermudahkan semua urusan, sesiapa yang menulis huruf Alif seribu kali di atas sesuatu yang lembut dan suci pada jam pertama hari Ahad kemudian digantung di hatinya(dada),dia akan dapat perkara tersebut, tetapi perkara ini tidak akan tercapai kecuali orang yang membuang sifat-sifat tercela pada dirinya"

"Huruf ini mempunyai bentuk hebat. Sesiapa yang meletakkannya di badan halus(ruh) pada masa pertama hari Jumaat tatkala bulan mengambang dengan penuh perhatian dan dia lihat setiap harisekali sambil membaca Fasayakfikahumullah,wahuwas sami'ul 'alim, Allah akan melindungi dia dari orang yang sangat zalim,syaitan yang liat serta dilindungi dari perkara-perkara yang ditakuti dan diberi rezeki dengan tidak disangka-sangka. Amalan ini sesuai untuk raja-raja,pemerintah-pemerintah,orang kaya dan miskin. Pemakai amalan ini juga akan disukai orang ramai. Amalan ini mempunyai rahsia-rahsia yang tidak dapat diselongkar kecuali Ahlullah yang benar2 mantap."

"Pemakainya terselamat dari kecurian,tenggelam dan kebakaran. Apabila dia turun ke medan perang dia tidak akan kalah atau ditikam atau seumpamanya,musuh-musuhnya akan kalah ditangannya dengan izin Allah. Ditulis sekelilingnya 66 nama Tuhan(Allah) dan ia dalam bulatan dan beginilah gambarajahnya;"

Wallaua'lam

Tuesday, February 8, 2011

MENTERA GAYONG - TIDUR


Salam semua,

Mentera di baca sebagai doa dan salah satu kaedah bermuhasabah diri......kenal pengharapan hamba kepada KHALIK nya...........

Wallahua'lam

Monday, February 7, 2011

MENTERA GAYONG - MANDI

Salam semua,

Mentera Mandi bukan semata2 untuk dilafazkan sewaktu untuk mandi tetapi ianya diajar kepada anak2 Gayong agar memahami maksud/hakikat baris-baris ayat mentera tersebut. Sebenarnya, ia berkaitan dengan ilmu asal usul atau dipanggil hakikat insan.
Baris Pertama : Rahsia Kun Fayakun
Baris ke-2 : Berkaitan Hakikat Nur Muhammad
Baris ke-3 : Rahsia Huruf Ba' (Abu Basyar)
Baris ke-4 : Rahsia Huruf Lam Jalallah
Baris ke-5 : Rahsia Titik pada Ba'
Baris ke-6 : Rahsia Zauq/Fana Illallah
Baris ke-7 : Rahsia Asma' dan Sifat Allah
Baris ke-8 : Rahsia Makrifatullah

Wallahua'lam

MENTERA GAYONG - PULIH BADAN

Salam,

Mentera Pulih Badan dibaca ketika hendak melumur minyak panas@urut ke tubuh pesilat. Kebiasaannya dibaca sewaktu Upacara Mandi Minyak;


Wallahua'lam

Friday, February 4, 2011

AYAT BENGKONG


Salam semua,

Amalan yang pakai oleh pendekar silam ketika mula melilitkan bengkong di pinggang. Di baca ayat dari Surah At-Thoriq di bawah sehingga ......Amhilhum (tahan nafas serentak sentap ikatan bengkong dengan kuat dengan niat kunci diri dan gelanggang serta anak2 murid dari serangan anasir2 jahat).Ikat sehingga selesai. Setelah selesai berlatih,ketika saat untuk merungkai lilitan bengkong,tarik nafas dan habiskan ayat seterusnya dengan menyebut "ruwaidaa" sambil melepaskan nafas (serapkan perasaan syukur kerana mendapat pertolongan dari Allah SWT sepanjang latihan silat).Ini bacaannya;


Wallahua'lam

AYAT TANJAK


Salam semua,

Ayat ini dibaca ketika para pendekar mengenakan tanjak sebagai usaha menangkis dari segala ancaman musuh;

