Pejuang Warisan Seni Beladiri Melayu

SELAMAT DATANG KE BLOG GELANGGANG PERSANTA NALA

Tuesday, October 7, 2014

SANDANG KEGURULATIHAN SILAT SENI GAYONG

Salamun Alaikum;

Di sini penulis ingin berkongsi Sandang Kegurulatihan Silat Seni Gayong daripada 2 sumber utama iaitu daripada PSSGM yang merujuk kepada Buku Adat yang telah diperkenankan oleh Arwah Pemegang Amanah Cg Siti Kalsom dan Cg Ahmad Lazim pada 2001 yang lepas dan daripada PSSPGM pimpinan Cg Abdul Majid. Semoga perkongsian ini dapat meleraikan sedikit kekeliruan dan menambahkan kefahaman buat semua anak-anak Gayong di seluruh pelusuk dunia. Harapan penulis adalah mencari sebanyak mungkin TITIK PERSAMAAN antara semua pertubuhan Gayong yang berpunca dari Almarhum Mahaguru Dato' Meor Rahman.

Wallahua'lam.

Saturday, September 27, 2014

E-BOOK SENI PISAU

Salamun Alaikum,

Bagi yang berminat untuk mengetahui dan mengkaji PELAJARAN Silat Seni Gayong yang terbahagi kepada 4 SUMBER UTAMA (Singapore, Kedah, Perak dan Sel/KL), InsyaALLAH E-Book ini boleh membantu untuk dijadikan sebagai RUJUKAN bagi Pelajaran Seni Pisau yang bersumberkan Pelajaran dari Pusat Latihan Tertinggi Ayer Kuning, Taiping. Sumber Guru adalah Ayahanda CIKGU AMIN HAMZAH. Namun silibusnya merangkumi Pelajaran bagi MURID GAYONG. Untuk Pelajaran SENI PISAU bagi TAHAP JURULATIH tidaklah dicatat di dalam E-Book ini. 





Sebagai BONUS, pembeli E-Book ini akan dibenarkan AKSES untuk melihat rakaman video bagi BUAH KUNCIAN PISAU sebanyak 21 buah.


Bagi pandangan penulis, antara KELEBIHAN Pelajaran yang bersumberkan dari Pusat Latihan Tertinggi Ayer Kuning adalah banyaknya PECAHAN PELAJARAN, TAMBAHAN PELAJARAN dan BUAH KUNCIAN yang pelbagai dan berbeza (kurangnya berulang buah yang sama).

Kepada yang berhajat bolehlah hubungi penulis melalui SMS atau Whatsapp di talian 013-9229394

Harga : RM30


Wallahua'lam.

Monday, September 22, 2014

E-BOOK TEKNIK SERANGAN DAN BELAAN KAKI

Salamun Alaikum,








 Anda dapat mengakses VIDEO sebagai rujukan tambahan. 

AlhamdulILLAH, edisi kemaskini E-BOOK TEKNIK SERANGAN DAN BELAAN KAKI telah pun siap sepenuhnya. Edisi ini ditambah dengan BUAH KAKI sebanyak 21 buah yang diambil daripada SILIBUS KEBANGSAAN (dapat pengesahan daripada Arwah Cg Kalsom selaku Waris Amanah Mutlak). Anda juga boleh mengakses VIDEO Buah Kaki ini melalui Google Drive penulis sebagai rujukan tambahan. Kepada yang berminat bolehlah menghubungi penulis melalui SMS atau WHATSAPP di talian 0139229394.

E-BOOK TEKNIK SERANGAN DAN BELAAN KAKI

- Perkongsian Ilmu berkaitan SENI KAKI secara ILMIAH.
- Nota Buah Kombat Kaki sebanyak 49 buah + Buah Kaki 21 buah (Buku Silibus Kebangsaan )
- Anda juga dibenarkan akses melalui google drive ambo Video Buah Kaki (Buku Silibus Kebangsaan) seperti yg tertera dlm gambar di bawah.
- Terminologi Teknik Kaki dalam Istilah Gayong, Melayu dan Inggeris (Taekwondo).


Harga : RM40.

