Pejuang Warisan Seni Beladiri Melayu

SELAMAT DATANG KE BLOG GELANGGANG PERSANTA NALA

Tuesday, September 8, 2009

SENI KAKI#4


KELEMAHAN KAKI BERBANDING TANGAN


Namun begitu, kaki juga mempunyai beberapa kelemahan berbanding tangan. Kelemahan utamanya ialah;

  1. Mempunyai jisim yang besar
  2. Kurang kestabilan


Jisim yang besar menjadikan kaki sukar untuk dilaksanakan dengan pantas berbanding tangan. Selain itu, kita juga memerlukan suatu daya yang besar untuk mengangkat kaki bagi melawan daya tarikan graviti. Pergerakan yang sedikit perlahan ini, memberikan ruang masa yang cukup untuk pihak lawan melakukan elakan atau tangkisan.


Apabila melaksanakan satu tendangan, ini bermakna kita hanya bertapak dengan sebelah kaki sahaja. Keadaan ini menjadikan tubuh kita kehilangan kestabilan berbanding bertapak dengan menggunakan 2 kaki. Dengan sedikit tolakan atau sapuan oleh pihak lawan, kita dengan mudah akan tumbang mencium bumi!


Wallahua'lam

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...