Wallahua'lam

Thursday, February 3, 2011

PETIKAN DARI KITAB PATI RAHSIA #1

( NAMA ALLAH YANG MAHA BESAR LAGI MAHA TINGGI )
Sa-nya Allah s.w.t. ada mempunyai – 3000 (Tiga Ribu) nama iaitu :
(1) Sebanyak – 1000 (Seribu) nama – Allah taala memberi ketahui kepada malaikat-malaikat sahaja.
(2) Sebanyak – 1000 (Seribu) nama – Allah taala memberi ketahui kepada Nabi-nabi sahaja
(3) Sebanyak – 300 (Tiga Ratus) nama ada teresebut didalam Al-Taurat.
(4) Sebanyak – 300 (Tiga Ratus) nama ada teresebut didalam Al-Injil.
(5) Sebanyak – 300 (Tiga Ratus) nama ada teresebut didalam Az-Zabur.
(6) Sebanyak – 99 (Sembilan Puluh Sembilan) nama ada tersebut didalam Al-Qur’an.
Dan -1- (Satu) khas tersimpan dalam pengetahuan Allah s.w.t.
Sekalian makna nama-nama Allah taala yang – 3000 (Tiga Ribu) itu ada terkandung didalam ayat ( بسم الله الرحمن الرحيم ) dan jika siapa-siapa membaca ‘بسم الله الرحمن الرحيم’ nescaya mengurnia Allah s.w.t. kepadanya akan balasan pahala sebanyak pahala yang dikurniakan kepada orang yang membaca sekalian nama Allah s.w.t. yang 3000 (tiga ribu) itu.
Siapa-siapa banyak membaca : ‘بسم الله الرحمن الرحيم’ pada mana-mana perkara yang diahajati istimewa pula pada mendapatkan rezeki. Nescaya memudah Allah taala kepadanya dan mengurnia Allah taala hebat pada hati mereka-mereka yang memandang kepadanya.
Siapa-siapa membaca: ‘ بسم الله الرحمن الرحيم ’–21 (Dua Puluh Satu)- kali ketika hendak tidur terpeliharalah pada malam itu daripada Syaitan dan daripada kejahatan Manusia dan Jin dan daripada Kecurian dan Kebakaran, dan selamat daripada Mati Terkejut, dan terjauh daripada Bala’ dan Penyakit.
Jika dibaca : ‘ بسم الله الرحمن الرحيم ’-100 (Seratus) – kali selama (7) tujuh hari berturut-turut pada mana-mana Penyakit ataupun pada orang yang kena Sihir nescaya sembuh orang itu daripada Sihir dan Penyakitnya.
Siapa-siapa banyak membaca : ‘ بسم الله الرحمن الرحيم ’–113 (Seratus tiga Belas) – kali pada Jumaat ketika khatib di atas mimbar, kemudian berdoa’ bersama khatib, dan memohon daripada Allah Taala akan apa-apa hajat nescaya mengurnia Allah Taala apa-apa yang dipohonkan itu.
Siapa-siapa banyak membaca : ‘ بسم الله الرحمن الرحيم ’–313 (Tiga ratus Tiga Belas) Kali ketika terbit matahari pada hari Ahad dengan keadaan mengadap Qiblat nescaya Mengurnia Allah Taala kepadanya rezeki yang tiada terhingga banyaknya.
Siapa-siapa banyak membaca : ‘ بسم الله الرحمن الرحيم ’ – 787 (Tujuh Ratus Lapan Puluh Tujuh) kali dengan hati yang suci pada suatu perkara yang diredhai akan dia oleh Allah Taala atau pada mencapai sesuatu hajat, atau hendak menjauhkan apa-apa bala’ nescaya dapat dan berhasil apa-apa yang dipohonkannya.
Dan yang terlebih elok dibaca : ‘ بسم الله الرحمن الرحيم ’–sebanyak 787 (Tujuh Ratus Lapan Puluh Tujuh) kali itu ialah dibaca ketika berpuasa ditempat yang suci (berkhalwat) selama (7) Tujuh Hari berturut-turut, kerana kaifiat yang seperti ini terlebih diharap akan dapat dengan segera apa-apa yang dihajati.
Siapa-siapa membaca : ‘ بسم الله الرحمن الرحيم ’– 2500 (Dua Ribu Lima Ratus) kali tiap-tiap lepas sembahyang Subuh, selama (40) empat puluh hari berturut-turut sertaingat kepada fadhilat-fadhilat (kelebihannya) nescaya dibuka Allah Taala akan hatinya mudah mengetahui ilmu-ilmu.
Siapa-siapa sentiasa membaca : ‘ بسم الله الرحمن الرحيم ’– 1500 (Seribu Lima Ratus) kali pada tiap-tiap hari, nescaya dijadikan semua manusia bersetuju dengannya.
Siapa-siapa sentiasa membaca: ‘ بسم الله الرحمن الرحيم ’-1000(Seribu) kali pada tiap-tiap hari, mudahlah memperoleh apa-apa yang dikehendakinya.