Wassalam

Sunday, September 21, 2014

HIKMAH SARUNG DIRI

Salamun Alaik;
Demo kelar oleh penulis

Dalam konteks Keilmuan Silat Seni Gayong, terdapat HIKMAH SARUNG DIRI yang mana secara asasnya ia mampu melindungi tubuh zahir dan batin kita dari ancaman senjata tajam musuh. Terdapat 4 peringkat utama mengikut tertib peningkatan Ilmu iaitu;

1. Sarung Diri dari TETAK
2. Sarung Diri dari HIRIS
3. Sarung Diri dari TIKAM
4. Sarung Diri dari PELURU

Setiap kenaikan peringkat memerlukan UJIAN yang dilaksanakan oleh GURU untuk memastikan ianya telah "SEBATI" dengan Diri.

Antara Amalannya adalah;

AYAT HULUBALANG

1. La Tudrikul Absoru Wahuwa Yudrikul Absora Wahuwallatiful Khobir - 21x
2. Kammin fi atin Qolilatin gholabat fi atan Kasirotan Biiznillah - 3x
3. Wa Bi Haqqi; La Hau La Wala Quwwata Illa Billahil 'aliyyil 'azhim
    Wa Bi haqqi; Kaf Ha Ya Ain Sod , Ha Mim Ain Sin Kof
4. xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx - 21x


Amalan-amalan lain yang pernah dikongsi sebelum ini seperti;

AYAT KEBAL (TIADA LUT SENJATA TAJAM DARI SUMBER BESI)

1. Basmalah.
2. Laqadjaa akum.......'arshil 'azhim (senafas)
3. Hai Besi Saudara Aku, 
4. Aku Ketahui Asal Mulanya,
5. xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
6. Besi Muhammad Asal Mulanya.

*ulangi mentera 3x

AYAT PELEMBUT BESI @ MENGHADAPI BESI TAJAM

Aku xxxxxxx Nur Haq
xxxxxxxxx Aku - Ah! (di halkum)
Tiada harus engkau memakan Aku,
Hu Allah (Nafas),
xxxxxxxxxxxx

*pandang besi dan bacalah;

Assalamualaikum Ya Nabi Daud as........Wa Alanna Lahul Hadid (berulang-ulang kali)

AYAT PEMBIAS

1. Basmalah.
2. Alam Ya'ni lilazi na Amanu........xxxxxxxxxxx.
3. Ah! (Niat tubuh diliputi pendinding seperti perisai).

Namun ASASnya mestilah mempunyai TAUHID yang KUKUH. Dan sebenarnya semua hal Hikmah ini mampu diterangkan secara saintifik melalui FIZIK KUANTUM @ MEKANIK KUANTUM. Tiada yang mustahil sebenarnya. Apa yang penting setiap AMALAN yang hendak kita buat mestilah bertunjangkan ILMU dan FAHAM. 

Wallahua'lam.


Friday, September 19, 2014

KERIS SAUDARA PENDAWA LIMA

Salamun Alaik.



Inilah Keris Adat Ayahanda Amin Hamzah berlok 3, Berlidah dengan Ketandaan LAM ALIF. Keris ini telah "DIKAHWINKAN" dengan PENDAWA LIMA milik ALMARHUM DATO MEOR RAHMAN. Upacara dan kaedahnya disempurnakan oleh Almarhum dan disaksikan sendiri oleh Ayahanda Amin Hamzah. Begitulah serba sedikit kisah tentang KERIS ini yang bergelar SAUDARA PENDAWA LIMA.

Wallahua'lam.

Wednesday, September 10, 2014

HAK MAHAGURU

Salamun Alaik;





Salah satu HAK MAHAGURU adalah menerima sebahagian wang fidyah ADAT PERLIMAU TAPAK. Selepas pemergian beliau, ke mana HAK tersebut disalurkan? Adakah ianya diwartakan secara jelas? ataupun ianya disalurkan kepada Waris Amanah? atau Waris Zuriat? atau ke Tabung Lembaga Adat? atau disedekahkan? atau ke dalam "poket" Wakil Perlimau"? Persoalan ini hanya dilontarkan agar kita sama-sama CAKNA akan hal ini.

Wallahua'lam.

