KELEBIHAN KAKI BERBANDING TANGAN
Bagi saya, kaki mempunyai beberapa kelebihan berbanding tangan. Antara kelebihannya ialah;
- Mempunyai saiz yang lebih panjang
- Memiliki sekumpulan otot yang lebih kuat
Saiz kaki yang lebih panjang memberi kelebihan kepada kita untuk melakukan serangan ketika kedudukan jarak antara kita dan pihak lawan dalam lingkungan 2 – 3 meter. Penggunaan tangan mungkin memerlukan kita bertapak dan keadaan ini memberikan kelebihan masa kepada pihak lawan untuk bertindak balas.
Kumpulan otot kaki yang besar dan padat menjadikan ia lebih kuat berbanding otot tangan. Oleh itu, kaki berupaya menghasilkan suatu daya dan momentum yang amat besar ketika melepaskan tendangan.
Wallahua'lam
assalam... saya nak bertanya. betul ke dengan mengoyakkan tisu kelangkang dapat memantapkan kaki dalam sepakan?
ReplyDelete