Siapa-siapa membaca: ‘ بسم الله الرحمن الرحيم ’-1000(Seribu) kali pada tiap-tiap hari dan malam, terlepaslah daripada Bala’ dan Kesusahan.
Jika dibaca : ‘ بسم الله الرحمن الرحيم ’-1000(Seribu) pada suatu mangkuk air hujan, kemudian diberi minum kepada orang yang bodoh ketika terbit matahari berturut-turut tujuh pagi, teranglah hatinya dan mudah ingat apa-apa yang dipelajarinya.
Siapa-siapa yang mengekali membaca : ‘ بسم الله الرحمن الرحيم ’ketika memulai sesuatu pekerjaan atau ketika duduk, bangun, hendak berjalan, tidur, makan, mengambil wudu’, menulis, membaca dan lain-lainnya lagi, nescaya mempermudah Allah Taala baginya keluar nyawa ketika hendak mati dengan tidak merasai apa-apa kesakitan, dan fasih lidahnya menjawab apa-apa pertanyaan Munkar dan Nakir dan memperluas Allah Taala akan kuburnya dengan keadaan cahaya yang gilang gemilang, dan pada hari kiamat keluar dari kuburnya putih kulitnya dan bercahaya-cahaya dan dapatlah kebahagiaan dan kesenangan dan melalui titian dengan cepat seolah-olah seperti kilat lakunya masuk ke dalam syurga.
Siapa-siapa puasa 3 hari berturut-turut mulai hari Rabu, Khamis, Jumaat, serta pergi ke masjid pada hari Jumaat dengan keadaan yang bersih dan bersedekah sekadar yang boleh, kemudian apabila selesai sembahyang Jumaat, berdoa dgn doa :
" اللهم انى اسألك باسمك بسم الله الرحمن الرحيم الذي لا اله الا هو عالم الغيب والشهادة هو الرحمن الرحيم واسألك باسمك بسم الله الرحمن الرحيم, لا اله الا هو الحي القيوم لا تأخذه سنة ولا نوم الذي ملاءت عظمته السموات والأرض واسألك باسمك بسم الله الرحمن الرحيم الذي لا اله الا هوعنت له الوجوه وخضعت له الرقاب وخشعت له الابصار – ووجلت القلوب من خشيته, ذرفت منه العيون, ان "(sebut apa yang dihajati) تصلي على محمد وعلى ال محمد وان تعطينى حاجتي...
Nescaya dimakbulkan akan hajatnya oleh Allah Taala. Sabda Rasulullah s.a.w. ertinya: “ Allah Taala tiada menolak permintaan orang yang berdoa’ yang dimulai denganبسم الله الرحمن الرحيم “.
Sabda Rasulullah s.a.w. ertinya : siapa-siapa daripada kamu hendak menulis jadikanlah ‘ بسم الله الرحمن الرحيم ’ pada awal tulisan kamu. Dan lagi sabdanya : siapa-siapa menulis ‘ بسم الله الرحمن الرحيم ’ dengan tiada dihapus nescaya mengurnia Allah Taala kepada 1000 (seribu) kebajikan dan menghapuskan 1000 (seribu) kejahatan “.
Siapa menulis ‘ بسم الله الرحمن الرحيم ’ dengan tulisan yang elok kerana memuliakan Allah Taala, nescaya mengampun Allah Taala akan dosanya.
Siapa mengutip kertas yang ada padanya ‘ بسم الله الرحمن الرحيم ’ kerana takut terkena pijak, nescaya mengurnia Allah Taala kepadanya masuk kumpulan al-Siddiqin.
Dan setengah daripada tanda-tanda kelebihan ‘ بسم الله الرحمن الرحيم ’ itu ialah surah-surah dalam Al-Qur’an dimulai dengannya.
Jika ditulis ‘بسم الله الرحمن الرحيم’ – 21(Dua Puluh Satu) kali pada suatu kertas, kemudian diberi pakai kepada budak-budak kecil yang selalu terkejut ketika tidur, nescaya hilang penyakitnya itu.
Siapa- siapa menulis ‘بسم الله الرحمن الرحيم’ – 35 (Tiga Puluh Lima) kali pada suatu kertas, kemudian digantungkan dalam rumah, terpeliharalah rumah itu daripada Syaitan, Jin dan diberi kepadanya berkat yang banyak, dan memelihara oleh Allah akan hartanya dan usahanya serta terjauh daripada kesusahan.
Siapa- siapa menulis ‘بسم الله الرحمن الرحيم’ – 101 (Seratus satu) kali pada kertas putih, kemudian tanamkan dalam kebun, nescaya subur tumbuh-tumbuhannya dan terpelihara daripada musuh-musuhnya. Wallahua'lam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...