Friday, September 5, 2014

E-BOOK BELADIRI WANITA

Salamun Alaik;




Di kesempatan ini penulis ingin berkongsi E-Book Beladiri Wanita ini buat semua. E-Book ini ditulis pada 2005 dan telah digunakan sebagai sumber tambahan dalam beberapa siri seminar dan bengkel beladiri wanita yang telah penulis sendiri anjurkan. Semoga beroleh manfaat atas perkongsian ini.


Link E-Books Beladiri Wanita


Wassalam

Tuesday, August 26, 2014

PESANAN BUAT PEMBELI E-BOOKS KUPASAN ASAS GERAKAN

Salamun Alaik;
Segala isi yang disampaikan adalah merujuk kepada SILIBUS dan PELAJARAN yang telah disusun mengikut kesesuaian dan rujukan bagi Gurulatih Gayong Serantau Kelantan. Namun secara umumnya ianya tetap relevan berdasarkan KONSEP KEILMUAN GAYONG itu sendiri. E-Books ini sebenarnya telah dikemaskini bagi tujuan perkongsian bagi yang berhajat dengan jumlah 44 mukasurat berbanding versi asal sebanyak 77 mukasurat. Sekiranya terdapat bahagian-bahagian yang kurang jelas atau tergantung, itu adalah daripada kelemahan penulis sewaktu proses penyuntingan. Kepada yang inginkan penjelasan atau diskusi berkaitan isi yang dikongsikan bolehlah hubungi penulis melalui sms atau whatsapp di talian 0139229394.

Segala PETUA, AMALAN dan DOA yang dikongsikan di dalam E-Books ini juga saya IJAZAHkan secara IZIN AMAL dengan syarat telah menjalani Majlis Perlimau Sintuk Seni dan KHATAM QULHU.  

Semoga perkongsian ini menjadi wadah dalam pengembangan Ilmu dan memberi Faham buat semua pengamal-pengamal Silat Seni Gayong. 


Untuk melihat preview E-Books boleh klik di sini  https://docs.google.com/file/d/0B_S_lNoR5OWVY3hCelVtdjVRVlU/edit


Wassalam

Wednesday, August 20, 2014

E-BOOKS KUPASAN ASAS GERAKAN SILAT SENI GAYONG

Salamun Alaik;


AlhamdulILLAH,  Buku Kupasan Asas Gerakan Silat Seni Gayong telah siap sepenuhnya ditulis. Buku ini memberi FOKUS kepada KEFAHAMAN SEBENAR yang perlu dihayati dan diterapkan oleh setiap diri anak Gayong berkaitan ASAS GERAKAN. Ia banyak membincangkan kenapa dan mengapa ia AMAT PENTING bagi seseorang pesilat dalam konteks ZAHIRIAH dan BATINIAH. Walaupun masih ada hal-hal yang tidak dikupas sepenuhnya, namun ianya telah memadai bagi yang benar-benar ingin memahami RAHSIA bagi ASAS GERAKAN. Semoga penulisan ini dapat memberi manfaat kepada semua.


Untuk membaca E-Books ini bolehlah klik link di bawah. Hanya memaparkan 7 mukasurat daripada 44 mukasurat sebagai pengenalan.



Wassalam.

Thursday, August 14, 2014

SILSILAH KETURUNAN ALLAHYARHAM DATO MEOR ABDUL RAHMAN

Salamun Alaik;

NASAB IBU
Meor Abdul Rahman binti Sharifah Aluyah binti Syed Zainal Abidin (Tok Janai) ibni Syed Idris (Tok Moris) ibni Syed Hatta ibni Sultan Muzaffar III ibni Syarif Abu Bakar Syah ibni Sultan Muhyiddin Mansur Syah ibni Sultan Mahmud ibni Nai Hisbu Muadzam Syah ibni Sultan Zahiruddin Muhammad Syah I (Pengasas Empayar Mughal India bergelar Mahathammaraja Ayuthia).


NASAB BAPA
Meor Abdul Rahman bin Daeng Uda Mohd Hashim bin Daeng Tambak bin Daeng Kuning bin Daeng Merewah bin Daeng Rilaka (Opu Tendribuang Daeng Rilaka)  bin Daeng La Maddusila ( Raja Opu La Madusalat ) bin Daeng Raralwak (Opu Karaeng Daeng Raralwak) bin Sultan Hassanudin bin Sultan Malikus Said (Raja Makassar).

