Salam semua,
Di sini saya ingin berkongsi dengan sedara2 sekalian tentang amalan-amalan para pendekar kita. Tetapi anda perlu ingat, jangan sesekali anda mengamalkan amalan-amalan ini selagi anda belum diijazahkan dan difahamkan oleh guru - guru yang layak. Kelak boleh membinasa diri dan AKIDAH kita.
(dipetik dari Kitab Mat Kilau)
Amalan 1:
Untuk Kebal (Aman dari Senjata Musuh)
Amalan 2:
Ilmu Limunan (Menghilangkan Diri dari Penglihatan Musuh)
Wa Atbaaka Palaka Kun suaraku Kairun rahsiaku hai alam akulah yang bernama Nakad yang tiada berlawan Satakun AH AH AH Sumun Bukmum Bania Bikum (3 kali) Ah lenyap aku di dalam zat Allah Ah hilang aku di dalam zat Allah Ah senang aku di dalam zat Allah Ah ghaib aku di dalam badan Zat Allah yang tiada bersifat AH AH AH HU
Amalan 3:
Untuk Kuat dan Gagah
Hai Besi Putih Besi Khursani
Besi Pelilit di pinggangku
Kuat aku seperti Saidina Ali
Gagah aku seperti Saidina Hamzah
Alhamdu, Alhamdu, Alhamdu
Jangan engkau makan hati yang putih
Engkau makan darah dan daging
Jikalau engkau makan hati yang putih
Derhaka engkau kepada Allah,
Hai Kaddam Kuddim
Keluarlah engkau daripada tempat yang jahat
Ke tujuh petala langit dan ke tujuh petala bumi
Keluarlah engkau daripada tempatnya
Berkat doa Lailaha Illallah Muhammad rasulullah
(Catatan : ibu jari pegang buah pinggang, urut ke depan tiga kali)
Amalan 4:
Pendinding Diri dan Meringankan Badan
Khursani menggantikan diriku
Khursani menggantikan nyawaku
Alung memaling badanku yang menjadikan Nabi Adam
Mustajab bagiku siang dan malam dengan berkat doa
Laila Hail LaAllah
والله أعلم
encik zizan....
ReplyDelete1)apakah amalan pahlawan mat kilau sebelum beliau memulakan berzikir?
2)dalam kitab mat kilau,ilmu alimunan berada di muka surat yang ke berapa hingga ke berapa?
bolehkah en azizan jawab persoalan ini....
sebelum amal amalan pendekar-pendekar dulu, amal dulu amalan yang Rasulullah turunkan. itu lebih afdhal.
ReplyDeleteapa guna kita banyak mengamalkan amalan-amalan pendekar dulu kalau sekiranya amalan sunnah kita abaikan. banyak belajar tempur di dunia, banyak amalan pendekar membuatkan kita hebat kalau bertempur, tapi kalau kita mengabaikan sunnah, kelak kita tidak akan mampu menahan serangan-serangan yang akan dilakukan oleh munkar dan nakir. tidak salah mengamalkan amalan pendekar dulu jika tidak bertentangan dengan agama, tetapi biarlah kita mengutamakan wirid-wirid dan amalan-amalan daripada Rasulullah s.a.w.
ReplyDeleteWaalaikumusalam wbt... Insya'Allah. Jika ada agama di dada pasti amalan sunnah juga di amalkan, bukan ilmu-ilmu dunia je di cari, ilmu untuk akhirat juga pasti di utama kan juga, wirid-wirid juga pasti di amalkan setiap selesai solat fardhu 5 waktu, ketika berjalan atau duduk serta beriadah sentiasa berzikir atau wirid di dalam hati
Deletekepada semua pengamal amalan-amalan pendekar dulu, sebelum anda beramal dengan amalan-amalan yang anda terima, sebaiknya hendaklah anda rujuk dahulu dengan alim-alim ulama', jangan main terima dan terus amal, ditakuti amalan anda itu ada kaitan dengan jin atau khadam-khadam jahat,kelak akan membinasakan kehidupan anda bukan setakat di dunia, tapi di akhirat...
ReplyDeleteassalamualaikum encik azizan...
ReplyDeleteboleh saudara jelaskan ciri-ciri amalan yang menggunakan jin atau khadam? dan adakah boleh kita menggunakan mentera sebagai amalan?
InsyaAllah,nanti saya terangkan setakat yang termampu......
ReplyDeleteApapun,ini amalan mentera pendekar silam......perlu tanya Alim Ulama yang mahir dalam bidang ini.....jgn tanya pada ustaz2 yang tiada pengalaman dalam hal seperti ini.
sebenarnye silat ni xde makna nye....yg penting langkah dan pukul je....xde nye bunga2 an...minta maaf klu ada org yg terasa....
ReplyDeleteBunga Silat juga ada peranannya dalam membina keupayaan pesilat dalam aspek gerak sendi yang lebih efektif.Bagaimana kaedah utk melepaskan diri dari genggaman pihak lawan dan menggerakkan cendai yg lembut menjadi suatu senjata yang boleh membunuh.......itulah kelebihan silat berbanding seni mempertahankan diri lain seperti Taekwondo,Muay Thai, Tinju dll...."Dalam keras ada lembutnya dalam lembut ada kerasnya juga"....
ReplyDeletesecara jujurnya
ReplyDeletesaya msih blum brsdia lagi utk mgamalkan ilmu batin seprti ini
Silat itu seni... silat juga sudah ada di zaman rasullullah lagi ianya diturunkan sehingga kehari ini... melalui ilmu silat yang sebenar ianya juga bergerak ke allah taala juga dan ilmu nya amat luas...yang terdapat rahsia-rahsia didalamnya.
ReplyDeletenak tanya... siapa yang boleh guna amalan seperti ini... nak juga tahu.. sesiapa sahaja ke boleh guna ayat ni?
ReplyDeletetuan blog, email kat saya jawapannya ya.. (eqybal_14@yahoo.com )
Sesiapa yang telah ambil IJAZAH nya.......
ReplyDeleteAssalamualaikum..
ReplyDeleteAda sedikit persoalan yang ingin diajukan., adakah tanpa menyertai silat kita boleh diijazahkan. Maksudnya saya cuma mengetahui di IJAZAH kan tu selalunya disampaikan oleh tok guru.
terima kasih
Amalan ilmu hikmah memerlukan pengijazahan secara khusus kerana dikhuatiri berlakunya kesilapan dalam bacaan dan amalannya.......
ReplyDeleteDh 2 jgn la post kt sni dh taw mnda 2 blh mbwa krosakn..Apeda..mst mnyesal guru y mngjar anda..
ReplyDeleteasalam maaf cuma untuk berkongsi
ReplyDeletesetiap amalan persilatan mempunyai rahsia , kalau sudah terdedah bukan rahsia lagi namanya, kita perlu menjaga perkataan dan ikatan RAHSIA yang dilafazkan turun temurun , jangan kita alfa tentang kedudukan kita , kita tidak tahu mungkin guru2 kita memegang janji kepada paguru2 sebelumnya untuk tidak mendedahkan kepada anak murid walau satu ayat kecuali yang terpilih dan yang diberi petunjuk. sekian harap maaf