Wallahua'lam

Wednesday, August 13, 2014

SANDANG KEBESARAN SILAT SENI GAYONG

Salamun Alaik;


Petikan dari Buku Organisasi dan Kuasa Adat Silat Seni Gayong.



SANDANG KEBESARAN

Sandang Kebesaran Silat Seni Gayong melambangkan status, tanggungjawab dan bidangkuasa tertentu yang digariskan oleh Lembaga Beradat Agung atau selepas pemergian Dato’ Mahaguru dipanggil sebagai Lembaga Beradat Kebangsaan.  Penyusunan semula Sandang Kebesaran Silat Seni Gayong dibuat selepas pemergian Dato’ Mahaguru ke rahmatullah seiring dengan amanah dan wasiat Allahyarham.

Sandang ini mempunyai ukuran, nama-nama dan corak-corak tertentu.  Sandang-sandang ini dibahagi kepada berikut:-

a. Sandang Protokol
b. Sandang Mahaguru
c. Sandang Berjawatan
d. Sandang Kegurulatihan
e. Sandang Khas






Sandang Protokol

Sandang Protokol dianugerahkan kepada Raja-Raja Melayu, pemimpin tertinggi negara dan negeri bagi melambangkan ketaatan murid dan ahli Gayong kepada kepimpinan dan kedaulatan negara kita.  Sandang yang dimaksudkan terbahagi kepada:-

a. Sandang Tri Buana Chula Negara

i. Penaung Agong DiRaja
Seri Tri Buana Chula Sakti Purba Negara

ii. Penaung DiRaja
Seri Tri Buana Chula Sakti Bintang Negara

b. Sandang Seri Mahkota Agung Gayong

i. Imam Khalifah Agung
Seri Mahkota Agung Gangga Chula Sakti

ii. Timbalan Imam Khalifah Agung
Seri Mahkota Agung Gangga Pelangi Sakti

iii. Imam Khalifah
Seri Mahkota Agung Buana Chula Sakti

iv. Timbalan Imam Khalifah
Seri Mahkota Agung Buana Pelangi Sakti

Sandang Mahaguru

Sandang Mahaguru hanya wujud semasa hayat Dato’ Meor Abdul Rahman bin Daeng Uda Mohd Hashim. Ini kerana hanya beliau yang dikhatamkan dan Pewaris Agung Ilmu Gayong.  Selepas Allahyarham Dato’ Meor Abdul Rahman, tiada lagi jawatan Mahaguru dalam Silat Seni Gayong kerana ia hanya layak digelar kepada pengasas Silat Seni Gayong.  Sandang peribadi Dato’ Mahaguru ialah:-

a. Seri Tri Buana Chula Sakti Gangga Negara


Sandang Berjawatan

Sandang Berjawatan terbahagi kepada berikut:-

a. Majlis Tertinggi Lembaga Beradat Kebangsaan
b. Lembaga Beradat Negeri
c. Majlis Gurulatih Kebangsaan

a. Majlis Tertinggi Lembaga Beradat Kebangsaan

i. Seri Mahkota Agung Chula Gangga Sakti
Waris Amanah Mutlak

ii. Seri Mahkota Agung Chula Pelangi Sakti
Ahli Lembaga Waris Amanah

iii. Seri Mahkota Agung Chula Bintang Sakti
Ahli Lembaga Waris Amanah

iv. Seri Mahkota Agung Gangga Sakti
Pengerusi

v. Seri Mahkota Agung Chula Sakti
Timbalan Pengerusi

vi. Seri Mahkota Agung Pelangi Sakti
Kipas Emas

vii. Seri Mahkota Agung Chula Pelangi
Ketua Khalifah Besar/Ketua Setiausaha Adat

viii. Seri Mahkota Agung Bintang Pelangi
Ketua Waris Beradat/Pengerusi Majlis Ibu Gayong

ix. Seri Mahkota Agung Relang Pelangi
Ketua Waris Beradat/Pengerusi Lembaga Beradat Negeri

x. Seri Mahkota Agung Cahaya Pelangi
Ketua Wakil Beradat

b. Lembaga Beradat Negeri

i. Seri Mahkota Agung Relang Pelangi
Pengerusi

ii. Seri Mahkota Chula Sakti
Khalifah Besar

iii. Seri Mahkota Pelangi Sakti
Wakil Beradat

iv. Seri Chula Sakti
Waris Beradat

v. Seri Pelangi Sakti
Ketua Khalifah

vi. Seri Bintang Sakti
Ketua Beradat

vii. Seri Relang Pelangi
Khalifah

viii. Seri Relang Pelangi 
Imamah

ix. Seri Cahaya Sakti
Khalifah Muda

x. Seri Cahaya Pelangi
Imamah Muda

xi. Seri Sakti
Imam Gelanggang

xii. Seri Pelangi
Naqibah Gelanggang

c. Majlis Gurulatih Kebangsaan

i. Pengarah/Pengerusi
(Tiada Sandang Khusus)

ii. Timbalan Pengarah/Timbalan Pengerusi
(Tiada Sandang Khusus)

iii. Setiausaha Agung
Panglima Seri Setia Sakti

iv. Ahli Eksekutif
Panglima Seri Geliga Sakti

v. Ahli Majlis
Panglima Seri Amanah Sakti

Sandang Kegurulatihan

Sandang Kegurulatihan ialah tanda kebolehan dan kekananan yang dianugerah kepada guru atau jurulatih yang mencapai tahap tertentu.  Tingkatannya terbahagi kepada:-

a. Panglima Hitam Chula Sakti
Ketua Pengarah Gurulatih

b. Panglima Singa Malaya
Pengarah Gurulatih

c. Panglima Pelangi Hitam
Gurulatih Tertinggi

d. Panglima Chula Hitam
Gurulatih Kanan

e. Panglima Geliga Sakti
Gurulatih

f. Serikandi Geliga Sakti
Gurulatih

g. Panglima Amanah Sakti
Jurulatih

h. Serikandi Amanah Sakti
Jurulatih


Sandang Khas

Terdapat Sandang Khas yang dianugerahkan kepada individu tertentu atas ketokohan, sifat terpuji dan kewibawaan masing-masing di kalangan pemimpin Silat Seni Gayong.  Penerima sandang tersebut tidak dinyatakan sandang dan gelarannya di sini kerana sandang dan gelaran tersebut bergantung kepada individu yang menerimanya.  Sandang Khas juga dianugerahkan kepada ahli Gayong yang memiliki kebolehan istimewa bergayong atau kemahiran khusus dalam pelajaran tertentu.  Antara Sandang Khas yang dianugerahkan dalam kategori ini adalah seperti berikut:

a. Harimau Singa Berantai
b. Kuda Gila
c. Singa Berantai
d. Naga Bora
e. Harimau Berantai
f. Lipan Bara
g. Kumbang Hitam

Peruntukan Khas

Mana-mana sandang yang ingin ditauliahkan kepada individu yang layak boleh disyorkan oleh Majlis atau Jawatankuasa berkenaan tetapi tiada Sandang Berjawatan Peringkat Kebangsaan, Sandang Kegurulatihan, Sandang Kehormat dan Sandang Khas boleh ditauliahkan tanpa mendapat kelulusan Waris Amanah Mahaguru atau Lembaga Waris Amanah terlebih dahulu.


Wallahua'lam.

Monday, August 11, 2014

ASAS AMALAN GAYONG

Salamun Alaik
Lafaz Ikrar Gayong

Asas bagi Amalan Kerohanian Silat Seni Gayong adalah dengan mengamalkan bacaan seperti berikut;

1. Al-Fatihah – Niat hadiahkan kepada 13 Insan yang dimulai oleh Junjungan Besar NABI MUHAMMAD SAW dan seterusnya (boleh rujuk Guru anda)

2. Al-Ikhlas – sekurang-kurangnya 14 kali sehari semalam sehinggalah 70 000 bagi mencapai “Jazam” atau sebati dengan Diri. Kenapa perlu dibaca 14 kali sehari semalam dan kenapa perlu mencapai bacaan sehingga 70 000 kali ? (rujuklah Guru Gayong anda).

3. SELAWAT ke atas NABI MUHAMMAD SAW sekurang-kurangnya 3x atau seelok-eloknya 11x. Bagi Wakil Perlimau Tapak/Seni/Dalang Adat bacaannya perlulah sekurang-kurangnya 1000 kali sehari semalam (amat penting kerana ianya KUNCI kepada AKAD “Pada saat dan ketika ini,Aku terima kalian menjadi Murid Silat Seni Gayong......dengan BERKAT SYAFAAT BAGINDA RASULULLAH SAW”). Begitu juga bagi pemegang bengkong HITAM PELANGI CHULA SAKTI, mereka di "WAJIB" kan untuk beramal dengan SELAWAT sekurang-kurangnya 1000 kali sehari semalam.

Inilah AMALAN GAYONG yang sepatutnya menjadi rutin amalan harian bagi setiap diri yang mengaku sebagai ANAK GAYONG dengan menerima AKAD dengan LAFAZ “ Aku terima dengan BERKAT SYAFAAT BAGINDA RASULULLAH SAW”.

Sebenarnya, RAHSIA bagi ASAS AMALAN ini cukup besar bagi yang mengetahuinya. Setiap satunya terkandung 1001 hikmah. Semua INTIPATI bagi KIPAS NANDUNG, SENI BELIAN, GERAK BAYANG dan IBU GAYONG juga ada TERSIMPAN di dalam ASAS AMALAN ini. Jangan kerana mengendong sifat tamak haloba mengejar Ilmu-Ilmu yang lain yang “dilihatkan” lebih gah dan hebat, segala kelebihan dan hikmah yang sebenar tidak dapat dikecapi.

Sebagai contohnya;

Dalam AYAT BASMALAH yang dibaca;

1. Titik kepada Ba’ itu KUNCI kepada MENTERA PENUMBUK KUAT @ DERAS @ BISA seperti KUN Kata ALLAH, FAYAKUN kata MUHAMMAD, YA RABBIKUM kata JIBRAIL..........juga MENTERA MANDI (SUCI ZAHIR & BATIN) seperti A’LA A’YADAN SABITAH,PULANG ASALKU KE RAHMATULLAH, TIDAK KU LIHAT DAN TIDAK KU RASA, ITULAH DZAT ALLAH. 

2. Huruf Alif yang Ghaib pada ISMI itu KUNCI kepada ILMU PELIMUN dan juga untuk mengetahui sekalian ILMU-ILMU GHAIB.

3. Bilangan huruf ALLAH yang EMPAT itu menjadi KUNCI kepada ILMU FALAK dan FIRASAT.

Dan seterusnya Rahsia Basmalah termasuklah RAHSIA AL-FATIHAH yang merupakan UMMULKITAB.

Dalam Amalan Surah Al-Ikhlas atau dipanggil juga Amalan QULHU, disinilah terkandung ILMU GERAK BAYANG ( ingat HITAM itu TANDA BAYANG ) yang juga dikenali dengan pelbagai nama mengikut Keilmuan lain seperti Gerak Asrar, Gerak Roh, Gerak Makrifat, Gerak Batin dsbnya. GERAK BAYANG adalah latihan dalam menafikan segala SIFAT MAA’NI pada Diri kita.


LAA BASIIRUN
LAA SAMI’UN
LAA MUTAKALLIMUN
LAA QADIRUN
LAA MURIDUN
LAA ILMUN
LAA HAYYUN
BI HAQQI ILLALLAH

Dan SELAWAT itu adalah KUNCI kepada SEKALIAN AMALAN yang WUJUD di ALAM ini kerana

SELAWAT itu adalah ISTIGHFAR,
SELAWAT itu adalah ZIKIR
SELAWAT itu adalah DOA
SELAWAT itu adalah HIZIB
SELAWAT itu adalah WIRID
SELAWAT itu adalah MAKRIFAT DIRI dan
SELAWAT itu adalah MAKRIFAT ALLAH.

Oleh yang demikian, dengan secebis kata sebagai perkongsian kali ini, ISTIQAMAH lah kita selaku anak-anak Gayong dalam mengamalkan ASAS AMALAN ini. Walaupun secara zahirnya nampak mudah dan ringkas, namun ianya tersimpan 1001 Rahsia yang besar. Semoga kita semua beroleh RAHMAT dan REDHA ALLAH SWT.

Wallahua’lam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...